Monday, July 29, 2013

Syiah 3

Sambungan catatan syiah yang ku kenali siri 3

Selalu kawan-kawan syiah berhujah, “kami lebih benar sebab Islam kami ambik terus daripada guru, kamu ambik daripada murid.” Siapakah guru dan siapa pula murid? Soal saya. “Guru adalah ahlul bait, kami ambik Islam terus dari ahlul bait. Imam-imam mazhab sunni adalah murid kepada ahlul bait, mana yang lebih alim dan benar antara guru dan murid?” Soalnya penuh keyakinan.

Maksud murid dan guru ialah, Imam Abu Hanifah pernah berguru dengan Imam Ja’far as Sadiq, salah seorang dari Imam 12 yang diakui syiah sebagai imam mereka.

Tetapi siapa yang meneliti secara jujur riwayat hidup Imam Ja’far as Sadiq atau nama sebenarnya Ja’far bin Muhammad bin Ali (k.w), ibunya ialah Fatimah binti al Qasim bin Muhammad bin Abu Bakar as Sidiq (r.a) jelas bahawa beliau bukannya syiah sebagaimana yang didakwa. Imam Ja’far adalah cucu kepada Syaidina Ali k.w dan cicit kepada Abu Bakar as Sidiq r.a.

Mereka lebih benar sebab kononnya ajaran mereka adalah berpandukan guru (Ja’far as Sadiq) sementara orang sunni adalah murid (Abu Hanifah).

Sebab itulah beberapa hari sebelum menjelang 10 Muharram setiap tahun, penganut syiah akan berarak dengan berjalan kaki dari satu kawasan penempatan syiah bernama Saddam City, sebuah penempatan masyarakat bawahan yang sangat ketinggalan terletak di pinggir Baghdad menuju ke Karbala’ dengan jarak hampir 200 km. Kenapa berjalan kaki? Sebab kata mereka Syaidina Hussin dulu juga berjalan kaki dari Madinah ke Kufah sampai beliau terbunuh di Karbala’.

Mereka akan melintasi jalan hadapan Masjid Imam Abu Hanifah di mana di dalamnya terdapat makam Abu Hanifah di Bandar Adhamiya berdekatan rumah sewa saya. Bila sampai di hadapan masjid Abu Hanifah mereka akan berhimpun seumpama demonstrasi sambil melaungkan “Celaka atas kamu!! Kamulah murid yang derhaka kepada guru!!”

Jawapan saya kepada dakwaan di atas mudah sahaja. “Apakah kamu sempat berjumpa dengan ahlul bait?” Tentu jawapan yang saya dapat adalah.. “tidak pernah!” “Habis tu macam mana kamu dakwa bahawa kamu ambik ilmu dan agama ini terus dari ahlul bait?”

Melihat kawan saya terlopong kelu, saya menjelaskan, “Sahabatku.. ilmu dan agama ini diwarisi dari Rasulullah s.aw kepada para sahabat. Sahabat pula ada di kalangan ahlul bait dan bukan kalangan ahlul bait termasuk ada yang bukan Arab. Kami orang-orang sunni kasih kepada mereka semua termasuk Syaidina Ali dan Syaidina Hussin serta Syaidatina Fatimah az Zahra’.

Silap besar kalau kamu anggap kami memusuhi dan membenci mereka. Kemudian para sahabat mewariskan ilmu kepada tabi’in seterusnya tabi’ tabi’in seterusnya salafus soleh dan seterusnya… seterusnya…. Sehinggalah sampai kepada kita. Bermakna kita sama-sama tidak mendapat ilmu secara direct terus dari Rasulullah atau ahlul bait.” “Jadi kalau kamu mendakwa lebih benar sebab kamu mendapat ilmu terus dari guru dan bukannya murid, maka jelas dakwaan kamu palsu!”

Syiah 4

Catatan syiah yang kukenali siri 4.

Membina masjid-masjid yang indah bagi penganut syiah dengan kubah-kubah dan dindingnya disalut emas tulen adalah antara kelicikan strategi politik Saddam Hussein untuk mengambil hati penganut syiah yang sebenarnya kalau dinisbahkan rakyat Iraq yang berbangsa Arab, syiah adalah majoriti. Tetapi kalau dihitung keseluruhan rakyat Iraq yang meliputi bangsa Kurdi dan Turkman, nisbah syiah dan sunni di Iraq adalah seimbang. Penganut syiah mendominasi wilayah-wilayah di selatan Iraq seperti Najaf, Kufah, Karbala’, Nasiriyyah dan Basrah. Di Baghdad sendiri sunni masih merupakan majoriti.

