Friday, August 27, 2010

Treler ... oh treler




27/8/2010 (Jumaat)

tempat yang sama .... kalau anda perasan batu dan tanda 30kmj itu juga yang dilanggar

Monday, August 23, 2010

Sebuah Lori Tipper, Kembara dan Toyota Hilux

23/8/2010 (Isnin) 3.30 petang

Lori Tipper nie terbabas atas penutup paip air. Kembara di hadapan tipper ni








































Ni tudung saji orang rumah saya buat, cantik tak? hilang boring .... daripada tengok gambar2 eksiden ni. Nak hantar gambar tudung saji ni pada Eric Leong. ... sekali lagi .. cantik tak?

Thursday, August 19, 2010

Kawasan Jalan Licin Semakin Bertambah

Setiap hari jalan yang dikategorikan berminyak semakin bertambah. Merebak sehingga ke jalan utama. Kenderaan penduduk yang melalui jalan ini juga perlu kerap dicuci kerana kotoran minyak yang terpercik ke kereta.

Sunday, August 15, 2010

Petikan Akhbar Berita Harian 4/7/2010

KOTA TINGGI: Masalah permukaan jalan licin dan berminyak di Felda Semenchu di sini, didakwa terus berulang walaupun jalan sepanjang tiga kilometer di kampung berkenaan sudah diturap oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beberapa bulan lalu.

Penduduk Felda berkenaan mendakwa masalah yang berlarutan sejak bertahun lalu berpunca daripada kegiatan lori pengangkut buah sawit yang keluar dari kilang sawit di tanah rancangan itu tidak dibersihkan sehingga menyebabkan jalan berminyak dan licin.

Ketua Kampung Felda Semenchu, Omar Dean, 60, berkata pihaknya percaya masalah itu berpunca daripada buah sawit yang diturunkan ke kilang itu terlerai jatuh ke permukaan jalan sebelum dilanggar tayar lori yang kemudian keluar semula ke jalan utama hingga mengakibatkan permukaan jalan raya disaluti lapisan minyak.

“Masalah berkenaan menyebabkan kerugian harta benda dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Ia semakin ketara sejak setahun lalu terutama ketika hujan hingga menyebabkan banyak kenderaan hilang kawalan dan menyebabkan kemalangan.

“Sebelum ini, kereta dipandu seorang guru wanita terbabas dan nyaris jatuh gaung, penunggang motosikal cedera akibat terjatuh dan kereta dilanggar dari belakang oleh sebuah lori apabila hilang kawalan akibat permukaan jalan licin.

“Ia semua berlaku kerana lapisan minyak di permukaan jalan yang dikesan berpunca dari kilang sawit yang beroperasi di tanah rancangan ini,” katanya ketika ditemui bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Pengerang, Mohd Nazar Toganis, Abd Karim Ghani dan Yaakub Ishak meninjau keadaan persimpangan jalan utama ke kilang sawit di situ.

Omar berkata, masalah jalan licin dan berminyak itu sering dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKP) dengan pihaknya turut membawa masalah berkenaan ke pengetahuan pihak berwajib.

Katanya, sebagai penyelesaian awal, JKR sudah menurap jalan berkenaan sejauh tiga kilometer beberapa bulan lalu dan masalah itu dapat diatasi buat sementara.
“Bagaimanapun, selepas beberapa lama, lapisan minyak kembali meliputi permukaan jalan menyebabkan masalah jalan licin itu berulang semula.

“Namun, penduduk juga berterima kasih kepada pengurusan kilang itu yang mengambil inisiatif memasang papan tanda amaran permukaan jalan licin di jalan utama itu,” katanya sambil mendakwa penduduk kini terpaksa memandu berhati-hati ketika melalui Kilometer 2 dan jalan masuk utama ke Felda Semenchu.

Selain itu, mereka yang hadir dalam tinjauan berkenaan bersependapat pihak pengurusan kilang perlu mengambil langkah memastikan roda lori dibersihkan daripada kesan minyak sawit terlebih dulu sebelum keluar ke jalan utama atau jalan keluar kilang itu ditabur habuk batu kuari untuk menyerap minyak.

Saturday, August 14, 2010