Monday, December 6, 2010

Azam Tahun Baru 1432 Hijrah

Kurangkan bercakap, banyakkan buat kerja

Banyak bercakap akan banyak bohong dan umpat keji, banyak yang tak betul, banyak sakitkan hati orang ....

Mengenali Kesesatan – Putus Asa Membawa Kepada Kesesatan (Bahagian 5 -Akhir)

Mengenali Kesesatan – Putus Asa Membawa Kepada Kesesatan (Bahagian 5 -Akhir)

PENDAHULUAN

Surah Al Baqarah [2] : [255]

.....(Allah) yang mengetahui apa yang ada di hadapan mereka dan apa yang ada di belakang mereka, sedang mereka tidak mengetahui sesuatu pun dari (kandungan) ilmu Allah melainkan apa yang Allah kehendaki (memberitahu kepadanya).

PENGENALAN

5. Putus Asa Sebahagian Dari Kesesatan

Putus asa bermaksud hilang harapan atau beranggapan tidak ada harapan lagi dalam menyelesaikan sesuatu perkara ataupun menyalahkan takdir apabila ditimpa sesuatu musibah. Firman Allah yang Maha Agung;

Surah Al-Hijr [15] : 56

56. Ibrahim berkata: "Tidak ada orang yang berputus asa dari rahmat Tuhan-nya, kecuali orang-orang yang sesat."

Orang Islam yang beriman sama sekali tidak boleh berputus asa. Sebetulnya tiada istilah putus asa pada orang Islam, orang yang berputus asa hanyalah mereka yang tidak mahu berusaha memperbaiki dan menjaga kehormatan diri.

Orang mukmin yang teguh imannya tidak akan berputus asa, mereka melihat masa depan sentiasa cerah dan bersangka baik pada Allah yang Maha Agung. Malah orang yang bersabar terhadap dugaannya akan dikurniakan pahala yang besar sesuai dengan firman Allah yang Maha Agung;

Surah Az-Zumar [39] : 10

10. Katakanlah: "Hai hamba-hamba-Ku yang beriman. bertakwalah kepada Tuhanmu." Orang-orang yang berbuat baik di dunia ini memperoleh kebaikan. Dan bumi Allah itu adalah luas. Sesungguhnya hanya orang-orang yang bersabarlah yang dicukupkan pahala mereka tanpa batas.

Oleh kerana itu, wajarlah kita mengetahui secara umum akan ciri-ciri orang yang putus asa itu, kerana kadangkala tanpa kita sedar kita juga kadangkala tergolong dalam orang-orang yang berputus asa.

PERBINCANGAN

(a). sengaja mengikuti jalan yang lain dari jalan yang ditunjuki;

Surah Al-Anbiyaa' [21] : 35

35. Tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cubaan (yang sebenar-benarnya). Dan hanya kepada Kami-lah kamu dikembalikan.

(i). Orang-orang mengingkari qada dan qadar Allah yang Maha Agung. Mereka yang apabila ditimpa musibah, seperti penyakit, kemiskinan dan sebagainya lalu berputus asa dan tidak berusaha atau berikhtiar. Mereka menyalahkan takdir kerana ditimpa musibah seperti itu dan berputus asa terhadap rahmat Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Firman-Nya;

Surah Yusuf [12] : 87

87. .... Sesungguhnya tiada berputus asa dari rahmat Allah, melainkan kaum yang kafir.

(ii). Orang-orang yang mengingkari nikmat Allah yang Maha Agung. Apabila diberikan sesuatu nikmat seperti kekayaan misalnya, mereka mengatakan segala kekayaan yang ada pada mereka hanyalah kerana usaha dan kepandaian mereka sendiri. Mereka menolak bahawa nikmat yang dikecapi adalah dari Allah yang Maha Agung dan mereka tidak percaya setiap sesuatu telah ditetapkan oleh Allah yang Maha Agung.

Mereka dikatakan berputus asa kerana, mereka tidak berdoa dan bersyukur atas kurniaan Allah yang Maha Kaya. Mereka menyangka itu adalah hasil titik peluh mereka dan lupa rezeki yang telah ditetapkan untuk mereka. Mereka berputus asa pada rahmat Allah yang Maha Agung.

Surah Luqman [31] : 12

12. Dan sesungguhnya telah Kami berikan hikmat kepada Luqman, yaitu: "Bersyukurlah kepada Allah. Dan barangsiapa yang bersyukur (kepada Allah), maka sesungguhnya ia bersyukur untuk dirinya sendiri; dan barangsiapa yang tidak bersyukur, maka sesungguhnya Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

(b). tersesat kerana memang tidak mengetahui jalan yang sebenar;

(i). Orang-orang yang hanya berserah pada takdir. Mereka menolak bahawa manusia diberi pilihan berbuat baik dan buruk. Sedangkan jelas di dalam Al-Quran;

Surah Asy-Syams [91] : 8

8. maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu (jalan) kefasikan dan ketakwaannya.

Maksudnya, manusia diberi pilihan samada ingin berbuat kebaikan ataupun berbuat kemaksiatan dan kemungkaran.

(ii). Orang-orang yang menyangka tidak boleh melakukan apa-apa pada sesuatu perkara atau keadaan kerana segalanya telah ditakdirkan. Contohnya, mereka berpendapat kemunduran dan kelemahan umat Islam masa ini tidak boleh berbuat apa-apa lagi kerana sudah ditakdirkan. Oleh itu kita hanya perlu menunggu sahaja kedatangan Imam Mahdi dan seterusnya Islam akan bangkit kembali.

Ini adalah pernyataan orang yang sangat buruk cara pemikirannya dan bertentangan sama sekali dalam Al-Quran. Melalu firman Allah yang Maha Agung;

Surah Al-Anfaal [8] : 53

53. ..yang demikian itu adalah kerana sesungguhnya Allah sekali-kali tidak akan merubah sesuatu nikmat yang telah dianugerahkan-Nya kepada suatu kaum, hingga kaum itu merubah apa-apa yang ada pada diri mereka sendiri, dan sesungguhnya Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

Nikmat Islam dan keimanan ini sekiranya tidak dijaga dan dipertahankan, akan ditarik kembali oleh Allah yang Maha Agung. Perbuatan hanya menyerah kepada takdir sebelum berdoa dan berusaha adalah satu perbuatan keji kerana bukan sahaja dirinya tersesat, malah pernyataannya boleh menyesatkan orang lain.

Allah yang Maha Agung tidak mencabut nikmat yang telah dilimpahkan-Nya kepada sesuatu kaum, selama kaum itu tetap taat dan bersyukur kepada Allah.

(c). disesatkan oleh orang yang menunjuki arah jalan yang salah; dan

(i). Orang-orang yang mengajak orang lain berputus asa. Contohnya, apabila diutarakan agar berbuat baik sesama manusia, jangan mengumpat, membantu orang yang susah dan sebagainya, mereka berkata ‘sekiranya aku berbuat baik mereka, mereka akan memijak kepala ku’, serta pelbagai lagi kata-kata yang mana mereka meragui kebaikan masyarakat sekeliling.

Mereka berputus asa terhadap kebaikan sesama manusia dan sentiasa bersikap provokasi. Tetapi, ramai pula orang-orang yang mengikut-ikut kata-kata mereka atau terikut rentak mereka, sedangkan umat Islam sepatutnya sentiasa bersangka baik sesama saudara se-Islam mereka; inilah yang diajarkan oleh Nabi saw kepada umatnya dalam sebuah hadis;

Hadis : Dari Nukman bin Basyir r.a : Rasulullah saw bersabda, “Anda lihat orang-orang yang beriman itu dalam saling kasih-mengasihi, saling cinta mencintai dan saling tolong menolong seperti sebatang tubuh (badan).

Kalau ada salah satu anggota terkena penyakit, seluruh batang tubuh (badan) ikut menderita tidak dapat tidur dan menderita panas (kesakitan).” [1701] Sahih Bukhari

(ii). Orang-orang yang mematahkan semangat orang lain dengan kata-kata keji dan celaan apabila seseorang itu ingin memulakan sesuatu pekerjaan yang baik. Contohnya, apabila seseorang yang sudah berumur hendak belajar ilmu agama, dikejinya orang itu kerana kononnya dia telah mensia-siakan usia mudanya. Firman Allah yang Maha Agung;

Surah An-Nisaa' [4] : 148

148. Allah tidak menyukai ucapan buruk[*], (yang diucapkan) dengan terus terang kecuali oleh orang yang dianiaya[**]. Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.

[*]. Maksudnya : Ucapan buruk sebagai mencela orang, memaki, menerangkan keburukan-keburukan orang lain, menyinggung perasaan seseorang, dan sebagainya.

[**]. Maksudnya: Orang yang teraniaya boleh mengemukakan kepada hakim atau penguasa keburukan-keburukan orang yang menganiayanya.

(iii). Orang-orang yang menggunakan kaedah yang bertentangan dengan ajaran Islam dalam memujuk dan mententeramkan orang yang mengalami putus asa. Contohnya, menyuruh mereka menjerit-jerit bagi menghilangkan tekanan, duduk di dalam bilik yang gelap, menjauhi masyarakat dan sebagainya. Malah yang lebih teruk lagi mereka menggunakan sihir yang kononnya dapat merawat tekanan itu.

Ketahuilah, tiada satu cara pun yang lebih baik untuk menenteramkan hati kecuali hanya dengan mengingati Allah yang Maha Agung, sesuai dengan firman-Nya;

Surah Ar-Ra'd [13] : 28

28. (yaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingat Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah-lah hati menjadi tenteram.

(d). sombong untuk bertanya apabila tidak tahu jalan yang betul.

(i). Orang-orang yang mengalami kegagalan dan kekecewaan dalam kehidupan, lalu berputus asa akan nikmat Allah yang Maha Agung. Mereka tidak mahu bertanya kepada para ahli ilmu dan beranggapan takdirlah yang menyebabkan mereka menemui kegagalan. Mereka sentiasa menyalahkan takdir yang menimpa, sedangkan mereka tidak melihat diri mereka sendiri dimanakah silapnya.

Mereka bersikap sombong, seolah-olah perbuatan mereka sentiasa betul dan segala kegagalan adalah kerana takdir. Di dalam sebuah hadis;

Hadis : Dari Tsauban r.a : Rasulullah saw bersabda, “Tidaklah bertambah usia (seseorang) melainkan (dengan) kebaikan dan tidaklah dapat merubah takdir kecuali doa. Dan sesungguhnya seseorang tidak akan mendapatkan rezeki disebabkan dosa yang menimpanya.” [3264] Hadis Hasan. Riwayat Ibnu Majah

(ii). Orang-orang yang tidak bersikap optimis dan sentiasa melihat masa depan adalah gelap kerana pelbagai dugaan yang menimpa. Kesombongan mereka adalah kerana mereka menyangka hidup di dunia ini adalah kegembiraan semata-mata.

Sebenarnya dunia ini adalah tempat ujian bagi orang mukmin dan ujian yang diberikan pula, sesuai dengan dirinya dan dapat ditanggung olehnya. Allah yang Maha Agung tidak zalim, tetapi manusialah yang menzalimi diri mereka dengan bersangka buruk terhadap Allah yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.

Hadis : Dari Sa’d bin Abu Waqqash r.a : Aku bertanya, ‘Wahai Rasulullah, siapakah orang yang paling berat cubaannya (dugaannya)?’

Beliau (Nabi saw) menjawab, “Para Nabi, kemudian kalangan selanjutnya yang lebih utama dan selanjutnya. Seorang hamba akan diuji sesuai kadar agama (iman)nya. Jika keimanannya kuat maka cubaannya pun makin berat, sedangkan jika keimanannya lemah maka ia akan diuji sesuai kadar imannya.

Tidaklah cubaan itu akan pergi dari seorang hamba sampai ia (cubaan itu) membiarkannya berjalan di muka bumi, sedangkan ia (seseorang itu) tidak memiliki dosa.” (bermaksud : diampunkan dosa seseorang yang bersabar dengan dugaannya). [3265] Hadis Hasan Sahih. Riwayat Ibnu Majah

PENUTUP

Sekali lagi diingatkan bahawa tujuan utama tulisan bab-bab mengenali kesesatan ini, bukanlah untuk kita menunding jari kepada sesiapa dan mengatakan mereka itu sesat, tetapi ia adalah sebagai peringatan kepada diri sendiri agar dapat memperbaiki diri agar dapat menghindari diri dari kesesatan dan mengelakkan dari tercondongnya hati kepada kesesatan.

Sekiranya terdapat sesuatu yang bertentangan dengan Al-Quran dan As-Sunnah dalam tulisan ini, tinggalkanlah dan ambillah perkara yang benar-benar memberi manfaat sahaja. Tidaklah dalam tulisan ini ditulis secara terperinci dan hanya sekadar perkara yang umum sahaja kerana keterbatasan pengetahuan yang ada.

Semoga Allah yang Maha Agung menyatukan hati umat Nabi Muhammad saw dengan berpegang kepada Al-Quran dan As-Sunnah dan seterusnya menyelamatkan kita dari bahaya-bahaya kesesatan.

Surah Al-Maa'idah [5] : 3

3. ........Pada hari ini orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Ku sempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-redhai Islam itu jadi agama bagimu.......

Rujukan :

Al-Quran dan Terjemahan, Tafsir Ibn Katsir, Tafsir Ibn Abbas, Tafsir Al-Munir

Kitab-Kitab Hadis Sahih

Penyelamat Dari Kesesatan [Imam Al-Ghazali]

Ajaran Sesat [Siti Norbaya Bt Abd. Kadir]

Pedoman-Pedoman Bermazhab Dalam Islam [Hafiz Firdaus Abdullah]

20 Hujah Golongan Anti Hadith [Hafiz Firdaus Abdullah]

Qadha’ dan Qadar [Dr. Umar Sulaiman Al-Asyqar]

Bagaimana Berinteraksi Dengan Al-Sunnah [Dr. Yusuf Al- Qaradawi]

Jerat Syaitan [Ibnul-Jauzy]

The History of Quranic Text [Prof. Dr. M. M. Al-A’zami]

Dan lain-lain

Sunday, December 5, 2010

Manusia mengharapkan 100% perfect

Hidup mesti berjaya
Kaya
Ramai kawan yang baik-baik
Ada makwe
Kahwin
Ada anak yang pandai-pandai dan baik budi pekerti
senang diurus
Suami penyayang, isteri yang solehah
Semua free
Ada rumah yang selesa
Panjang umur
Nak beli apa pun mampu
Kerja yang kita minat
Dapat bonus tiap-tiap tahun
Dapat pergi melancong tiap-tiap tahun
Kereta menjalar
selalu dipuji rakan-rakan

HAKIKAT HIDUP

Susahnya nak kahwin, kena kumpul duit
ada rumah, isi dua tiga orang dah sendat
dah kahwin , tak de anak la pulak
tunggu 20 tahun pun tak dapat
kereta selayaknya dipanggil kereta sorong sebab selalu kena tolak bila tak boleh nak start
bonus hujung tahun cukup bayar yuran sekolah anak je
nak kata kaya, boleh la
nak melancong kat Cameron Highlands tu lalu je, tak leh nak singgah
kawan-kawan ramai yang habiskan beras
kalau susah, sorang dua je yang tolong

banyak la asam garam kehidupan ini,
yang penting kita sabar dan solat
ujian ini pasti berakhir
jika tak berakhir pun ia akan berakhir juga dengan berakhirnya nyawa kita
Allah akan mengangkat darjat manusia yang telah diuji dan beriman
setiap kesusahan pasti ada kemudahan

Ami n

6 Komponen Ujian Hidup

Hidup kita merupakan ujian. Susah senang yang kita alami dalam hidup telah diatur rapi oleh Allah untuk kita. Ujian senantiasa mendampingi dan mewarnai kehidupan kita sebagai seorang manusia. Hidup mudah tanpa kesusahan akan membosankan. Kesusahan yang berkepanjangan akan mengecewakan. Kehidupan pasti ada naik dan turun, menang dan kalah, sukses dan gagal. Itu sudah menjadi sunnatullah, Allah yang lebih memahami sifat makhlukNya. Tugas kita sebagai hamba Allah hanyalah menjalankan apa yang perintahkan-Nya. Biarlah ketetapan/kesudahan sesuatu perkara itu menjadi hak milik Allah semata.

yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu, siapa di antara kamu yang lebih baik amalnya. dan Dia Maha Perkasa lagi Maha Pengampun. (QS [67] : 2)

dan sungguh akan Kami berikan cobaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar. (QS [2] : 155)

Secara garis besar ada 6 komponen yang harus diperhatikan dalam menghadapi ujian hidup;

1. Waktu Ujian
Batas waktu sudah ditentukan secara pasti “Apabila telah datang ajalmu, tidak akan dapat dicepatkan ataupun dilambatkan, karena semua itu adalah rahasia Allah”. Hikmahnya; tidak boleh mengabaikan/melalaikan setiap perintah Allah. Gunakan waktu sebaik mungkin karena waktu yang telah berlalu tidak akan dapat dijemput kembali.
Katakanlah: “Aku tidak berkuasa mendatangkan kemudharatan dan tidak (pula) kemanfaatan kepada diriku, melainkan apa yang dikehendaki Allah”. tiap-tiap umat mempunyai ajal. apabila telah datang ajal mereka, Maka mereka tidak dapat mengundurkannya barang sesaatpun dan tidak (pula) mendahulukan(nya). (QS [10] : 49)

Hal ini mengindikasikan pada kita akan tanggung jawab manusia pada waktu yang telah ia gunakan. Karena Allah juga telah menegaskan bahwa manusia akan bertanggung jawab akan segala sesuatu dalam setiap urusannya. Datangnya ajal pertanda habisnya waktu ujian selama hidup dunia, ketetapannya sudah pasti. Tidak bisa dicepatkan ataupun dilambatkan, dalam hal ini tidak berlaku perpanjangan waktu.

2. Bentuk Soal Ujian
Secara garis besar, ada 2 bentuk soal ujian; yaitu berupa keburukan ataupun kebaikan.
tiap-tiap yang berjiwa akan merasakan mati. Kami akan menguji kamu dengan keburukan dan kebaikan sebagai cobaan (yang sebenar-benarnya). dan hanya kepada Kamilah kamu dikembalikan. (QS [21] : 35).

Bentuk ujian hidup tidak saja berupa keburukan tapi juga kebaikan. Kebaikan dan kesenangan hidup yang dikaruniakan Allah berupa harta, kedudukan atau keturunan yang banyak bisa merupakan ujian keimanan yang diberikan Allah. Apakah semua kesenangan itu akan membuat manusia lalai dalam mengingat Allah atau sebaliknya semakin mendekatkan diri pada Allah dan menggunakan semua itu untuk berjuang di jalan Allah. Demikian juga bila dapat soal ujian berupa keburukan. Jangan sampai kita berputus asa dari rahmat Allah, namun tetap dalam keimanan dan bersabar karena sesungguhnya sesudah kesusahan itu ada kemudahan.

3. Tata tertib dalam menghadapi ujian
Adapun tata tertib dalam menghadapi ujian kehidupan dapat dilihat dalam dua kitab petunjuk yaitu Al-Qur’an dan Hadist. “Aku tinggalkan untukkmu 2 macam pedoman, jika kamu berpegang pada keduanya niscaya kamu akan selamat.”
Kitab(Al Quran) ini tidak ada keraguan padanya; petunjuk bagi mereka yang bertaqwa, (QS [2] : 2).

dan Al-Quran itu adalah kitab yang Kami turunkan yang diberkati, Maka ikutilah Dia dan bertakwalah agar kamu diberi rahmat. (QS [6] : 155).

4. Pengawasan selama ujian
Selama menjalani ujian ingatlah selalu bahwa Allah senantiasa mengawasi. Tidak satupun perbuatan, perkataan dan hati bisa luput dari pengawasan Allah. Selalu mengingat adanya pengawasan akan membuat kita berhati-hati dalam setiap perbuatan maupun perkataan. Bahkan getaran hati juga tak luput dari pantauan.
tidakkah kamu perhatikan, bahwa Sesungguhnya Allah mengetahui apa yang ada di langit dan di bumi? tiada pembicaraan rahasia antara tiga orang, melainkan Dia-lah keempatnya. dan tiada (pembicaraan antara) lima orang, melainkan Dia-lah keenamnya. dan tiada (pula) pembicaraan antara jumlah yang kurang dari itu atau lebih banyak, melainkan Dia berada bersama mereka di manapun mereka berada. kemudian Dia akan memberitahukan kepada mereka pada hari kiamat apa yang telah mereka kerjakan. Sesungguhnya Allah Maha mengetahui segala sesuatu. (QS [21] : 35).

5. Tempat berlangsungnya ujian
Bumi adalah tempat dilangsungkannya ujian bagi manusia sepanjang kehidupannya.
yang menjadikan bumi untuk kamu sebagai tempat menetap dan Dia membuat jalan-jalan di atas bumi untuk kamu supaya kamu mendapat petunjuk. (QS [43] : 10).

6. Ada yang lulus dan ada yang tidak
Secara umum, hasil akhir ujian yang diberikan pada manusia dibedakan menjadi 2 kategori, lulus dan tidak lulus. Bagi yang berhasil menghadapi ujian maka surga adalah balasannya, sesuai dengan yang telah dijanjikan Allah.
Hai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya. Maka masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku. (QS [89] : 27-30).

Sedangkan bagi yang dinyatakan tidak lulus atau gagal akan menerima azab yang setimpal dengan kesalahan yang diperbuatnya. Tak ada tenggat bagi mereka yang memohon untuk dikembalikan kedunia karena tidak ada ujian susulan bagi keyakinan yang terlambat.
Dan, jika Sekiranya kamu melihat mereka ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhannya, (mereka berkata): “Ya Tuhan Kami, Kami telah melihat dan mendengar, Maka kembalikanlah Kami (ke dunia), Kami akan mengerjakan amal saleh, Sesungguhnya Kami adalah orang-orang yang yakin.” (QS [32] : 12).

Sepanjang kehidupan yang dilalui manusia di dunia ini tak lepas dari ujian. Akal yang dikaruniakan pada manusia merupakan alat yang bisa digunakan untuk memikirkan seni dalam menjalani kehidupan, karena sesungguhnya hidup itu adalah sebuah perjalanan yang sarat dengan ujian.

SELAMAT UJIAN SEMOGA SUKSES!

Disampaikan oleh: Ustad Syafei. A
Pada tanggal 27 Juni 2008

Hati juga diuji

Berbicara perihal ujian kehidupan sememangnya seakan tiada titik noktahnya, kerana manusia akan sentiasa diuji. Setiap saat kita diuji kerana ujian hidup itu hadir bukan hanya dalam bentuk kesedihan dan kekecewaan, ujian hidup juga datang dalam bentuk kegembiraan dan kesenangan. Percaya atau tidak bahawa kegembiraan dan kesenangan itu juga merupakan sebahagian daripada ujian kehidupan?

Biasanya apabila kita mendapat kegembiraan, kita terlalu gembira sehingga kadang-kadang kita lupa kepada Allah s.w. t yang memberikan nikmat gembira itu kepada kita. Dalam situasi ini, kita sedang diuji sebenarnya, setinggi mana tahap kesyukuran kita kepada Allah s.w.t. Dan mengapa pula kesenangan hidup juga temasuk dalam sebahagian daripada ujian kehidupan? Lihatlah dunia sekarang, berapa ramai orang-orang kaya bangga membelanjakan harta kekayaan mereka ke arah keduniaan, dan berapa kerat sahaja orang-orang kaya yang membelanjakan harta mereka ke jalan Allah s.w.t? Lihat disitu, kekayaan dan kesenangan hidup sebenarnya menguji sejauh mana kita mampu menggunakan harta pemberian Allah s.w.t itu ke jalan yang Allah redhai.

Seringkali juga kita menganggap kekurangan diri sebagai satu ujian kehidupan. Kita rasa kekurangan diri membantut hajat dan kehendak kita. Kita nak berdakwah, tapi kita tak pandai bercakap supaya orang tersentuh dengan penyampaian kita. Kita nak berdakwah tapi kita tak banyak ilmu. Mungkin kekurangan itu menjadi dugaan saat kita sedang bertatih dalam dunia tarbiyah, namun ia masih ada jalan penyelesaian. Kalau tak pandai bercakap, kita masih boleh usaha dan belajar dari orang yang berpengalaman. Jika kita tidak banyak ilmu untuk menyampaikan, kita sentiasa akan dapat menimba ilmu selagi mampu. Namun kita mungkin sukar menghadapi satu lagi ujian yang mungkin juga sukar mencari jalan untuk menghindari dugaan ini. Dugaan yang bagaimana? Ia adalah ujian hati.

Hati manusia ini milik Allah s.w.t. dan yang pasti hanya Allah s.w.t dan diri kita sahaja yang tahu apa yang terbuku dalam hati. Ali tidak tahu apa yang ada dalam hati Abu. Abu juga tidak dapat tahu apa yang ada dalam hati Ali. Kerana itu ujian hati ini dikatakan paling bahaya. Kerana orang lain tidak lihat dan tidak tahu apa yang ada dalam hati kita dan pastinya tidak ada siapa yang boleh menegur dan menasihati kita akan perihal hati ini. Yang berada dalam dunia tarbiyah juga tidak akan lepas dari ujian hati ini. Malah mungkin hati kita akan lebih kuat teruji bilamana kita berada atas jalan dakwah. Kerana itu Allah s.w.t yang Maha Pengasih, Maha Penyayang telah mengingatkan manusia dalam satu surah dalam kita suci al-Quran,

“ Apabila telah datang pertolongan Allah dan kemenangan, dan engkau melihat manusia berbondong-bondong masuk agama Allah, maka bertasbihlah dengan memuji Tuhanmu dan mohonlah ampun kepada-Nya. Sungguh, Dia Maha Penerima Taubat.” [ An-Nasr : 1-3]

Dalam surah ini, manusia telah diingatkan untuk segera bertasbih dan memuji Allah serta memohon ampun kepada Allah setelah beroleh kemenangan. Kerana ujian hati yang akan sering memerangkap manusia setelah mereka beroleh kemenangan. Padahal segala yang kita peroleh sehingga hari ini, hanya datang daripada Allah semata-mata. Jika kita kata kejayaan kita pada hari ini datang kerana usaha kita, kita silap. Kerana Allah s.w.t jua yang memberi keizinan dan keupayan untuk kita berusaha. Dalam erti kata lain, kejayaan kita sememangnya datang dari nikmat Allah s.w.t. Lihat bagaimana Karun yang terpedaya dengan harta kekayaan, diuji dengan ujian hati yang dasyat, diuji dengan perasaan bangga diri sehingga dia menerima balasan yang dasyat di atas dunia.

Berbalik kepada diri kita. Ujian hati ini akan sering datang kepada diri kita. Tambah-tambah lagi diri kita sedang berjuang melakukan kebaikan. Disini hati perlu berfungsi dengan baik supaya penyakit-penyakit hati seperti riak, ujub, takbur mampu kita hindari. Bagaimana harus kita mengawal diri apabila kita beroleh kemanisan dalam dakwah ini.Bilamana ramai yang tertarik dengan penyampaian kita, bilamana ada yang berubah menjadi lebih baik ketika dalam tarbiyah kita, disini hati berfungsi supaya kita tidak merasa dakwah kita telah berjaya. Apabila penyampaian kita dikritik, artikel penulisan kita dikritik, disini hati perlu berfungsi supaya tidak mudah kecewa dan berputus asa kerana yang menilai usaha kita bukanlah pujian atau kritikan manusia, yang lebih layak menilai hanyalah Allah s.w.t.

Ramai yang mengambil jalan mudah menangkis perasaan ujub, riak dan takbur ini. Tak mahu buat baik takut riak pula nanti. Namun langkah terbaik menangkis perasaan riak bukanlah meninggalkan kebaikan yang dilakukan tetapi teruskan melakukan kebaikan itu sambil istighfar. Sesungguhnya istighfar ini adalah satu bentuk doa memohon keampunan sekiranya terdetik perasaan riak sepanjang melakukan kebaikan, terdetik perasaan riak apabila beroleh kejayaan. Kerana itu, perlunya kita mengiringi kejayaan kita dengan istighfar dan memohon keampunan dari Allah s.w.t. Siapa tahu sepanjang kita melakukan kebaikan itu ada juga kita terlalai dari matlamat sebenar, dan istighfar lah penawar dosa-dosa kelalaian kita.

Jadi, mari sama-sama mengiringi usaha kebaikan kita dengan istighfar kepada Allah s..w.t. Tabahkan hati, teruskan langkah, ikhlaskan niat.:)

Beriman mesti diuji

Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: “Kami telah beriman”, sedang mereka tidak diuji lagi?
(QS. 29:2)

“Hai hamba-hamba-Ku yang melampaui batas terhadap diri mereka sendiri, janganlah kamu terputus asa dari rahmat Allah. Sesungguhnya Allah mengampuni dosa-dosa semuanya. Sesungguhnya Dia-lah Yang Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
(QS. 39:53)

Tak Mudah

Kenapa diuji dengan cara seperti ini???

Seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah tak boleh beli kereta, no chasis kereta pula lain daripada yang tertera di atas geran. Yang berbeza hanyalah huruf D dengan 0. Mungkin salah taip, kata pegawai JPJ. Ini kereta potong ni, sampuk seorang lagi pegawai JPJ. Kena buat di Muar sebab beli kereta di Muar. Pergi Ambank Muar sebab geran berada di sana. Sampai je di Ambank Muar. Plupppppp!!! tak de elektrik la pulak... tunggu 1 jam bekalan elektrik pun pulih. Terus dapat geran dan bawa ke JPJ Muar.

Scraapppppp ... habis semua bahagian carpet dan panel dibuka. Ambil duit syiling dan gores di beberapa bahagian sambungan kereta. Tiada kesan sambungan. Kereta ni memang bukan kereta potong. Ialah sedap je pegawai tu scratch body kereta aku. Kena cat baru beb, RM1500
Memang kerani JPJ salah taip pada geran asal. kena bayar RM250.00

Peehhhh selama ni aku bawa kereta tanpa perlindungan insuran. Dalam geran 0 tapi pada body D. Selepas sebulan dapat geran "baru". Cehhhh ... pada geran lama dipotong pakai typewriter dan dibetulkan guna typewriter juga. Hampeh, boleh buat sendiri. Pegawai JPJ tu kata, tak boleh buat sendiri sebab kena tukar juga pada data base. Alasan..

Kenapa diuji dengan cara seperti ini???

Ya, ini adalah ujian Allah.

Allah memberi kita khabar gembiranya bahwa Allah menjamin bahwa ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

Allah menegaskan ..bahwa Ujian kepada hambaNya selalu tidak melebihi dari kemampuan hambaNya

Mengapa perlu takut?
Yakinlah semua ini akan selesai dengan sabar dan sholat.
Yakinlah bahawa Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan ujian-ujian itu.
Yakinlah Allah itu memerhatikan hambaNya dengan ujian-ujianNya.
Yakinlah Allah akan meningkatkan darjat hambaNya melalui ujian-ujian itu.

Tugas kita hanya bersabar dan mencari hikmah

Analoginya seperti berikut
Kenapa kebanyakan manusia lebih tahan dan kuat bila berpuasa??
Kerana manusia tahu bahwa puasanya akan pasti akan berakhir pada waktu maghrib, maka manusia menjadi sangat sabar menunggu waktu berbuka.

Kenapa kebanyakan manusia tewas bersabar dalam ujian hidup?...
Kerana kebanyakan manusia tidak mengetahui bila akan berakhirnya ujian itu?.
Mereka beranggapan bahwa penderitaan itu akan selama-lamanya.
Akhirnya manusia menjadi tidak sabar...
Padahal Allah berjanji bahwa setiap kesulitan pasti ada kemudahan dan kemudahan pada kesudahannya

"Dan Kami tinggikan bagimu sebutan mu, Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." Qs. Alam Nasyrah 4-6

Ini bermakna...ujian Allah itu pasti akan berakhir, bersabarlah