Banyak page mengenai bisnes di internet.
Ada yang mendakwa ianya bukan
- MLM - jualan produk setiap bulan peserta terpaksa maintain beberapa ratus setiap bulan
- pelaburan internet - melaburkan wang disesebuah syarikat yang kukuh, di mana jualan iklannya semakin bertambah setiap bulan. Beberapa tahun kemudian boom! dapat durian runtuh. Agaknya la
- money game,
- jualan iklan / website - setiap bulan dikenakan bayaran tertentu dan kena maintain
- klik dan dapat duit - mendakwa websitenya clean
Ada yang berasaskan penjualan produk kesihatan
- Jus buah-buahan
- Susu awal kambing dan lembu - kena beli berkotak-kotak, bila dah beli kena minum sendiri sebab nak jual takde orang nak beli
- produk kosmetik
- kopi, teh dsb
- ebook (resepi, teknik meningkatkan pelawat di website anda dsb)
Tetapi akhirnya akan meminta kita memasukkan sejumlah wang yang agak banyak
contoh: (RM50, RM100, RM300, RM1000, RM2000 RM20 000, RM100 000).
Ada yang menawarkan pakej A, pakej B dan Pakej C berdasarkan kemampuan peserta.
Apa semua ini? Asasnya mudah duit peserta akan diambil oleh orang atas atau penajanya begitulah seterusnya. Ini adalah ekonomi kapitalis, orang kaya akan tetap kaya dan miskin akan tetap miskin dan ditipu. Kesian.
Kesan kepada orang bawah
- Terkial-kial mencari klien baru
- Tiada ramai kenalan
- Tidak mahir dengan promosi di internet - harap facebook la
- Bergaduh adik beradik dan keluarga sebab pinjam duit tak bayar-bayar - putus silaturahim
- Kena bayar pinjaman bank selama 5-6 tahun - padan muka
Orang atas yang buat duit juta-juta
biasanaya ada latar belakang
- tokoh korporat
- artis
- guru
- doktor
pernah terlibat MLM dan pernah berjaya, ambil gambar sebelah kereta mewah, motorsikal mewah, rumah mewah, percutian mewah ...
pernah mendapat banyak award diomand, pearl, gold manager ...
pakai kot dan blazer pakai kereta ferari, aston martin, bmw akan berkata dengan selamba
"ramai lagi orang bawah yang"
- gelojoh - dengar terus nak masuk
- tamak - dengan harapan dia adalah orang paling cepat dan paling atas
- pelajar kolej dan universiti - desak ibu bapa atau guna duit pinjaman pelajaran
- tiada ilmu
- orang gila pun nak buat duit
akan masuk ke dalam skim hebat mereka (Hard to say NO)". Mereka kata
- Jangan menyesal bila kita orang dah kaya baru kau nak join
- nak jana duit juta-juta mestilah kena ada modal, nak buat bisnes burger pun kena modal 2 - 3 ratus kadang cecah ribu
- lepas ni peserta boleh buat 4D (duduk diam-diam dapat duit) biar saya yang tolong atau biar sistem auto placement yang lakukan
- kalau tidak menaja akan dapat sekian banyak. Kalau menaja lagilah banyak peserta dapat, ye tak?
- orang yang tulis artikel macam ni selalunya dengki dengan kekayaan (hasil penipuan halus) mereka
- kalau tak pecah ruyung manakan dapat sagunya
Cara nak mengelak (Easy to say NO)
- Dengar boleh dengar - masuk telinga kira keluar telinga kanan
- Cakap je takde duit
- Pakai duit ko dulu, nanti dah dapat sejuta aku pulang balik
- Aku sayang keluarga aku, tak nak gaduh-gaduh dengan mereka, tak nak menyusahkan mereka yang memang dah tak mampu
- Aku tak de keperluan untuk semua ini. Iklan nak iklankan apa? website nak buat apa? susu nak minum banyak2 buat apa?
No comments:
Post a Comment