Wednesday, September 17, 2014

Anak Tak Dapat 5A Dalam UPSR? Ini Pesanan Dari Seorang Bekas Pelajar Yang Berubah Jadi Luar Biasa Kerana Satu Rahsia

title=

Dewasa ini ramai ibu bapa yang sangat mementingkan keputusan cemerlang anak-anak dalam peperiksaan. Ia merupakan satu petanda yang bagus kerana ini menunjukkan ibu-bapa di zaman ini sangat mementingkan pendidikan untuk anak-anak mereka.
Namun begitu, disamping keputusan cemerlang, usah pula kita terlupa untuk mendidik dan memastikan sikap anak-anak kita juga turut cemerlang.
Ikuti perkongsian menarik dari Ustaz Asraff Ayobb (lulusan tahfiz dari Mesir, seorang usahawan dan pengasas Kaedah Jibril) bagaimana beliau berjaya melonjakkan diri dari seorang pelajar biasa-biasa kepada seorang yang luar biasa dan berjaya mencapai keputusan cemerlang bukan hanya dalam peperiksaan tapi juga dalam hidup hanya dengan menukar SIKAP beliau.
*******
Sekarang heboh soalan UPSR dah banyak bocor. Kata orang, soalan ‘ganti’ selalunya lebih sukar. Saya tak pasti. Tapi yg saya pasti ialah :
Jangan risau sangat jika anak tak dapat A dlm UPSR, tapi kita perlu lebih risau jika mereka tak dapat A dalam sikap.
Maksudnya begini : saya sering melihat, kejayaan hidup sebenarnya bukan atas faktor ‘pintar’ semata tetapi atas faktor sikap. Kata psikologi, bukan IQ tapi EQ.
Saya bahkan tidak segan mengaku satu rahsia di sini, sebenarnya saya pelajar ‘biasa’. Bukan ‘cream student’ yg otaknya gred A, bagi apa sahaja dia terus hafal / faham.
No. Saya ni lembab sikit. Dulu ketika menghafaz, ada rakan yg boleh hafaz satu mukasurat dalam masa 10 minit, saya pula ambil masa rata-rata 45 minit. Maknanya lembab 4 kali ganda.Tapi akhirnya dia gagal hafaz keseluruhan Quran sementara saya Alhamdulillah, ketika itu setahun lebih cepat khatam dari waktu yg diberikan.
Apa rahsianya? SIKAP.
Saya berikan contoh disini. Ketika SPM saya amat jahil matematik. ‘Math moden’ itu pun saya anggap sukarnya seperti ‘Add math’. Markah asyik 30 sahaja. Kalau dapat 45 rasa macam dapat 95! Cikgu matematik punya risau sampai masukkan saya bersama beberapa rakan lain dalam kelas ‘emergency’. Matematiknya nazak!
Itu tahapnya. Dalam pada sama, saya cemburu dengan seorang rakan yang markahnya asyik 90 ke atas sahaja. Saya perlahan-lahan belajar darinya, cuba korek rahsia.
Memang mulanya susah nak faham. Tapi saya perlu buat latihan 10 kali ganda. Jika dia buat latihan 2 buku hingga 10 malam selama sebulan, saya perlu buat latihan 20 buku hingga 2 pagi selama 3 bulan!
Itu yang saya lakukan. Formulanya begini : dah tahu ‘otak lembab’, gandakan usaha.
Alhamdulillah sungguh tak sangka bila SPM keluar, hasilnya dapat A1 ! Ia saya anggap ’10 perkara ajaib yg berlaku seumur hidup’. Cikgu matematik pun ternganga macam tak percaya.
Tapi itulah rezeki. Dan Tuhan akan beri apa yg kita mahu jika kita yang mulakan dahulu. Ubah sikap. Saya belajar bahawa kejayaan boleh datang dgn sikap yang betul walaupun otak anda taklah ‘cream’ sangat.
Sikap seperti sanggup bekerja keras, kuat berdoa, yakin padaNya, tidak mudah menyerah kalah, be humble untuk belajar dengan orang lain dan bersyukur atas sekecil nikmat.
Saya percaya jika sikap ini ditanam kepada anak kita, jangan risau walau apapun keputusan UPSR nya, dia tetap anak terbaik anda kerana sikapnya ‘A’.
Bila sikapnya ‘A’, yakinlah walau apapun ‘peperiksaan’ yang dilalui, dia tetap akan dapat ‘A’ juga.
‘A’ permanent. Ia bermula dari kualiti sikap. Sikap terhadap Tuhan, diri dan orang lain.
Ustaz Asraff Ayobb
P.S : Saya tetap doakan semua anak sahabat-sahabat yang ambil peperiksaan tahun ini, mereka akan dapat semua A, Allahummaa Amiiiiiin
Sumber : Ustaz Asraff Ayobb, dengan izin.[tv]
Like The Vocket di Facebook

No comments: