Friday, November 22, 2013

Hukum Qaza'


Kritikan terhadap Status dan Sanad Hadis, Perawi dan Takhrij Hadis

Untuk mengetahui tentang status sesuatu hadis, ianya perlulah dikaji dengan lebih mendalam. Untuk membaca perbahasan panjang lebar mengenai perkara ini, kami sarankan para pembaca membaca artikel melalui pautan di bawah:

Hukum Qaza’ (Mencukur Sebahagian Kepala)

Adakah Qaza’ Haram?

Ada sesetengah golongan berpendapat Qaza’ adalah haram secara mutlak. Walaubagaimanapun, eloklah sekiranya kita dapat membaca perbahasan para ulama’ muktabar terdahulu mengenai perkara ini.

Pendapat ulama’ dari 4 mazhab muktabar:

1. MAZHAB HAMBALI

Al-Mardawi dalam kitab al-Insaf berkata:ويكره القزع بلا نزاع وهو أخذ بعض الرأس وترك بعضه على الصحيح من المذهب

Makruh Qaza’ tanpa ada pertikaian iaitu mencukur sebahagian kepala dan meninggalkan sebahagian lain. Ini pendapat sahih dlm mazhab Hambali.

2. MAZHAB MALIKI

An-Nafrawi berkata:يكره القزع وهو تفريق شعر الرأس مع حلق ما بينه

Makruh Qaza’ iaitu membelah rambut dengan mencukur ditengahnya.

3. MAZHAB HANAFI

Imam ibnu Abidin berkata dalam Hasyiahnya:ويكره القزع وهو أن يحلق البعض ويترك البعض قطعاُ مقدار ثلاثة أصابع

Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian dan membiarkan yang lain terpisah-pisah sekadar 3 jari.”

4. MAZHAB SYAFIEI

Imam Nawawi berkata dalam kitab Raudatut Talibin:
كُره القزع وهو حلق بعض الرأس سواء كان متفرقاً أو من موضع واحد

Makruh Qaza’ iaitu mencukur sebahagian kepala samada ditempat yg berbeza atau tempat yang sama.

Kesimpulan

Berikut merupakan kesimpulan yang dibuat oleh Ustaz Salman melalui blog beliau, Darulilmi.org:

Ulama berkata larangan ini tidak haram kerana termasuk dalam bab adab.
Dibolehkan qaza’ untuk tujuan perubatan seperti yg disebut oleh imam Nawawi
Menggunting dan menipiskan tepi tidak termasuk dalam larangan.
Berdosa mengeluarkan hukum haram qaza’ sekiranya dia bukan ulama yg mujtahid (seperti tersebar dalam fb)

No comments: