Wednesday, August 13, 2014

10 Strategi Tak Terkalah Untuk Berhenti Merokok

Jadi dalam entri kali ini, hasil daripada pengkajian, saya nak kongsikan dengan pembaca 10 strategi tak terkalah yang boleh membantu anda untuk berhenti merokok:
  1. Lengah-lengahkanDalam banyak-banyak perkara yang kita suka lengahkan, apakata anda lengah-lengahkan untuk merokok. Ini lengah yang berfaedah. Kalau terasa nak pekena satu batang lagi rokok, cuba lengahkannya 10 minit. Cubalah untuk buat-buat sibuk dengan kerja lain seperti pi minum kopi dulu ker, pi tolong isteri sidai baju dulu ker atau apa-apa sahaja yang boleh mengalihkan perhatian anda pada merokok. Cuba ulangi cara ini selalu setiap kali terasa nak merokok.
  2. Jangan terpedaya dengan idea "Cukuplah sebatang"Jangan dilayan atau terpedaya dengan "Cukuplah sebatang". Kalau dah terfikir dan berkeinginan nak berhenti merokok, tak payahlah dihisap langsung walaupun sebatang. Ini kerana dengan sebatang rokok itulah ia akan melarat menjadi berbatang-batang rokok sehingga habis sekotak!
  3. Kenal pasti punca merokokCuba fikirkan apakah punca yang menyebabkan anda berkeinginan untuk merokok. Adakah sebab stress? sebab nak sama standard seperti kawan-kawan? sebab melepak ramai-ramai dengan kawan yang kaki merokok? Lepas dah kenal pasti tu, cuba hindari perkara-perkara itu, contohnya seperti elakkan berkumpul bersama rakan-rakan yang kaki merokok atau kalau sebab stress uruskan stress dengan cara yang betul.
  4. BersenamCara ini antara cara yang paling berkesan untuk mengelak daripada merokok. Cuba lakukan sekurang-kurangnya selama 30 minit setiap hari. Dan sekiranya anda tak sempat sebab berada di pejabat, cuba lakukan senaman ringan seperti push-up atau berlari-lari anak ataupun naik tangga. Selain itu anda juga boleh perbanyakkan amalan solat sunat dan membaca Al-Quran. Dan mintalah dengan cara berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk tidak merokok.
  5. Atasi Stress dengan Menenangkan Diri / RelaxStress adalah antara punca utama merokok. Jadi, untuk mengatasi stress, cubalah bertenang, ambil air wuduk dan bersolat sunat. Setiap kali rasa stress juga, anda boleh guna teknik pernafasan dengan cara: Tarik nafas tahan selama 4 saat kemudian hembus nafas keluar selama 8 saat. Ulanginya sehingga anda rasa relax.
  6. Libatkan ahli keluarga dan rakan-rakanNyatakan hasrat anda untuk berhenti merokok pada ahli keluarga atau rakan rapat anda. Sekiranya anda terasa nak merokok lagi, cuba beritahu mereka hasrat anda yang hendak berhenti merokok lagi, InsyaAllah mereka akan menyokong anda dan akan mengingatkan pada anda niat anda itu. Paling baik, beritahu pada isteri kesayangan anda. Sudah pasti isteri anda akan sokong niat anda itu 200%. Tak caya, try!
  7. Senaraikan Kebaikan Jika Anda Tidak MerokokCuba senaraikan pelbagai jenis kebaikan buat anda dan ahli keluarga anda sekiranya anda berjaya berhenti merokok. Contohnya seperti isteri semakinsayang, isteri dan anak-anak akan lebih sihat kerana tidak terdedah dengan asap rokok, nafas anda tidak lagi berbau busuk, dapat mengelakkan pembaziran wang, dan yang paling utama anda akan lebih sihat dan bertenaga dengan tidak merokok. Buatkan senarai dan sebutkan agar keazaman anda untuk berhenti merokok sentiasa kuat dan kental.
  8. Rajin-rajin onlinePerbanyakkan membaca kisah-kisah inspirasi mereka yang sudah berjaya berhenti merokok. Ambil pengajaran daripada mereka dan pelajari apakah strategi-strategi yang mereka gunakan untuk berhenti merokok. Zaman sekarang nie tak susah nak cari info, segalanya dihujung jari sahaja. Google jer, pasti jumpa.
  9. MengunyahKalau terasa nak merokok, mengunyah adalah cara berhenti merokok yang paling sempoi. Anda boleh cari makanan yang menyihatkan yang boleh dikunyah, contohnya seperti kacang atau biskut. Nak kunyah chewing gum atau gula-gula getah pun boleh juga, tapi pastikan yang kurang manis.
  10. Guna Alat Bantuan Yang Terbukti BerkesanSekarang ini ada pelbagai produk di pasaran yang dicipta untuk membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Contohnya sepeti nikotin tablet, nikotin patches dan nikotin chewing gum yang boleh mengurangkan ketagihan melampau ke atas nikotin rokok. Untuk lebih efektif lagi saya mencadangkan anda untuk mencuba Vivix yang merupakan tonik yang terbukti berkesan dalam membantu sesiapa sahaja untuk berhenti merokokwalau setegar mana pun perokok berkenaan.

No comments: