Sunday, December 5, 2010

Tak Mudah

Kenapa diuji dengan cara seperti ini???

Seperti sudah jatuh ditimpa tangga. Sudahlah tak boleh beli kereta, no chasis kereta pula lain daripada yang tertera di atas geran. Yang berbeza hanyalah huruf D dengan 0. Mungkin salah taip, kata pegawai JPJ. Ini kereta potong ni, sampuk seorang lagi pegawai JPJ. Kena buat di Muar sebab beli kereta di Muar. Pergi Ambank Muar sebab geran berada di sana. Sampai je di Ambank Muar. Plupppppp!!! tak de elektrik la pulak... tunggu 1 jam bekalan elektrik pun pulih. Terus dapat geran dan bawa ke JPJ Muar.

Scraapppppp ... habis semua bahagian carpet dan panel dibuka. Ambil duit syiling dan gores di beberapa bahagian sambungan kereta. Tiada kesan sambungan. Kereta ni memang bukan kereta potong. Ialah sedap je pegawai tu scratch body kereta aku. Kena cat baru beb, RM1500
Memang kerani JPJ salah taip pada geran asal. kena bayar RM250.00

Peehhhh selama ni aku bawa kereta tanpa perlindungan insuran. Dalam geran 0 tapi pada body D. Selepas sebulan dapat geran "baru". Cehhhh ... pada geran lama dipotong pakai typewriter dan dibetulkan guna typewriter juga. Hampeh, boleh buat sendiri. Pegawai JPJ tu kata, tak boleh buat sendiri sebab kena tukar juga pada data base. Alasan..

Kenapa diuji dengan cara seperti ini???

Ya, ini adalah ujian Allah.

Allah memberi kita khabar gembiranya bahwa Allah menjamin bahwa ada hikmah disebalik semua yang berlaku.

Allah menegaskan ..bahwa Ujian kepada hambaNya selalu tidak melebihi dari kemampuan hambaNya

Mengapa perlu takut?
Yakinlah semua ini akan selesai dengan sabar dan sholat.
Yakinlah bahawa Allah tidak akan menzalimi hambaNya dengan ujian-ujian itu.
Yakinlah Allah itu memerhatikan hambaNya dengan ujian-ujianNya.
Yakinlah Allah akan meningkatkan darjat hambaNya melalui ujian-ujian itu.

Tugas kita hanya bersabar dan mencari hikmah

Analoginya seperti berikut
Kenapa kebanyakan manusia lebih tahan dan kuat bila berpuasa??
Kerana manusia tahu bahwa puasanya akan pasti akan berakhir pada waktu maghrib, maka manusia menjadi sangat sabar menunggu waktu berbuka.

Kenapa kebanyakan manusia tewas bersabar dalam ujian hidup?...
Kerana kebanyakan manusia tidak mengetahui bila akan berakhirnya ujian itu?.
Mereka beranggapan bahwa penderitaan itu akan selama-lamanya.
Akhirnya manusia menjadi tidak sabar...
Padahal Allah berjanji bahwa setiap kesulitan pasti ada kemudahan dan kemudahan pada kesudahannya

"Dan Kami tinggikan bagimu sebutan mu, Karena sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan." Qs. Alam Nasyrah 4-6

Ini bermakna...ujian Allah itu pasti akan berakhir, bersabarlah

1 comment:

Uri Zamzuri said...

Salam. Kesian saudara. Mudah2an ada hikmah dari cerita ni. Kan elok kalau beli kereta baru je? Tak payah tempuh semua tu. Sekadar tumpang lalu, info untuk kereta Proton terkini. Mungkin dapat bantu orang lain tahu pasal promosi terkini. Maklumlah, ada jugak yang tak merasa apa yang patut dirasa. Penat nanti nak jawab kemudian hari. www.buyprotoncars.com