Tuesday, May 13, 2014

Kebahagiaan

HOW TO MAKE A MAN HAPPY:
1. Feed him
2. Sleep with him
3. Leave him with peace
4. Don't check his phone (Msgs)
5. Don't bother him with his movements
So what's so hard about that?
HOW TO MAKE A WOMAN HAPPY:
It's really not too difficult but... To make a woman happy, a man only needs to be:
1. a friend
2. a companion
3. a lover
4. a brother
5. a father
6. a master
7. a chef
8. an electrician
9. a plumber
10. a mechanic
11. a carpenter
12. a decorator
13. a stylist
14. a sexologist
15. a gynecologist
16. a psychologist
17. a pest exterminator
18. a psychiatrist
19. a healer
20. a good listener
21. an organizer
22. a good father
23. very clean
24. sympathetic
25. athletic
26. warm
27. attentive
28. gallant
29. intelligent
30. funny
31. creative
32. tender
33. strong
34. understanding
35. tolerant
36. prudent
37. ambitious
38. capable
39. courageous
40. determined
41. true
42. dependable
43. passionate
WITHOUT FORGETTING TO:
44. give her compliments regularly
45. go shopping with her
46. be honest
47. be very rich
48. not stress her out
49. not look at other girls
AND AT THE SAME TIME, YOU MUST ALSO:
50. give her lots of attention
51. give her lots of time, especially time for herself
52. give her lots of space, never worrying about where she goes
BUT MOST OF ALL IT IS VERY IMPORTANT:
53. never forget
*birthdays
*anniversaries

Monday, February 10, 2014

TAJUK: Gengsterisme di sekolah menengah harian

Sinopsis Isu
 Hasil kajian ‘Gengsterisme di sekolah menengah harian’ oleh Bahagian dan Penyelidikan Dasar Pendidikan,Kementerian Pendidikan amat membimbangkan. Angka 459 daripada 1560 sekolah menengah harian sebagai berisiko tinggi, iaitu terdedah kepada pelbagai masalah gengsterisme. Di antaranya termasuklah salah laku yang serius seperti peras ugut, salah guna dadah, mencabul kehormatan, pelacuran, mencuri ,berjudi menceroboh dan membawa senjata. 
 Pada keseluruhannya tahap gengsterisme di kalangan pelajar  masih boleh dikawal sekiranya tindakan tegas secara bersepadu dilaksanakan. Masalah gengsterisme bukan masalah pelajar sahaja  tetapi juga masalah  masyarakat dan perlu ditangani  oleh semua pihak termasuk ibu bapa. Berikutan dengan hasil kajian itu, usaha bersepadu perlu dilaksanakan segera untuk menghapuskan sama sekali masalah samseng dari terus menular.Ia mesti dilakukan secara serius dan berkekalan kerana memberi kesan kepada  keharmonian persekolahan kepada semua warga sekolah.
 Kementerian Pendidikan perlu mewujudkan sebuah pasukan bertindak bagi merangka strategi menangani ini dengan segera. Di samping itu cadangan beberapa pihak lain seperti polis dan pihak berkuasa tempatan  perlu diambil kira.Kita harap dengan berbuat demikian barulah tindakan pada peringkat sekolah lebih berkesan, menyeluruh dan seragam. Salah satu sebab kenapa semakin ramai ibu bapa memilih untuk tidak menghantar anak mereka bersekolah di sekolah aliran perdana  adalah kerana masalah  disiplin, terutamanya berkaitan gengsterisme.Mereka berminat menghantar anak ke sekolah aliran agama yang pada tanggapan lebih selamat.Mereka dikatakan tidak banyak terbabit dalam kancah masalah sosial.
 Para guru terutamanya guru besar juga mempunyai peranan yang amat penting dalam usaha menangani gejala buruk ini.Mereka seharusnya tidak menyembunyikan kegiatan gengsterissme dan samseng di kalangan pelajarnya.Sekolah-sekolah  yang terbabit dengan masalah gengsterisme diminta memberikan kerjasama penuh kepada polis. Kesimpulanya,kita perlu mencipta formula baru bagi membendung  virus disiplin yang semakin membimbangkan. Semua pihak perlu berganding bahu dan bekerjasama tanpa saling menuduh antara satu sama lain.
Disiplin pelajar dari  perspektif Teori Struktural – Fungsional
 Gejala gensterisme di kalangan para pelajar boleh dikaitkan dengan  tahap disiplin seseorang individu. Menurut Kamus Dewan ,” Disiplin membawa pengertian latihan pemikiran dan kelakuan supaya  ahli masyarakat atau individu boleh mengawal diri,peraturan-peraturan yang ditetapkan  untuk melatih seseorang berkelakuan baik. Manakala dari sudut agama Islam disiplin dapat disimpulkan satu tatacara larangan atau satu sistem hukuman yang dikenakan ke atas seseorang.Selain itu ia adalah satu proses latihan dan pembelajaran yang bertjuan untuk membetul, menguat dan menyuburkan unsur-unsur kawalan diri serta kepatuhan kepada peraturan  dan norma-norma kebudayaan.
 
Definisi  dan  konsep  Teori  Fungsionalisme
  Teori  ini diperkenalkan oleh Auguste Comte, Herbert Spencer dan Emile Durkheim. Mengikut teori  ini  bahawa masyarakat berkembang dan stabil berdasarkan peraturan sosial dan perubahan semasa. Masyarakat sebagai satu organisma dan setiap organ mempunyai peranan yang tersendiri. Teori  ini mengkaji fungsi perlakuan sosial atau institusi dalam kegiatan atau aktiviti yang menyumbang kepada penerusan masyarakat. Para ahli fungsionalisme selalu menyatakan bahawa setiap bahagian masyarakat mempunyai tujuan-tujuan  dan keperluan-keperluan tersendiri.
 Teori ini menekankan kepentingan persefahaman setiap ahli masyarakat untuk mencapai keharmonian dan kestabilan masyarakat.Mengikut pemikiran ahli fungsional, kita harus memerhati terlebih dahulu fenomena sosial iaitu mengenalpasti struktur sosial.Teori ini akan mengkaji bagaimana sistem sosial itu berfungsi.Kemudian mereka akan menilai sejauh manakah perjalanan sistem  tersebut membawa kepada keharmonian sebagai syarat untuk mengekalkan ikatan masyarakat.Idea fungsionalisme ialah masyarakat adalah berasaskan konsesus. Maksud konsesus ialah manusia bersetuju kepada nilai-nilai asas masyarakat di mana mereka hidup dan mengiktiraf kebaikan-kebaikkanya. Adalah menjadi kemahuan setiap anggota bahawa konsesus berterusan wujud supaya masyarakat dapat berjalan lancar.
Fungsi nyata ialah seperti tugas guru atau sekolah yang dirancangkan iaitu memberi pengajaran.Manakala fungsi tidak nyata ialah bermaksud tidak dirancang. Di mana pada waktu rehat murid tidak berkeliaran tetapi mereka dapat mengsisi masa itu dengan berfaedah.
 Kelemahan teori fungsional secara keseluruhan ialah mereka menolak perubahan sosial yang menjejaskan kestabilan sistem sosial. Alasanya mahu ke arah peraturan sosial.Misalnya dalam masyarakat yang sedang membangun masih lagi terdapat golongan yang miskin, tercicir dan tidak mendapat kerjasama dengan kumpulan masyarakat yang kaya. Oleh itu masih wujud lagi jurang susun lapis dalam sesebuah masyarakat.
Faktor yang mempengaruhi  wujudnya masalah disiplin
 .1)Institusi Keluarga
    Ibu bapa  adalah  orang yang terpenting  dalam sesebuah keluarga. Mereka memainkan peranan  utama dalam mencorak masa depan keluarga. Anak-anak ibarat kain putih dan ibu bapa yang menjadi pengarahnya. Dalam konteks ini, penekanan aspek disiplin amat mustahak sekali.Terdapat di kalangan ibu bapa yang tidak menunjukan teladan yang baik kepada anak- anak. Ini menyebabkan anak-anak teriku-ikut dengan sikap dan perbuatan  ibu bapa mereka . Ada ibu bapa yang tidak sehaluan atau sefahaman di rumah,anak-anak berasa tidak aman dan cuba mencari jalan keluar dari masalah ini.Dengan ini timbul golongan anak-anak yang tidak mendengar nasihat keluarga dan banyak menghabiskan masa bersama-sama raakan sebaya untuk berkongsi masalah dan menghilangkan rasa bosan.Punca pendapatan ibu bapa juga mempengaruhi masalah disiplin. Ibu bapa yang berpendapatan rendah menyebabkan  anak-anak tidak mampu membayar yuran persekolahan. Pelajar berasa malu untuk ke sekolah.Oleh itu mereka melencong atau melepak di kompleks-kompleks  membeli belah.
James Becker mengatakan ketidakseimbangan disiplin sesebuah keluarga akan menyebakan anak-anak tidak dapat menwujudkan pengawalan diri yang baik.
.2)Rakan Sebaya
 Rakan atau kawan adalah ibu bapa kedua bagi seseorang pelajar.Pengaruh rakan sebaya mampu mencorakkan sikap dan nilai tingkahlaku pelajar,lebih-lebih lagi mereka yang tercicir dalam pelajaran dan yang mengalami masalah keluarga. Pelajar menganggap peraturan dan undang-undang sekola sebagai sesuatu yan  remeh dan tidak perlu dipatuhi. Mereka akan membentuk kumpulan sendiri yang akan mengadakan peraturan  tertentu. Ahli kumpulan tersebut hendaklah mematuhinya.Dari sini mula timbulnya masalah disiplin seperti peras ugut dan pergaduhan.
.3)Pihak Sekolah
   Sekolah  adalah  rumah  kedua para pelajar, begitu juga dengan para pendidik yang menjadi ibu bapa semasa di sekolah.Tugas guru semakin mencabar dalam  era globalisasi. Di samping menjadi pendidik, mereka juga menjadi ‘role model’  kepada pelajar.Kegagalan guru mendidik akan menjurus ke arah masalah pelajar. Amalan demokrasi dalam pendidikan kurang diterapkan terutamanya dalam pemilihan mata pelajaran elektif. Pelajar tidak sepatutnya dipaksa memilih aliran belajar dan mata pelajaran pilihan. ia boleh menjejaskan prestasi pelajar tersebut. Ini menyebabkan berlakunya konflik jiwa, pemberontakan batin dan rasa tidak    puas hati di jiwa pelajar.Konflik juga timbul kerana pelajar tidak puas hati kepada guru yang mengajar. Contohnya pengajaran guru tidak berkesan atau kurang cekap dalam mata  pelajaran berat seperti Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris. Selain itu sekolah di negara ini kebanyakkannya berorentasikan kepada peperiksaan.Pelajar menghadapi tekanan mental dan sosial.
.4) Pengaruh Media massa dan Siber
Media massa dapat di kategori kepada  dua jenis iaitu media cetak dan media elektronik. Kedua-dua media ini banyak mempengaruhi para pelajar ketika ini. Golongan remaja khususnya para pelajar mudah meniru dan mengikut pelbagai
adegan dan perlakuan negatif yang ditayang  dalam pelbagai media.Mereka ingin tahu dan mencuba sendiri apa yang dilihat. Dalam era globalisasi ini juga menyebabkan para pelajar dapat mencapai    pelbagai maklumat  dengan melayari internet.Dengan wujudnya cyber cafe telah   memudahkan para pelajar mendapat bahan dan maklumat mengikut citarasa.
 