Walaupun begitu tampuk pemerintahan Iraq dari Presiden, Perdana Menteri serta para menteri adalah sunni termasuk seorang kristian, bernama Tariq Aziz.

Masjid-masjid syiah biasanya terdapat makam-makam yang bukan setakat mereka ziarahi tetapi mereka turut bertawaf sekelilingnya. Ada yang bertawaf sambil menangis dan meratap. Antara yang terkenal adalah Masjid di Kufah, Najaf, Kadhimiya dan Karbala’. Berbanding masjid-masjid tersebut, Karbala’ adalah yang paling ramai dikunjungi terutamanya menjelang 10 Muharram. Di dalamnya terdapat makam Syaidina Hussin bin Ali, cucu Rasulullah s.a.w yang terbunuh dalam tragedi Karbala’.

Makam Syaidina Ali k.w terdapat di Kufah, ini disokong oleh pendapat Imam Ibnu Kathir dalam al Bidayah wan Nihayah. Walaupun begitu penganut syiah tidak sependapat dalam hal ini kerana ada qaul di kalangan Kaum Rafidhah, Syaidina Ali dimakamkan di Najaf sementara ada lagi qaul di kalangan mereka, selepas kewafatan khalifah Islam yang keempat ini, jenazahnya dibawa dari satu tempat ke satu tempat hingga akhirnya ghaib tidak diketahui. Wallahu’alam. Saya tidak melakukan penyelidikan mendalam dalam hal ini.

Rasa ingin tahu mendorong saya ke sana ke Karbala’ ketika detik 10 Muharram untuk menyaksikan sendiri apa yang dibaca dan didengar. Memang benar terdapat lautan manusia yang datang dari segenap penjuru. Terutama bila sempadan Iran-Iraq dibuka, penganut syiah dari Iran pun turut sama berpusu-pusu datang. Saya memerhatikan hampir keseluruhan mereka datang sambil menangis dan merintih… “Yaa Hussin…. Ya Hussin… Ya Hussin… Apa dosa kamu diperlakukan begini, wahai cucu Rasulullah…”

Amalan menangis dan meratap ini amat ketara ketika mereka mengelilingi makam Syaidina Hussin (maaf sahabat-sahabat syiah kalau saya istilahkan ‘tawaf’).
Mungkin sebagai tanda kekesalan atas tragedi Karbala' yang telah berlaku, sambil mereka memukul-mukul badan mereka dengan kain dan tangan.

Amalan memukul dan menyakiti tubuh sendiri dengan senjata tajam dan alat-alat lain seperti rantai besi telah diharamkan dizaman pemerintahan Saddam. Alhamdulillah… tak terdapat lagi mereka yang luka berlumuran darah kerana amalan ini.

Saturday, June 15, 2013

Bisnes Internet

Banyak page mengenai bisnes di internet.

Ada yang mendakwa ianya bukan
  1. MLM - jualan produk setiap bulan peserta terpaksa maintain beberapa ratus setiap bulan
  2. pelaburan internet - melaburkan wang disesebuah syarikat yang kukuh, di mana jualan iklannya semakin bertambah setiap bulan. Beberapa tahun kemudian boom! dapat durian runtuh. Agaknya la
  3. money game,
  4. jualan iklan / website - setiap bulan dikenakan bayaran tertentu dan kena maintain
  5. klik dan dapat duit - mendakwa websitenya clean

Ada yang berasaskan penjualan produk kesihatan

  1. Jus buah-buahan
  2. Susu awal kambing dan lembu - kena beli berkotak-kotak, bila dah beli kena minum sendiri sebab nak jual takde orang nak beli
  3. produk kosmetik
  4. kopi, teh dsb
  5. ebook (resepi, teknik meningkatkan pelawat di website anda dsb)

Tetapi akhirnya akan meminta kita memasukkan sejumlah wang yang agak banyak
contoh: (RM50, RM100, RM300, RM1000, RM2000 RM20 000, RM100 000).
Ada yang menawarkan pakej A, pakej B dan Pakej C berdasarkan kemampuan peserta.

Apa semua ini? Asasnya mudah duit peserta akan diambil oleh orang atas atau penajanya begitulah seterusnya. Ini adalah ekonomi kapitalis, orang kaya akan tetap kaya dan miskin akan tetap miskin dan ditipu. Kesian.

Kesan kepada orang bawah

  1. Terkial-kial mencari klien baru
  2. Tiada ramai kenalan
  3. Tidak mahir dengan promosi di internet - harap facebook la
  4. Bergaduh adik beradik dan keluarga sebab pinjam duit tak bayar-bayar - putus silaturahim
  5. Kena bayar pinjaman bank selama 5-6 tahun - padan muka

Orang atas yang buat duit juta-juta

biasanaya ada latar belakang

  1. tokoh korporat
  2. artis
  3. guru
  4. doktor

pernah terlibat MLM dan pernah berjaya, ambil gambar sebelah kereta mewah, motorsikal mewah, rumah mewah, percutian mewah ...

pernah mendapat banyak award diomand, pearl, gold manager ...

pakai kot dan blazer pakai kereta ferari, aston martin, bmw akan berkata dengan selamba
"ramai lagi orang bawah yang"

  1. gelojoh - dengar terus nak masuk
  2. tamak - dengan harapan dia adalah orang paling cepat dan paling atas
  3. pelajar kolej dan universiti - desak ibu bapa atau guna duit pinjaman pelajaran
  4. tiada ilmu
  5. orang gila pun nak buat duit

akan masuk ke dalam skim hebat mereka (Hard to say NO)". Mereka kata

  1. Jangan menyesal bila kita orang dah kaya baru kau nak join
  2. nak jana duit juta-juta mestilah kena ada modal, nak buat bisnes burger pun kena modal 2 - 3 ratus kadang cecah ribu
  3. lepas ni peserta boleh buat 4D (duduk diam-diam dapat duit) biar saya yang tolong atau biar sistem auto placement yang lakukan 
  4. kalau tidak menaja akan dapat sekian banyak. Kalau menaja lagilah banyak peserta dapat, ye tak?
  5. orang yang tulis artikel macam ni selalunya dengki dengan kekayaan (hasil penipuan halus) mereka
  6. kalau tak pecah ruyung manakan dapat sagunya

Cara nak mengelak (Easy to say NO)

  1. Dengar boleh dengar - masuk telinga kira keluar telinga kanan
  2. Cakap je takde duit
  3. Pakai duit ko dulu, nanti dah dapat sejuta aku pulang balik
  4. Aku sayang keluarga aku, tak nak gaduh-gaduh dengan mereka, tak nak menyusahkan mereka yang memang dah tak mampu
  5. Aku tak de keperluan untuk semua ini. Iklan nak iklankan apa? website nak buat apa? susu nak minum banyak2 buat apa?


Thursday, June 13, 2013

LANGKAH UNTUK SEDAR DIRI

sedar
- ramai di kalangan manusia itu tidur (lalai)
- ramai yang sangka dia sedar tetapi sebenarnya tidur (lalai)

tanda kita tak sedar (lalai) / munafik
1) malas
    a) beribadat dengan malas, belajar dengan malas
    b) semua kelengkapan ada

cara untuk sedar
1) ingat segala nikmat yang Allah berikan
    a) fikir apa yang berlaku semuanya datang daripada Allah
    b) berfikir akan menyebabkan otak kita berfungsi dan lambat nyanyuk
2) ingat dosa-dosa silam dan akan datang
3) ingat masa untuk bertaubat semakin terhad
4) jangan ponteng majlis ilmu (percuma / tidur / )
5) tolong orang
6) jangan jauh daripada kawan-kawan yang baik-baik

NIKMAT yang kita dapat adalah kerana Allah sayang kepada kita bukan kerana kita BERHAK ke atas nikmat tersebut. Maka kita sedar dan bersyukur atas nikmat.

Friday, June 7, 2013

AMALAN HEBAT UMAT ISLAM

Tanam pokok di surau-surau untuk orang berteduh.
Buat tandas awam untuk para musafir.
Buat telaga untuk pondok tahfiz.

sembahyang dhuha 2, 4, 6 atau 8 , murah rezeki, lapangkan kehidupan, tidak papa
sembahyang di masjid - mendapat 25 kali ganjaran
sembahyang sunat pada bulan puasa - menyamai ganjaran sembahyang fardhu
mendapat malam lailatul qadr - 1000 bulan atau 83.3 tahun
sembahyang tahajud - amalan berkat waktu malam
korban - amalan berkat pada waktu siang 10 awal Zulhijjah dapat pahala 2 tahun
10 malam terakahir ramadhan


Al Mulk sebelum tidur
Al Sajadah dan Al Insan hari Jumaat

bila bab dunia ada bodoh dan sebagainya
bab akhirat takde pula bodoh jika tinggalkan amalan-amalan di atas

Monday, February 4, 2013

Sunday, January 20, 2013