.1)  Definisi  Modenisasi
     Semenjak kemerdekaan hinggalah ke alaf baru ini, pendidikan di negara kita telah mengalami banyak  perubahan  dan modenisasi. Modenisasi adalah   satu proses  transformasi ekonomi dan sosial dalam masyarakat sebagai kesan 
daripada  bermulanya  revolusi perindustrian. Modenisasi juga diterima sebagai keadaan di mana  masyarakat tradisional menggantikan atau memodenkan sikap, autoriti, hubungan dan nilai-nilai lama kepada gaya hidup moden.
Modenisasi  pendidikan yang diteruskan pada awal kemerdekaan  adalah warisan sistem penjajahan.Selepas kemerdekaan bentuk organisasi birokrasi Inggeris telah dikekalkan  sebagaimana yang terdapat dalam pasukan tentera, polis, pegawai tadbir, pendidikan dan lain-lain. Pihak Inggeris telah memainkan peranan dalam menasihati perkembangan sistem pendidikan negara  pada awal kemerdekaan.
Menganalisis  isu  berdasarkan  tiga konsep  sosiologi
.1) Modenisasi Pendidikan juga turut mengalami modenisasi secara beransur-ansur akibat pertembungan sains dan teknologi.Pertemuan pelbagai modenisasi ini telah menjadi alasan utama yang menjerumus kepada masalah disiplin di kalangan pelajar. Corak dan gaya hidup masyarakat telah berubah selari dengan era globalisasi  masa kini.Terdapat perubahan nilai  dan norma-norma ibu bapa disebabkan oleh proses-proses modenisasi, perbandaran dan    birokrasi. Ibu bapa lebih memanjakan anak-anak dan sering memenangkan anak sekiranya ada masalah dengan guru. Ibu bapa kini sering bertolak ansur dengan anak-anak mereka dan kurang mengambil tahu hal anaknya di sekolah. Mereka lebih sibuk mencari nafkah.Oleh itu anak-anak yang kurang perhatian   ibu bapa akan mudah terpengaruh dengan gejala ini.
       Media Elektronik  dan media cetak turut memainkan peranan penting terhadap perubahan sikap dan nilai hidup. Kedua-dua media ini sering mencabar peranan tradisi guru sebagai satu-satunya penyalur atau penyampai ilmu.Anak-anak mudah  terikut-ikut dan terpengaruh dengan pelbagai iklan yang disiarkan.Untuk mencapai apa yang dihajati itu bagi sesetengah pelajar yang tidak mampu, mereka  akan melanggar peraturan disiplin.
 Menurut Ron Cocking ( 1973 ), kanak-kanak hari ini dididik dengan penuh kesabaran sehingga menolak pihak-pihak yang teratas. Hujah ini menerangkan perubahan-perubahan yang telah berlaku dari segi kawalan dirumah dan implikasi-implikasi disiplin sekolah. Kanak-kanak yang diasuh dengan manja akan medapati sukar untuk menyesuaikan diri dengan permintaan pihak sekolah. Apabila terdapat situasi  yang  berlawanan dengan struktur pihak sekolah dengan
 rumah, pelajar-pelajar akan menggunakan tingkahlaku yang negatif untuk menyelesaikan masalah itu.
.2) Budaya Sekolah
     Menurut Tylor (1871), budaya ialah keseluruhan yang kompleks yang mengandungi ilmu pengetahuan, kepercayaan, kesenian, moral,undang-undang, adat dan sebarang bentuk keupayaan dan kebiasaan yang diperolehi oleh seseorang sebagai ahli masyarakat.Budaya merupakan apa yang terkandung dalam diri individu hasil dari pengalaman interaksi sosial dengan masyarakat sekeliling.Budaya sebagai proses sosial telah memberi peluang kepada para guru untuk membentuk budaya melalui interaksi dengan pelajarnya.
  Manakala budaya sekolah merupakan sebahagian budaya masyarakat kerana sekolah itu lahir daripada keperluan masyarakat.Semua pelajar sekolah terus didedahkan kepada norma, nilai, simbol dan bahasa yang akan mencorak masa depan mereka. Budaya sekolah ialah budaya yang dihasilkan oleh sebahagian pelajar dan sebahagian lagi oleh golongan tertentu supaya aktiviti pelajar dapat dikawal. Pendidikan nilai amat diutamakan.Pembudayaan di sekolah dilaksanakan menerusi kurikulum formal dan  kurikulum tidak formal.
 Budaya formal sekolah adalah apa yang telah dirancang seperti aktiviti kurikulum dan kegiatan kokurikulum. Pelajar yang pandai dan aktif akan mendapat sanjungan puhak guru dan sekolah. Manakala pelajar yang lemah dan kurang cerdik akan tesisih. Budaya ini menyebabkan pelajar ini akan melakukan gelaja negatif bagi menarik perhatian pihak tertentu atau pun untuk melepas naluri yang terhimpit. Mereka bebas memilih budaya-budaya yang dianjurkan oleh rakan sebaya, media massa atau keluarga.Sekiranya mereka memilih budaya negatif, maka akan  wujudlah masalah sosial.
.3) Pendidikan  dan Meritokrasi
 Tanpa  kita sedari dasar meritokrasi telah lama wujud dalam sistem pendidikan negara kita.Tidak semua pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi persekolahan Malaysia yang layak masuk ke universiti. Hal demikian telah dilakukan untuk memilih yang yang terbaik layak menyambung pelajaran ke menara gading. Proses penapisan inilah yang membuktikan betapa dasar meritrokasi sudah diamalkan  sebelum ini.
Selaras dengan dasar fungsionalisme, pendidikan di Malaysia memberi ruang persaingan dalam kesamaan peluang yang diberikan. Ini bermakna  sungguhpun semua murid mempunyai peluang masuk yang sama ke sekolah, sistem pendidikan Malaysia modem meneruskan dasar-dasar meriktrokasi dalam pendidikan melalui  pengaliran Kebiasaan sekolah ialah mengasingkan murid-murid mengikut tahap ‘inteligen’ dalam bilik darjah berlainan. Perlaksanaan sistem ini boleh mewujudkan masalah disiplin. Melalui sistem ini pelajar yang kurang pintar akan ditempatkan dalam satu kelas. Biasanya pelajar-pelajar ini datang dari golongan kelas sosial  rendah. Guru pula kurang memberi perhatian dalam kelas ini. Oleh itu murid merasa tidak dipedulikan. Pelajar ini kurang motivasi dan tidak berminat untuk belajar. Mereka sering ponteng sekolah dan melakukan pelbagai  perkara yang melanggar disiplin.
\
Cadangan &  Kesimpulan
 Sudah sekian  lama masalah sosial menular di kawasan sekolah dan melanda kebanyakkan pelajar kita. Sama ada disedari atau tidak kebanyakkan masalah yang melanda masa kini adalah disebabkan oleh tekanan serta permasalahan yang wujud  disekeliling kita.dengan publisiti meluas di dalam media massa, masalah sosial di kalangan pelajar sebenarnya sudah berada pada tahap yang mencemaskan.
 Salah siapa gejala ini wujud? Ada setengah pihak yang dengan cepat menunding jari kepada  para guru.Memang benar ada segelintir guru yang tidak bertanggungjawab dan tidak profesional. Tetapi bilangan guru seperti ini adalah kecil. Tentulah tidak adil menunding jari hanya hanya kepada guru sebagai faktor utama merebaknya masalah ini di sekolah.Ini seandainya kita megambil kira masa murid bersama guru hanya kira-kira enam jam sehari.Masa selebihnya termasuk hari sabtu,ahad dan cuti umum, anak-anak tersebut adalah di bawah tanggungjawab ibu bapa penjaga. Ibu bapa sebenarnya mempunyai tanggungjawab yang  lebih besar terhadap anak-anak. Mereka perlu mengambil berat dan memerhatikan setiap pergerakkan anak-anak di luar waktu sekolah. Ibu bapa tidak boleh lepas tangan dan membiarkan anak-anak untuk melakukan apa saja tanpa kawalan. Malangnya ramai ibu bapa sekarang terlalu sibuk dengan tugas dan kegiatan harian, menyebabkan masa untuk bersama anak terhad. Atas alasan  perlu bekerja lebih untuk mendapat banyak wang, ibu bapa telah meletakkan tanggungjawab mendidik anak-anak kepada guru.
 Pihak kerajaan perlu menggubal undang-undang yang dapat menghukum ibu bapa yang cuai mendidik anak-anak. Jika  guru yang tidak bertanggungjawab boleh dihukum mengikut peraturan yang sedia ada.Tetapi apa pula tindakan terhadap ibu bapa yang cuai, lepas tangan dan tidak bertanggungjawab sehingga anak-anak mereka terlibat dalam kegiatan tidak sihat. Ibu bapa seperti inilah sebenarnya faktor utama yang meningkatkan masalah disiplin di kalangan pelajar sekolah.
 Kurikulum Pendidikan perlu dikaji dan dikemaskini selalu megikut peredaran masa.Ini bagi memastikan input yang diberi kepada pelajar bertepatan dengan hasrat masyarakat dari segi agama, akhlak dan budaya negara yang positif.
Pihak kerajaan juga mempunyai peranan yang paling penting dalam hal ini. Akta pencegahan jenayah dan Akta Juvana juga perlu dikaji dan diubahsuai selaras dengan zaman globalisasi. Setiap pelajar tanpa  mengira kaum dan kelas sosial perlu didekati supaya mereka menghayati keunggulan disiplin. Keunggulannya dapat diterapkan melaui kerjasama semua pihak sperti pentadbir sekolah, para guru, ibu bapa dan sebagainya.Secara tidak langsung masalah disiplin yang semakin serius dapat dikurangkan peratusannya. Sesungguhnya kuatkuasa disiplin adalah untuk kebaikan semua pihak.

Bibliografi
Alex Inkeles. 1982. What is Sociology? : An Introduction to the Discipline and 
      Profession. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.
Amir Hasan Dawi. 1999. Penteorian Sosiologi Dan Pendidikan. Tanjong Malim : 
      Quantum Books.
Ee Ah Meng. 1994. Perkembangan dan pelaksanaan kurikulum. Kuala Lumpur:
       Fajar Bakti.
 
 Husein Mahmood. 1993.Kepemimpinan dan keberkesanan sekolah:Kuala Lumpur.
          Dewan Bahasa  Pustaka.
Kamarudin Hj. Husin dan Kamarul Azhar. 1994. Asas Pendidikan III : Perkembangan 
          Dan Pelaksanaan Kurikulum. Kuala Lumpur : Longman Malaysia.
Mahadi Osman. 1996. Masyarakat melayu dan gejala sosial. Kuala Lumpur:
          Institut Perkembangan Minda. 
Mohd. Salleh Lebar. 1992. Perubahan Pendidikan Di Malaysia. Kuala Lumpur : 
         Nurin   Enterprise.
Mohd. Salleh Lebar. 1998. Sosiologi Sekolah & Pendidikan . Kuala Lumpur : 
        Thinker Library.

Disiplin Pelajar 1

PENGENALAN 

Ibu bapa patut bantu sekolah atasi gejala sosial, “  Buli gugat semangat belajar ” dan “ Kerjasama penting bagi banteras gangsterisme”.  Begitulah antara tajuk-tajuk berita yang terpapar di dada  akhbar-akhbar tempatan pada masa kini.  Berita-berita seperti ini membayangkan  kemerosotan  disiplin pelajar dan masalah disiplin di sekolah-sekolah pada masa kini memang  amat serius sehingga mencapai tahap yang membimbangkan Walaupun pelajar sekolah diajar supaya menerima nilai-nilai murni tetapi nampaknya ini semua hanya retorika semata-mata. 

Pelajar merupakan elemen atau aset penting dalam  negara dan bakal menjadi pemimpin negara pada masa hadapan. Merekalah yang akan terus melaksanakan program pembangunan negara untuk mencapai Wawasan 2020. Pembangunan negara yang pesat dalam sektor ekonomi, sosial dan budaya serta perkembangan teknologi maklumat telah membawa bersama gejala sosial yang negatif di kalangan remaja sekolah.  Keruntuhan akhlak dan nilai-nilai moral serta gaya hidup yang tidak sihat telah memberi kesan yang buruk kepada keluarga, masyarakat dan negara. 

Masalah disiplin di sekolah  kini telah menjadi lebih  kompleks dengan kewujudan kes pelajar yang terlibat dalam aktiviti pemujaan serta ajaran sesat yang dikenali ‘Black Metal’. Hakikatnya jelas dapat dilihat dengan bertambahnya bilangan pelajar yang terlibat dalam kes-kes disiplin seperti ini serta penambahan bilangan jenis salahlaku yang dilakukan oleh pelajar-pelajar.  
 
PONTENG SEKOLAH
Sejak kebelakangan ini, peningkatan kadar masalah disiplin di sekolah-sekolah Malaysia yang mendadak menimbulkan tanda tanya dan membingungkan kepada pelbagai pihak mengenai punca sebenar berlakunya fenomena ini. Kes ponteng sekolah terutamanya mencatat bilangan yang tertinggi berbanding dengan kes-kes disiplin yang lain. Gejala ponteng sekolah di kalangan pelajar-pelajar sekolah bertambah dengan kadar yang serius bagai “ cendawan tumbuh selepas hujan ” walaupun berbagai-bagai langkah telah dilaksanakan bagi menangani masalah ini. 
Sebenarnya, punca utama wujudnya amalan ponteng sekolah adalah bermula oleh masalah  keluarga seseorang pelajar itu sendiri. Timbulnya pertelingkahan antara ibu dan bapa menyebabkan kebajikan anak-anak terabai. Segala tindak-tanduk anak-anak mereka di luar rumah dan di sekolah tidak diambil berat. Ketandusan kasih sayang dan ledakan tekanan pada diri seseorang pelajar datang daripada keluarga bermasalah akan menyebabkan mereka cuba ponteng sekolah. Ini menunjukkan keruntuhan institusi keluarga mempengaruhi masalah disiplin di kalangan pelajar . Dalam sesebuah keluarga yang mempunyai ibu bapa yang bersikap materialistik seumpamanya, amalan untuk mengambil berat kebajikan dan keperluan anak-anak telah diambil alih oleh sikap yang ingin mengejar kebendaan semata-mata. Anak-anak mereka dipinggir dan kasih sayang yang sepenuhnya tidak diberikan. Masalah di atas adalah selari dengan teori fungsionalisme (Durkheim dan Spencer) di mana ibu bapa tidak menjalankan tugas mereka dengan sempurna (disfungsi).  Jadi tidak hairanlah jika anak-anak memilih untuk ponteng sekolah dan bergaul dengan rakan-rakan luar sekolah yang dianggap lebih rapat dengan mereka.  
  
 
KONGSI GELAP (GANGSTERISME) DI SEKOLAH 
Mengikut Kamus Dewan edisi ke 3 Dewan Bahasa dan Pustaka 1996 hlm 700, Kongsi gelap didefinisikan sebagai “Perkumpulan sulit dalam sesuatu kegiatan untuk maksud atau kegiatan jenayah”. 
Menurut Pengerusi Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor, En Ng Ching Sea, keadaan kongsi gelap di Johor adalah pada tahap kritikal. Mengulas perkara tersebut beliau berkata;  
" Masalah kongsi gelap di Johor kini sudah pada tahap kritikal dan memerlukan pendekatan bersepadu daripada agensi kerajaan dan masyarakat untuk memeranginya sehingga ke akar umbi."  (Utusan Malaysia 20 Feb 97) 

Penglibatan pelajar dalam kegiatan ini turut mendapat perhatian orang ramai yang membantu dengan memberi maklumat kepada pihak Biro Aduan dan Penyelidikan Ekonomi Majlis Hal Ehwal Pengguna Negeri Johor berkenaan mereka yang terlibat di dalam kumpulan haram ini. Laporan akhbar Utusan Malaysia pada 19 Februari 1997 yang memetik kenyataan Saudara Ng Ching Sea, melaporkan bahawa terdapat 560 orang pelajar dari 39 buah sekolah menengah di seluruh negeri Johor terlibat dengan 22 kumpulan kongsi gelap. Laporan tersebut menggambarkan betapa seriusnya masalah penglibatan pelajar sekolah di dalam kegiatan kongsi gelap khasnya di Johor.  
 Menurut William Gladden Foundation (1992), empat faktor utama yang merangsang pembentukan kumpulan kongsi gelap di kalangan pelajar adalah: 
 
Remaja mengalami perasaan terasing dan tidak berdaya disebabkan kurangnya struktur sokongan tradisi seperti keluarga dan sekolah. Situasi ini akan membawa kepada perasaan kecewa dan tegang lalu mendorong kepada usaha mendapatkan sokongan di luar institusi tradisional.  
Keanggotaan kongsi gelap memberikan remaja perasaan "sense of belonging" dan menjadi sumber utama penampilan identiti oleh ahli-ahli mereka. Seterusnya, keahlian tersebut menjadikan remaja merasakan diri mereka berkuasa dan menguasai di mana kegiatan kumpulan akan menjadi tempat mereka melepaskan kemarahan atau pun ketegangan.  
Kawalan kawasan adalah perlu demi keutuhan kumpulan di mana kekerasan sering digunakan untuk mengawal kawasan dan ahli-ahlinya. Pengrekrutan ahli baru dan pengluasan kawasan pengaruh adalah penting untuk mengukuhkan kekuatan dan kekuasaan kumpulan. Maka, kemasukan ahli secara sukarela atau paksa dilakukan untuk menampung keperluan dengan penambahan sumber dan keahlian kumpulan.  
Keempat-empat faktor di atas saling menyumbang kepada kewujudan kongsi gelap yang lebih berkuasa dan kejam seiring dengan usaha mereka untuk mengekalkan dan mengembangkan pengaruh di kawasan dan dikalangan remaja secara lebih luas.  
Selain daripada itu, ada juga beberapa penambahan dari segi punca-punca pelajar atau pun remaja menyertai kumpulan haram atau kongsi gelap menurut pandangan Schmidt dan Lunghofer (1993) iaitu:  
a. Mencari kasih sayang, struktur dan disiplin berasaskan kefahaman mereka.  
b. Perasaan komitmen dan "sense of belonging”, dikagumi dan kekuasaan. 
c. Persahabatan, latihan, keseronokan dan aktiviti.  
d. Tempat di mana diri dirasakan diterima dan dihargai.  
e. Keperluan kepada keselamatan fizikal dan perlindungan.  
  
 

KESAN 
Berdasarkan kajian yang telah dilakukan di Amerika Syarikat pada tahun 1993 didapati bahawa sekalipun penyertaan remaja atau pelajar di dalam kegiatan kumpulan haram meningkat sebanyak 10 peratus namun, laporan jenayah remaja yang melibatkan kumpulan haram tersebut adalah kurang daripada 2 peratus (Bodinger-deUriarte, 1993).  
Sekalipun perangkaan yang ditunjukkan adalah rendah namun satu perkara yang pasti ialah kumpulan-kumpulan haram tersebut memainkan peranan yang utama dengan merebaknya kegiatan salah laku di sekolah.  

Kajian oleh National Institute of Education di Amerika Syarikat menyatakan bahawa terdapat peningkatan keganasan atau salah laku di sekolah sejak 1978 di mana pelajar-pelajar sekolah adalah pada risiko yang tinggi untuk menjadi mangsa keganasan di sekolah berbanding di tempat-tempat lain (Gaustad, 1991). Ini menunjukkan sekolah bukan lagi tempat yang selamat sekiranya wujud kegiatan kumpulan kumpulan haram oleh pelajar-pelajar mereka.  
Secara ringkasnya kita dapat menyatakan bahawa implikasi masalah disiplin di sekolah ialah:  
a. Wujudnya kegiatan salah laku seperti peras ugut, pergaduhan dan sebagainya.  
b. Risiko yang tinggi kepada pelajar-pelajar lain untuk menjadi mangsa mereka.  
c. Persekitaran yang tegang di kalangan pelajar-pelajar kerana merasa terancam.  
d. Menjejaskan imej dan kredibiliti sekolah sebagai pusat kecemerlangan pendidikan.  
e. Menjejaskan kelancaran proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah terbabit. 

Menilai aspek-aspek yang telah diketengahkan, maka adalah penting bagi kita menangani permasalahan disiplin di kalangan pelajar sekolah mahu pun pusat pengajian yang lebih tinggi demi menjamin keutuhan sekolah sebagai agen sosial yang berwibawa dan dihormati. Prosedur pencegahan yang sistematik dan berkesan berasaskan pertimbangan punca-punca penglibatan pelajar kepada masalah disiplin ini adalah perlu demi memelihara masa depan yang positif kepada pelajar, sekolah dan masyarakat itu sendiri. Oleh itu kerjasama bersepadu antara pelajar, sekolah, pihak berkuasa dan masyarakat adalah perlu ke arah pelaksanaan program pencegahan yang berkesan serta menyeluruh. 
 
CADANGAN 
1. Laporan serta kerjasama daripada masyarakat amat diperlukan bagi menangani masalah ini. 
2.    Program Integrasi Negeri Tangani Anti Sosial (PINTAS) adalah program yang dicadangkan untuk meningkatkan disiplin dan kawalan salah laku pelajar di sekolah. Kaedah pelaksanaan program ini dibuat agar sesuai dengan pelbagai kes salah laku pelajar di sekolah. Antara jenis-jenis salah laku pelajar ialah ponteng sekolah , merokok, melawan guru, bertumbuk dan sebagainya. 
3.  Perkhidmatan Bimbingan  & Kaunseling – Guru pakar dalam bidang ini perlu dilatih agar dapat menjalankan tugas dengan baik bagi tujuan memberi nasihat serta dorongan agar mereka yang terlibat dalam masalah disiplin ini akan insaf dan seterusnya mengikut peraturan sekolah yang ditetapkan . Adalah menjadi harapan negara pelajar yang tamat dari sekolah-sekolah seluruh negara mempunyai tahap disiplin yang baik. Ini kerana mereka inilah yang akan membangunkan negara pada masa akan datang.  
4.  Penubuhan Kelab Pencegahan Jenayah & Disiplin di sekolah wajar dan patut diberi sokongan sepenuhnya. Kementerian Pendidikan memberi kebenaran untuk penubuhan kelab seperti ini yang bertujuan untuk melatih dan memberi kesedaran di kalangan pelajar tentang pelbagai aspek jenayah dan pencegahannya. Melalui penerapan nilai moral yang baik dan penekanan kepada pentingnya sikap yang jujur. 
5.    Walau apa pun program yang dilaksanakan bagi mengatasi masalah disiplin ini, namun yang paling penting adalah peranan ibubapa. Ibubapa perlu meluangkan masa bersama anak-anak dan sentiasa mendorong mereka dan cuba menyelesaikan segala masalah yang dihadapi. 
PENUTUP 
Para guru harus sedar bahawa pelajar yang ada sekarang berbeza dengan pelajar pada zaman 60-an dan 70-an dulu. Pelajar dulu takut dan hormat kepada guru, mempunyai hala tuju yang jelas dalam belajar, tidak mudah dipengaruhi oleh mana-mana pihak, bercita-cita tinggi selain daripada dibesarkan dalam suasana keluarga yang penuh dengan kasih sayang, hormat menghormati di samping tidak terlibat dalam arus mengejar kebendaan semata-mata.  

Pelajar dulu kaya dengan nilai-nilai budaya Timur yang mengutamakan nilai menghormati mereka yang lebih tua. Kata-kata guru dianggap keramat, teguran guru ibarat nasihat. Paling penting, pada waktu dulu para pelajar tidak terdedah dengan pelbagai bentuk budaya asing dan popular yang bisa menghakis nilai-nilai ketimuran yang mulia. Dulu, rotan adalah senjata yang paling berkesan untuk merawat salah laku pelajar. Apa yang berlaku sekarang sudah amat jauh bezanya.  
Sekolah dan golongan guru mesti menerima hakikat bahawa pelajar sekarang lebih lantang dan sedar akan hak yang melindunginya sebagai pelajar. Mereka adakalanya berani mencabar kewibawaan sekolah.  Oleh itu, kaedah-kaedah tradisional seperti dengan memarahi, merotan, menggantung dan membuang sekolah sudah tidak sesuai lagi dengan kemelut disiplin sekarang.  
Sekolah perlu mewujudkan iklim yang cukup selesa untuk para pelajar menimba ilmu sehingga tidak ada ruang langsung pun untuk pelajar berasa tidak puas hati dan mendorongnya untuk memberontak. Percayalah, masalah disiplin yang berlaku di kalangan pelajar sekarang banyak berpunca daripada masalah keluarga serta kegagalan guru mempersembahkan yang terbaik untuk para pelanggannya iaitu para pelajar.

http://tuanmat.tripod.com/pendidikan.html

Friday, November 22, 2013

Hukum Qaza'


Kritikan terhadap Status dan Sanad Hadis, Perawi dan Takhrij Hadis

Untuk mengetahui tentang status sesuatu hadis, ianya perlulah dikaji dengan lebih mendalam. Untuk membaca perbahasan panjang lebar mengenai perkara ini, kami sarankan para pembaca membaca artikel melalui pautan di bawah:

Hukum Qaza’ (Mencukur Sebahagian Kepala)

Adakah Qaza’ Haram?

Ada sesetengah golongan berpendapat Qaza’ adalah haram secara mutlak. Walaubagaimanapun, eloklah sekiranya kita dapat membaca perbahasan para ulama’ muktabar terdahulu mengenai perkara ini.

Pendapat ulama’ dari 4 mazhab muktabar:

1. MAZHAB HAMBALI

Al-Mardawi dalam kitab al-Insaf berkata:ويكره القزع بلا نزاع وهو أخذ بعض الرأس وترك بعضه على الصحيح من المذهب

Makruh Qaza’ tanpa ada pertikaian iaitu mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian lain. Ini pendapat sahih dlm mazhab Hambali.

2. MAZHAB MALIKI

An-Nafrawi berkata:يكره القزع وهو تفريق شعر الرأس مع حلق ما بينه

Makruh Qaza’ iaitu membelah rambut dengan mencukur ditengahnya.

3. MAZHAB HANAFI

Imam ibnu Abidin berkata dalam Hasyiahnya:ويكره القزع وهو أن يحلق البعض ويترك البعض قطعاُ مقدار ثلاثة أصابع

Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian dan membiarkan yang lain terpisah-pisah sekadar 3 jari.”

4. MAZHAB SYAFIEI

Imam Nawawi berkata dalam kitab Raudatut Talibin:
كُره القزع وهو حلق بعض الرأس سواء كان متفرقاً أو من موضع واحد

Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala samada ditempat yg berbeza atau tempat yang sama.

Kesimpulan

Berikut merupakan kesimpulan yang dibuat oleh Ustaz Salman melalui blog beliau, Darulilmi.org:

Ulama berkata larangan ini tidak haram kerana termasuk dalam bab adab.
Dibolehkan qaza’ untuk tujuan perubatan seperti yg disebut oleh imam Nawawi
Menggunting dan menipiskan tepi tidak termasuk dalam larangan.
Berdosa mengeluarkan hukum haram qaza’ sekiranya dia bukan ulama yg mujtahid (seperti tersebar dalam fb)

Wednesday, October 30, 2013

MCA GERAKAN PART 2

Pada tahun 1988, MCA dan Gerakan memperalatkan pelajar yang tinggal di Asrama Desasiswa Damai di Universiti Sains Malaysia yang diperbuat daripada kayu membakar Desasiswa Damai hingga hangus. Pembakaran asrama tersebut menghabiskan wang kerajaan dan kekurangan tempat tinggal pelajar USM. Pada tahun 1983 saya masih belajar Pendidikan Jarak Jauh Universiti Sains Malaysia, MCA, Gerakan dan SUPP merancang melalui main “Kayu Tiga” iaitu menyuruh orang membakar rumah serta kedai kakak saya. MCA, Gerakan dan SUPP menyuruh bomba Merlimau menerima panggilan telefon kebakaran mengambil masa 5 jam untuk sampai ke tempat kebakaran yang jarak jauh 1.5 km sahaja. Semua buku saya dari sekolah rendah hingga universiti habis dijilat api kerana saya menumpang sebuah bilik rumah kakak saya untuk membaca dan menaip tugasan USM. Habis buku Pendidikan Jarak Jauh USM dibakar dan saya belum tamat pengajian lagi. Saya telah menulis surat kepada USM untuk menghantar nota-nota yang terbakar kerana saya masih memerlukan untuk ulang kaji peperiksaan dan menaip tugasan. Atas nasihat bodoh MCA, Gerakan dan SUPP kepada USM bahawa USM menjawab tiada stok nota-nota untuk dihantar kepada saya. Tiap-tiap tahun USM ada mencetak nota-nota yang lebih jika ada pelajar yang hilang nota, kebakaran atau ada muka surat yang hilang. USM boleh pinjam nota pensyarah untuk fotostat dan hantar kepada saya melalui pos. MCA, Gerakan dan SUPP menipu USM mereka adalah pakar mendidik, mengajar, membimbing dan memberi nasihat saya hingga berjaya sebagai buruh kasar belajar di universiti. USM dan semua pemimpin Barisan Nasional pun bodoh juga. P. Ramlee dan Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak pecah rekod dunia rumah usang masih dikekalkan. Kenapa rumah kelahiran saya tidak boleh dikekalkan? MCA, Gerakan dan SUPP berkelayakan Darjah 6 Cina, iaitu tidak tahu membaca, menulis dan bertutur Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris serta tidak pernah sampai ke universiti boleh mendidik, mengajar, mengasuh, membimbing dan nasihat universiti tentu tidak boleh dipercayai dan tidak masuk akal. MCA, Gerakan dan SUPP paling bodoh dalam dunia iaitu semua buku saya dari sekolah rendah, menengah dan universiti patut disimpan dalam museum untuk menjadi kenangan kepada rakyat Malaysia dan pelancong asing buruh kasar boleh belajar hingga universiti. Kad Matrik Pelajar USM, UUM dan Kad Matrik sebagai Penolong Pendaftar Kolej TARC patut disimpan dalam museum untuk dijadikan kenangan. MCA, Gerakan dan SUPP paling bodoh dalam dunia merancang main “Kayu Tiga” iaitu menyuruh perompak merompak dompet, wang dan beg saya. Semua Kad Matrik Universiti dan Kolej, lesen memandu, Kad Pengenalan, Kad ATM, semua buku bank, nota-nota Pembelajaran Pendidikan Jarak Jauh Writer’s Bureau England dan lain-lain lagi habis dirompak. Saya menulis surat kepada Writer’s Bureau England untuk meminta nota-nota yang hilang. Dua minggu kemudian saya menerima nota-nota yang dihantar oleh Writer’s Bureau England. Writer’s Bureau ada stok lebih dan tidak mendengar ajaran bodoh MCA, Gerakan dan SUPP. USM mendengar ajaran bodoh MCA, Gerakan dan SUPP. Saya paling benci ada penasihat akademik kerana penasihat akademik USM dibatalkan oleh saya sendiri kerana menghalang, mengacau, sabotaj dan ganggu pelajaran saya. Tiap-tiap semester pendaftar kursus dan lain-lain lagi saya memotong nama penasihat akademik dan menulis nama saya serta saya tanda tangan sendiri sebagai penasihat akademik sendiri lebih baik kerana tiada gangguan, kacau, halangan dan sabotaj. Saya gelar penasihat akademik bodoh yang menerima ajaran songsang dan salah MCA, Gerakan dan SUPP. Saya pecah rekod sebagai hanya seorang pelajar tanpa penasihat akademi universiti serta saya menjadi penasihat akademik sendiri. Rumah P. Ramli dan Tun Dr. Mahathir masih dikekalkan sebagai sejarah. Sepatutnya rumah kelahiran saya patut dikekalkan dan bukan dibakar. Ini menunjukkan MCA, Gerakan dan SUPP tidak tahu sejarah dan hanya tahu sabotaj sahaja. Saya seorang yang sensitif iaitu saya boleh tahu ada orang kacau, sabotaj, halang, ganggu dan jahanam saya.
Semasa saya belajar di Universiti Sains Malaysia dari tahun 1985 hingga 1988 bahawa kira-kira seratus bilik asrama sengaja dikosongkan walaupun ribuan pelajar USM memohon asrama ditolak. Ini adalah ajaran bodoh MCA, Gerakan dan SUPP. Jika 100 bilik asrama disewa kepada pelajar USM pun dapat hasil juga. Selepas 2 minggu USM baru ditawarkan 100 bilik kosong kepada pelajar-pelajar yang telah memohon. Ramai yang menolak kerana telah menyewa bilik di luar kampus USM kerana tidak boleh tunggu lagi dan wang deposit sewa akan hilang. Semasa saya belajar di Universiti Sains Malaysia (USM) pada tahun 1987, USM ada sewa satu blok bangunan 6 Tingkat di Bayan Lepas sebagai asrama untuk beberapa ratus pelajar tinggal. Tiap-tiap rumah ada 6 orang pelajar. Di dalam semua rumah tiada meja, kerusi dan almari kerana Penolong Pendaftar Asrama USM mendengar arahan bodoh MCA, Gerakan dan SUPP supaya menempah semua kerusi, meja dan almari dari Amerika Syarikat. Tiap-tiap hari pelajar-pelajar terpaksa menulis di atas lantai simen, dan pakaian serta buku diletak di atas lantai. Ada pelajar pergi bertanya dengan Penolong Pendaftar USM bila kah meja, kerusi dan almari akan sampai. Alasan yang diberi ialah kapal sedang belayar dan kadang-kadang memberi alasan kapal sudah melabuh di pelabuhan sesebuah negara. Selama 2 bulan tiada perabot di rumah maka semua pelajar yang tinggal di blok itu mahu adakan tunjuk perasaan untuk memalukan USM. Naib Canselor USM sudah dapat berita segera memanggil perjumpaan dengan semua pelajar untuk mengetahui apakah yang telah berlaku hingga mahu adakan demonstrasi Akhirnya Naib Canselor USM menyelesaikan masalah ini dengan jaminan perabot akan dihantar kepada blok asrama tersebut dalam tempoh 3 hari dengan tempahan dari Pulau Pinang. Cuba bandingkan tempahan perabot dari Pulau Pinang 3 hari boleh sampai berbanding arahan MCA dan Gerakan tempah dari USA hingga 2 bulan semua perabot belum sampai lagi. Prestasi pendidikan pelajar-pelajar akan merosot kerana tiada perabot, tempat tinggal jauh dari kampus USM dan menaiki bas kilang ke USM telah memalukan pelajar-pelajar universiti disalah anggap sebagai pekerja-pekerja kilang. Universiti Tampoi dan Universiti Tanjung Rambutan merupakan 2 buah universiti yang termasyhur layak diajar oleh MCA, Gerakan dan SUPP kerana semua pelajar di Universiti Tampoi dan Universiti Tanjung Rambutan terlalu bijak hingga boleh ketawa, bercakap dan menangis sendiri. MCA, Gerakan dan SUPP yang ingin menipu rakyat Malaysia dan sangat minat mengajar universiti maka Universiti Tampoi dan Universiti Tanjung Rambutan sesuai untuk mereka mengajar kerana semua pelajar di kedua-dua buah universiti cakap pun tidak betul. MCA, Gerakan dan SUPP sama-sama gila dengan semua pelajar kedua-dua buah universiti memang tepat dan sesuai dipadankan. Taraf pendidikan universiti-universiti di Malaysia menurun tiap-tiap tahun dalam Ranking Universiti-universiti di dunia. Tentu taraf pendidikan universiti-universiti di Malaysia menurun tiap-tiap tahun kerana MCA, Gerakan dan SUPP yang berkelayakan Darjah 6 Cina menipu sebagai pakar pendidikan mengajar menukar Kementerian Pelajaran ke Kementerian Pendidikan dan sebaliknya. MCA, Gerakan dan SUPP mengubah Semester 1 bermula September dan Konvokesyen pada Oktober musim hujan tiap-tiap hari. MCA, Gerakan dan SUPP mengarahkan Ijazah Sarjana tidak boleh menjadi pensyarah di universiti dan pensyarah memerlukan Ijazah Doktor Falsafah mulai tahun 2005. Semua negara di dunia Ijazah Sarjana masih boleh menjadi pensyarah universiti kecuali Malaysia. Hanya universiti-universiti terkemuka di dunia Ijazah Sarjana tidak boleh menjadi pensyarah. MCA, Gerakan dan SUPP yang mengehadkan umur tidak melebih 35 untuk mendapat biasiswa belajar secara penulisan tesis penuh-masa di universiti kerajaan mulai 2010. 

MCA, GERAKAN

MCA, Gerakan dan SUPP menyuruh orang membakar rumah datuk saya iaitu rumah kelahiran saya di kampung Sempang pada tahun 1990. MCA dan menyuruh Bomba Merlimau mengambil masa 5 jam untuk sampai ke rumah kebakaran sejauh 1.5 km. Beberapa pemimpin MCA mendapat publisiti akhbar Cina rumah saya dibakar. MCA, Gerakan dan SUPP mengarah Jabatan Kebajikan hanya membayar RM 200 pampasan. Saya sudah membuat aduan pembayaran RM 200 kepada Perdana Menteri dan lain-lain lagi tetapi tiada siasatan. Rumah P. Ramli dan Tun Dr. Mahathir masih dikekalkan sebagai sejarah. Sepatutnya rumah kelahiran saya patut dikekalkan dan bukan dibakar. MCA, Gerakan dan SUPP tidak tahu sejarah dan hanya tahu sabotaj. Saya seorang yang sensitif iaitu saya boleh tahu ada orang kacau, sabotaj, halang, ganggu dan jahanam saya. Kenapa Malaysia suka gunakan tsunami politik, tsunami banjir lumpur Cameron Highlands dan tsunami Cina oleh Perdana Menteri? Sebenar tsunami berasal dari bahasa Jepun bermakna ombak gadang (tidal wave). Jangan disalahgunakan ombak gadang kepada perkataan lain. Kita perlu tahu maknanya sebelum menggunakan untuk perkataan lain. Pengawal Keselamatan warga asing Indonesia menembak mati Pegawai Bank di Ambank. Rakyat biasa tidak boleh dapat Lesen Syarikat Pengawal Keselamatan. Kroni-kroni menteri memajak Lesen Syarikat Pengawal Keselamatan kepada orang lain dengan caj sewa bulanan. Malaysia mempunyai lebih 400 Syarikat Pengawal Keselamatan yang bersaing untuk mendapat tender di semua negeri di Malaysia. Ada Syarikat Pengawal Keselamatan mempunyai 1 orang Pengawal Keselamatan di satu tempat, kurang 10 orang Pengawal keselamatan di 5 tempat, ada lebih 10 Pengawal Keselamatan, lebih 20 Pengawal Keselamatan atau Syarikat Keselamatan Besar mempunyai hampir 60 orang Pengawal Keselamatan. Malaysia hanya mempunyai 1 atau 2 Syarikat Keselamatan mempunyai 60 orang Pengawal Keselamatan di tiap-tiap negeri. Syarikat-syarikat keselamatan mendapat tender seorang Pengawal Keselamatan dengan bayaran gaji RM 1,500.00 tiap-tiap bulan, 8 jam bekerja sehari, seminggu kerja 6 hari dan cuti kelepasan bayaran gaji dua kali ganda oleh syarikat atau kerajaan. Syarikat Keselamatan Kecil mempunyai bilangan kecil Pengawal Keselamatan terpaksa menanggung kos perbelanjaan tinggi seperti pajak lesen, sewa kedai, pelbagai bil bulanan, cukai pendapatan, kereta, gaji pengurus, gaji pegawai ronda, gaji kerani dan keuntungan tauke. Oleh sebab hendak menutup kos perbelanjaan yang tinggi maka Syarikat Keselamatan kecil terpaksa membayar gaji kepada Pengawal Keselamatan di antara RM 500 hingga RM 600 selama 12 jam bertugas tiap-tiap hari tanpa bayar dua kali ganda gaji pada Cuti Umum dan tanpa beri cuti mingguan serta tanpa cuti tahunan. Semua Syarikat Keselamatan apabila Pengawal keselamatan letak jawatan, Cuti Sakit atau cuti tanpa gaji maka Pegawai Ronda dan Pengurus serta tauke mesti mengganti pos yang kosong. Ini yang menyebabkan Syarikat Keselamatan Kecil mengupah orang cacat, penjenayah, penagih dadah, orang gila dan orang tua untuk bekerja sebagai Pengawal Keselamatan. Syarikat Keselamatan yang besar mempunyai hampir 60 orang Pengawal Keselamatan boleh membayar gaji bulanan RM 800. Semasa saya bekerja sebagai Pengawal Keselamatan pada tahun 2003 hingga 2008 saya ada cadang bahawa Malaysia harus memberi hanya 3 Lesen Syarikat Keselamatan Besar untuk bersaing. Jika 3 Syarikat Keselamatan di tiap-tiap negeri iaitu tiap-tiap buah Syarikat Keselamatan mempunyai beberapa ratus orang Pengawal Keselamatan termasuk ada beberapa Pengawal Keselamatan Simpanan untuk menggantikan Pengawal Keselamatan yang letak jawatan, Cuti Sakit atau Cuti Tahunan serta cuti mingguan. Pegawai Ronda, Pengurus, tauke, orang cacat, penjenayah, penagih dadah, orang gila dan orang tua tidak perlu bekerja sebagai Pengawal Keselamatan untuk menggantikan kekosongan. Gaji Pengawal Keselamatan yang begitu rendah tidak mencukupi untuk menanggung keluarga. “Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi iaitu mengupah Pengawal Keselamatan menjaga tetapi Pengawal keselamatan yang mencuri ataupun menyuruh kawan-kawan mereka datang curi di tempat mereka bekerja kerana gaji tidak mencukupi. Jika hanya 3 Syarikat Keselamatan Besar tentu dapat bayar gaji Pengawal Keselamatan sebulan RM 1,000, satu minggu sehari cuti, bekerja 8 jam sehari dan ada cuti tahunan. Jika sebuah Syarikat Keselamatan Besar mempunyai beberapa ratus anggota Pengawal Keselamatan tentu kos pengurusan rendah. Lesen Tiga Syarikat Keselamatan Besar hanya diberikan kepada sesiapa yang ada modal, pengalaman dan kebolehan sahaja dan tidak boleh diberi kepada kroni-kroni menteri kabinet.. Ramai orang asing seperti Nepal, Pakistan dan Bangladesh yang bekerja sebagai Pengawal Keselamatan tanpa senjata api di Syarikat Keselamatan kerana gaji murah dan jujur. Jangan ambil orang Indonesia bekerja sebagai Pengawal Keselamatan kerana kuat curi barang atau wang. Saya syak Syarikat Keselamatan sengaja mengupah Pengawal Keselamatan Indonesia dengan menggunakan Kad Pengenalan rakyat Malaysia untuk memalsukan bank dan mendapat latihan penggunaan senjata api yang dikendalikan oleh Syarikat Keselamatan. Pengawal Keselamatan Bank rakyat Malaysia yang bersenjata api dibayar gaji bulanan RM 1,500 dan mungkin Pengawal Keselamatan Indonesia dibayar RM 1,000. Pengawal Keselamatan Malaysia yang begitu miskin dengan gaji paling rendah hingga dua warga Afrika mengambil kesempatan di Pasar raya beberapa tahun yang lepas dengan sengaja membuang wang RM1 beberapa ratus Ringgit Malaysia untuk 3 Pengawal Keselamatan yang mengangkut wang harian dari Pasar Raya untuk deposit di bank. Tiga Pengawal Keselamatan tinggalkan peti wang dan mereka pun mengikut orang lain berebut mengutip wang RM 1 yang bertaburan di lantai. Dua warga Afrika mengambil kesempatan mengangkut peti wang berjumlah berpuluh ribu Ringgit Malaysia. Semasa saya bekerja sebagai Pengawal Keselamatan semua Syarikat Keselamatan menamakan Pengawal Ronda dan saya yang berpelajaran Ijazah Sarjana Universiti Malaya menamakan Pegawai Ronda. Hingga sekarang semua Syarikat Keselamatan menggunakan nama Pegawai Ronda. Saya ada bekerja dengan Syarikat Keselamatan SECURE dan motto syarikat ini ialah “Security Is Our Business”. Saya memberitahu Pengurus Syarikat Keselamatan SECURE bahawa penggunaan motto syarikat adalah salah. Saya cadangkan “Security Is Our Responsibility”. Pengurus memberitahu saya syarikat telah menggunakan motto ini beberapa puluh tahun. Dari Pengawal Keselamatan hingga pengurus tiada yang berpelajaran tinggi iaitu hanya saya berpelajaran tinggi dan dapat berfikirkan untuk syarikat. Tidak lama saya dibuang kerja atas arahan MCA dan Gerakan bodoh yang mengatakan saya lawan tauke. Sebenarnya kita menggalakkan kakitangan yang dapat berfikir dan memberi cadangan yang baik. MCA dan Gerakan memang paling bodoh dalam dunia tetapi menipu rakyat Malaysia serta semua pemimpin komponen Barisan Nasional mereka mengajar songsang, salah dan menyeleweng terhadap saya.
Sepatutnya BN jangan membenarkan MCA, Gerakan dan SUPP memegang jawatan EXCO negeri dan ahli Mesyuarat Majlis Daerah. Disebabkan nila setitik rosak susu sebelanga. Lebih baik singkir MCA, Gerakan dan SUPP dari Barisan Nasional untuk aman negara. MCA, Gerakan dan SUPP yang menyuruh Perdana Menteri jangan beri jawatan kerajaan kepada bukan Melayu, lembu punya susu sapi dapat nama, kuat rogol wanita, reka fitnah, main kayu tiga, batu api baling batu sembunyi tangan, kuat rasuah, penipu besar, lembu punya susu sapi dapat nama, hancur negara, huru-hara negara, rampas isteri orang, rampas tanah orang, rampas perniagaan orang, bankrap negara, alasan palsu membekukan semua jawatan kosong kerajaan, semua graduan universiti disuruh siswazah petani dan kakitangan kerajaan yang melanjutkan pelajaran universiti apabila balik tidak boleh naik pangkat mengikut ijazah, melaksanakan undang-undang binatang. 

Wednesday, August 21, 2013

Syiah 7

Travelog di Bumi dajlah dan Furat Siri 21

Beberapa Soalan Mudah Untuk Syiah

Yang pertama, kenapa kita perlu hidup dengan menyimpan dendam silam yang tak berkesudahan. Kisah pembunuhan Syaidina Husein adalah peristiwa yang telah berlaku lebih 1,000 tahun yang lalu. Ahli-ahli sejarah Islam yang adil dan teliti dalam penulisan menegaskan bahawa yang paling bertanggungjawab atas kematian Husein, yang pertama adalah seorang perusuh dan pembuat fitnah bernama Syamar bin Dzil Jausyin kemudian yang kedua Ubaidillah bin Ziyad (Ibnu Ziyad). 

Adapun Yazid bin Muawiyah yang dihadapkan fitnah ini serta dituduh membunuh cucu Rasulullah, dengan linangan air mata ketika menerima berita kematian Husein, sebagaimana dicatatkan oleh Dr Yusuf al ‘Isy seorang pakar sejarah Islam dalam kitabnya Dinasti Umawiyyah.
Yazid berkata, “Aku telah memerintahkan kamu untuk tidak membunuh Husein, semoga Allah melaknati Ibnu Ziyad dan semoga Allah merahmati Husein. Kemudian Yazid memasukkan keluarga Husein ke kediamannya, menetapkan 3 hari untuk berkabung dan Yazid tidak pernah makan kecuali keluarga Husein diajaknya.” Fakta ini juga dicatatkan dalam Kitab Ibid.

Penganut-penganut syiah di Malaysia, kamu kenalkah siapa itu Syamar bin Dzil Jausyin? Kalau tak kenal dan tak pernah dengar nama, tolong tanya dengan orang yang telah mempengaruhi kamu sehingga kamu jadi syiah!

Memang kenyataan ini sangat pahit untuk kamu terima dan kamu masih menuduh Yazid yang membunuh Husein. Doa kamu semua semoga laknat Allah ke atas Yazid dan ayahnya Muawiyah!

Tak apalah... Walaupun kamu tidak mahu membuka hati untuk menerima kebenaran dan terus berpegang dengan pendapat kamu, baiklah... saya ingin bertanya secara mudah. Dalam konteks kita di Malaysia, kamu semua penganut syiah di sini bukannya keturunan Husein dan kami ahli sunnah waljamaah di sini bukanlah juga keturunan Muawiyah! 

Kenapa peristiwa yang telah berlaku lebih 1,000 tahun yang tak ada kena mengena sedikit pun dengan kamu, kamu juga tidak pernah mengkaji fakta sebenar di sebalik peristiwa yang berlaku, tetapi peristiwa ini dipendam sebagai nostalgia silam untuk membajai dendam yang tak berkesudahan?

Syiah di Iraq mungkin boleh mendakwa bahawa mereka adalah keturunan Husein, tapi siapa kamu di Malaysia ini? Mereka juga mungkin boleh mendakwa bahawa sunni di Iraq adalah keturunan Muawiyah, tapi apa salahnya kami orang Melayu Islam sunni di sini?

Sesebuah mazhab wujud kerana ikhtilaf (perbezaan) pendapat berkaitan masalah-masalah furu’ dalam agama yang tidak mempunyai dalil yang qat’ie dari al Quran dan Hadis Nabi s.a.w. Ulama-ulama mazhab ahli sunnah waljamaah mempunyai sikap toleransi dan hormat menghormati yang sangat tinggi antara sesama mereka sehingga mereka biasa menyebut, “Ijtihad saya ini benar, tetapi mungkin tersilap. Sekiranya terdapat dalil dan hujah yang lebih kuat dari pendapat saya, maka saya bersedia untuk menariknya balik pada bila-bila masa..” 

Imam Shafie pernah ditanya oleh muridnya kenapa beliau tidak menguatkan bacaan ‘Bismillahirrahmaanirrahiimm’ ketika bersolat di sebuah masjid yang mempunyai ramai pengikut Imam Abu Hanifah. Jawab Imam Shafie, “Kerana saya menghormati tuan masjid ini.” Perlu dimaklumi bahawa dalam Mazhab Hanafi, bacaan “Bismillah...” tidak dikuatkan ketika membaca al Fatihah dalam sembahyang. 

Ini cuma contoh kecil bagaimana bertoleransinya kami antara sesama ahli sunnah wal jamaah. Tak pernah timbul pun orang Hanafi nak ajak dan mempengaruhi pengikut Sahfie supaya jadi Hanafi seperti mereka! Orang Maliki nak ajak pengikut Hambali supaya jadi Maliki. 

Habis tu kenapa kamu orang syiah sibuk sangat nak menyebarkan dakyah kepada orang sunni supaya ikut syiah? Bolehkah sebuah mazhab itu wujud ekoran dari dendam dan pertelingkahan politik zaman silam?

Yang kedua, Apa dosa dan kesalahan yang telah Abu Bakar, Umar dan Uthman buat terhadap kamu pengikut syiah di Malaysia ini sehingga melayakkan sahabat-sahabat nabi yang mulia ini dicerca, dikeji, dicaci sehingga dikafirkan? Dengan mencerca mereka apa yang kamu semua dapat? 

Kalau betul mereka telah merampas hak Ali sebagai khalifah, saya nak tanya, telah berapa ribu tahun peristiwa itu berlaku? Apakah dengan terus mendendami Abu Bakar, Umar dan Uthman, maka apakah fakta sejarah mampu diubah dengan meletakkan Ali sebagai Khalifah ar Rasyidin yang pertama? 

Apakah dengan terus mendendami mereka bertiga, kamu semua mahu nama mereka dipadamkan dari senarai penjawat khalifah? Cuba kamu beritahu secara jelas, apa sebenarnya yang kamu mahu tanpa perlu beretorik !

Nanti akan ada syiah yang bertaqiyah bahawa dakwaan ini tak betul! Kami tak pernah mencaci Abu Bakar, Umar dan Uthman apa lagi nak mengkafirkan mereka. Kami cuma nak menegur beberapa kesilapan yang telah mereka buat. 

Ya!! Silakan tegur sahabat-sahabat Nabi yang telah dijamin syurga ini, kemudian cerminlah diri kamu sendiri!!

Soalan-soalan mudah seterusnya akan menyusul...