Artikel yang terdapat dalam blog ini bukan karya asli, ianya cuma himpunan daripada forum dan pendapat oleh umum, disebabkan ianya menarik, maka saya pun kumpulkan dan di blogkan, kepada sesiapa yang mengaku itu adalah karya beliau, saya ucap terima kasih banyak-banyak, kalau tak suka boleh bagi komen, nanti saya padamkan, harap maklum
Friday, November 21, 2008
Hairan sungguh..........
1. Bila kita ke EPF untuk menyemak caruman, dengan sekelip mata saja penyata dapat dikeluarkan melalui slip komputer, tetapi bila kita nak mengeluarkan simpanan, kena tunggu 5 hingga 6 bulan.
2. Bila kerjaan menetapkan hadlaju lebuhraya setakat 110km sejam sahaja, tetapi masih membenarkan penjualan kenderaan yang mampu melepasi hadlaju tersebut sehingga dua kali ganda.
3. Bilamana kakitangan kerajaan yang dibayar gaji dari hasil dan pendapatan rakyat berlagak sombong bilamasa berurusan dengan orang ramai.
4. Bila mengenangkan harga kereta Proton lebih murah diluar negara daripada di negara sendiri.
5. Walaupun berpuluh-puluh filem bollywood ditayangkan dengan hanya tajuk berbeza, tapi dengan plot yang sama, rentak tarian yang seiras dan pelakon-pelakon yang serupa, maseh ramai jugak yang berpusu-pusu untuk menontonnya.
6. Bilamana perempuan ditinggalkan oleh lelaki, lelaki dituduh tidak setia, tetapi bilamana perempuan meninggalkan lelaki, lelaki pulak dikatakan tidak memenuhi citarasa.
7. Bilamasa kita menanyakan status berkenaan sesuatu permohonan kepada Jabatan-Jabatan Kerajaan, jawapannya semua serupa....DALAM PROSES!
8. Bilamasa mengenangkan adat sopan santun kita untuk tidak menghabiskan juadah makanan yang dihidangkan oleh tuan rumah bila kita mengunjung walhal dari segi agama mengatakan jangan membazir!
9. Bilamasa kita terlambat untuk membayar pinjaman bank, kita akan dikenakan faedah keatas bayran tersebut, tetapi bila bank terlebih potong, kita kena tunggu sampai 4-5 bulan walaupun untuk mendapat 5 sen balik...tanpa faedah!.
10. Bilamasa kita terlambat untuk sampai ke lapangan terbang untuk check-in, kita akan didenda 25% dari tambang kapalterbang, tetapi bila penerbangan dibatalkan atau terlambat, satu benda pun kita tak dapat melainkan penat menunggu!
11. Kenapa pemilik teksi Bandaraya mengenakan tambang 50% selepas tengah malam sedangkan dibandaraya selalunya bercahaya terang (macam siang) dan kurang traffic jam pulak tu....mungkin takut kena rompak...tapi nak buat apa caj lebih pun kalau lepas tu kena rompak?
12. Bilamasa kita makan di restoran-restoran makanan segera kita dikenakan caj 10% cukai kerajaan dan 5% cukai perkhidmatan sedangkan cukai kerajaan itu adalah diatas untung syarikat dan cukai perkhidmatan tak pernah ada sebab semuanya layan sendiri?
13. Bilamana kerajaan menyarankan penggunaan ilmu IT kepada masyarakat sedangkan kakitangan kerajaan sendiri pulak tak tahu nak menggunakan e-mail ataupun komputer.
14. Bilamasa agensi-agensi Kerajaan dan Jabatan berkanun menganggap seolah-olah semua orang tahu bagaimana nak isi borang mereka yang berkajang-kajang dan membawa dokumen yang "secukupnya" bila berurusan dengan mereka.
15. Bilamasa rakyat yang belum mempunyai tanah tak pernah berjaya didalam permohonannya sedangkan orang lain yang mempunyai tanah di merata-rata tempat dengan mudah mendapat lagi.
16. Bila kita melihat di kaca televisyen bahawa pengacara-pengacara muzik semuanya beriras mat dan minah saleh dan muka-muka melayu biasa tak laku langsung.
17. Bilamana telefon bimbit yang diusung kesana kemari, walaupun tak dipakai akan dicaj sekurang-kurangnya RM60 sebulan.
18. Walaupun kita tahu bahawa rancangan gusti di tv itu hanyalah lakonan semata-mata, tapi kita masih bermaki hamun dan bersorak bagai nak rak sedangkan kita tahu kalah atau menang, kesemua pelakon-pelakon tersebut dapat duit banyak.
19. Bilamasa sesuatu "traffic jam" terjadi semasa hujan lebat hanya kerana pemandu memperlahankan kereta untuk melihat air yang berlalu deras didalam longkang.
20. Bila mendengar pengulas sukan kita boleh bersajak dan berpuitis ketika mengulas siaran langsung sesuatu acara sukan.
21. Bila kita menanyakan kawan kita alamat rumahnya. dia menjawab " mamat@yahoo.com".
22. Bila mengenangkan pada suatu masa dulu pemain bolasepak liga profesyenal boleh mendapat hingga RM10000 sebulan bermain bola macam budak sekolah sedangkan graduan universiti yang bertungkus lumus selama lapan belas tahun kat sekolah hingga pusat pengajian tinggi menerima gaji permulaan hanya RM1250.00 sebulan.
23. Apabila orang ramai merungut semasa gaji kakitangan kerajaan dinaikkan kerana takut harga barangan pun meningkat, tetapi tidak menyoal pulak apabila harga barangan naik tetapi gaji kakitangan kerajaan maseh ditakuk lama.
24. Apabila surat menyurat kepada Jabatan kerajaan hilang dalam perjalanan ataupun mengambil masa 4 bulan untuk dijawab.
25. Bilamasa melihat harga telefon bimbit sekarang lebih murah daripada sewa taliannya.
26. Bila komputer canggih yang kita beli hari ini dah "out-of-date" selepas sebulan dan kita pun maseh belum habis pelajari kesemuanya fungsinya.
27. Bila melihat harga baju kanak-kanak lebih mahal dari baju dewasa.
28. Bila pos laju mengambil masa seminggu untuk sampai.
29. Bilamana kita membayar RM1.20 untuk membeli surat khabar yang penuh cerita rogol, kes khalwat, serta kisah sensasi artis-artis.
30. Bila kita membeli TV 29" tetapi hanya dapat menonton 20" sahaja bila selebihnya dilingkungi dek iklan.
31. Bilamasa teknologi internet sekarang membolehkan seseorang membeli sayur segar menggunakan e-commerce sedangkan laman yang menawar khidmat itu terletak di California, USA.
32. Bilamasa kita demam dan ke klinik untuk berjumpa doktor, kita membayar RM30 hanya untuk sepeket pil panadol sambil diberitahu doctor yang kita ni demam.
33. Apabila kita ke kedai komputer untuk mendapatkan maklumat sesuatu komponen, jurujual menjawab "sikit jam ah...saya mau tanya tauke".
34. Bilamasa syarikat bas mengenakan tambang yang pelik seperti RM1.75 sambil menyuruh kita menyediakan duit secukupnya sebab lebihan tidak akan dipulangkan, walaupun kita tahu kita jarang sekali menggunakan duit 5 sen.
35. Bilamasa melihat eksekutif-eksekutif maseh memakai kot dan tali leher semasa makan tengahari kat warong tepi jalan walaupun cuaca panas terik.
36. Bilamana penggemar-penggemar dan pemilik kereta bermegah dengan kereta mereka yang berkuasa besar walaupun sedar yang had laju jalanraya disini hanyalah 110km sejam.
37. Bilamasa kita melihat format pertandingan liga bolasepak negara ditukar setiap musim walaupun sedar yang tahap permainan tetap menurun.
38. Bilamasa F.A.M mencari punca terjadi pergaduhan didalam sesuatu perlawanan liga bolasepak negara sedangkan setiap pasukan diberi gelaran nama "binatang".
39. Bilamasa pemilik kenderaan terpaksa membayar cukai jalan setiap tahun tetapi jalanraya hanya dibaiki lima tahun sekali.
40. Bilamasa artis sanggup menukarkan nama yang mak bapa berikan supaya lebih glamour.
41. Bila pemandu tidak sanggup memberi peluang pemandu lain memotong, tetapi sanggup berhenti untuk mengajak pemandu lain bergaduh ditepi jalan.
42. Bila seorang Pak Aji boleh memberikan komen terhadap kebesaran buah dada seseorang perempuan..........pelik sungguh bila melihat perempuan berjalan hanya matanya kat situ aje......
43. Bilamana pelanggan di McDonald's membeli air "diet coke" sedangkan mereka juga membeli BigMac yang penuh lemak.
44. Bilamana pelanggan diherdik dan dimarahi apabila berurusan dengan Jabatan kerajaan kerana tidak tahu mengisi borang sedangkan Piagam Pelanggan mereka begitu puitis sekali.
47. Bilamana orang-orang muda sekarang cepat beruban.
48. Bilamana lebih ramai orang, masa kerja ponteng kehulu kehilir tapi bila lepas waktu kerja baru sibuk nak buat overtime.
49. Bilamana ramai yang memberi nasihat yang merosakkan dari nasihat yang baik.
50. Bilamana di setiap rumah murah terdapat kereta yang harganya lebih mahal.
51. Bilamana ditanya apa yang dibentang dalam belanjawan hari ini Cuma bab bonus sahaja yang hanya diingati.
52. Bilamana seseorang suami mendapat sesuatu dari isteri hanya setelah siisteri mendapat sesuatu darinya terlebih dahulu.
53. Bilamana banyak kejadian rogol atau mencabul kehormatan berlaku, masih ada yang ke tempat kerja dengan pakaian yang seksi (baju tanpa lengan dan skirt pendek nampak peha.
54. Bilamana kerajaan mengagung-agungkan MSC maseh ramai rakyat buta IT, tak mampu nak membeli komputer, masih menggunakan Dail Up Modem yang terlalu lembab dan membiarkan bayaran langganan untuk ISDN yang terlalu mahal.
56. Ramai orang yang maseh menghisap rokok di luar KLIA, terutamanya kakitangan KLIA sendiri, sedangkan KLIA sendiri memaparkan amaran 'DILARANG MEROKOK' pada setiap pintu kaca di luar KLIA.
Tapi gua tak kesah beb..............Ada otak LU PIKIR LA SENDIRI
dipetik daripada HERO HENSEM
Monday, October 20, 2008
Cara Nak Beli Keta Atas Tangan Orang Lain
iklan dlm mudah.com.my FREE je, respon baik kat sini, pastikan harga tak tinggi
iklan dlm motortrader pun respon bagus sb ia kuar majalah dan juga online. Urusan motortrader ni mudah, gi website dia, isi borang & upload gambor, byr pakai maybank2u
Bila dah ada buyer..
kalo ada hutang bank kena full setel dulu. lps tu minta surat release letter, surat ni wajib masa tukar nama JPJ nanti
jgn lupa ambik geran
gi wat inspection kat puspakom utk tukar milik...rm40 skrg (kalo x silap)
dah lulus tu gi JPJ tukar nama, kos rm100 (kalau owner & buyer dtg sendiri)
Kalo nak wat loan..
gi la mana2 bank...tanya dan pilih pakej2 yg terbaik
kalo nak beli kete secara hutang bank, kena masuk barisan puspakom yg special utk bank sb ia akan check lebih detail..
Tip membeli kereta secondhand
1. Luaran : cuba perhatikan body kereta, letak kereta di tengah panas, dan perhatikan lekuk-lekuk bayangan yang ada. Kita akan tahu samada kereta tu dah di simen atau tidak. Berdiri di hujung belakang kereta dan perhatikan side edge (garisan dari hujung depan ke belakang). Sepatutnya lurus sekiranya accident free. Buka pintu, perhatikan jarak di antara pintu dengan madgud depan (sepatutnya sama semasa pintu dibuka). Buka bonet depan, perhatikan warna asal kereta di bawah skru (biasanya bahagian bawah skru tidak dicat kerana skru tidak di buka).2. Dalaman : Duduk di tempat pemandu dan cuba goyangkan steering. Selak pelapik bumbung di tiang A. Perhatikan sekiranya ada sambungan atau tidak. Kereta yang telah mengalami kemalangan teruk akan di sambung dibahagian ini. Begitu juga kereta sambung yang semakin popular sekarang. Selak karpet lantai dibelakang atau dibawah tempat duduk pemandu Perhatikan jika ada sambungan. Perhatikan semua getah pelapik pintu. Pastikan tidak koyak (mahal belanja kalau koyak). Semasa test drive, cuba dengar kadar kebisingan atau cuba dengar jika ada angin masuk ke dalam kereta. Ujian ini hanya untuk kepada yang mempunyai expectation tinggi untuk kereta.3. Injin : Kalau dapat (mesti dilakukan), bawa kereta ke workshop dan naikkan kereta di atas hoist equip. dan periksa bawah kereta. Kita akan dapat lihat minyak bocor, gearbox bocor, oil seal drive shaft bocor, ekzos bocor, suspension bocor dan keadaan badan kereta dari bawah (berkarat atau badan kereta hampir putus). Laburkan sedikit duit, beli minyak hitam baru dan minta mekanik gantikan dengannya. Kutip kembali minyak hitam lama dari injin dan cuba rasa dengan jari samada berketul, berpasir, bercampur air, masih melekit tapi warna terlalu hitam. Semua itu menandakan injin tidak bersih. Kalau bercampur dengan air, batalkan niat untuk beli kereta tu kerana mungkin salah satu gasket dalam injin telah bocor (Belanja untuk tukar gasket seperti overhall injin tanpa tukar barang dalam injin). Pernah terjadi "used car" masukkan habuk kayu dalam injin untuk mengurangkan knocking injin dan ini dapat dikesan apabila kita periksa minyak hitam daripada injin (berketul). Untuk kereta auto, tukar juga minyak gearbox. Kalau bercampur air (biasanya minyak gear box akan jadi warna pink), maksudnya jangkahayat gearbox tak akan lama. Sekiranya absorber dah nampak berminyak, maksudnya oil seal dah bocor, ke tukar baru (anggaran belanja satu absorber tanpa coil spring-RM150+RM25 upah).
3. Sekiranya perlu minta 'used car' lakukan ujian tekanan ke atas setiap selinder. Jika tidak boleh dilakukan oleh used car, minta mekanik lakukannya Ini untuk pastikan ring piston dalam keadaan baik dan selinder tidak mengalami kerosakan. Turunkan kereta buka bonet dan periksa injin, mula-mula buka palam pencucuh, kalau berminyak di kepala dengan bau minyak hitam tandanya minyak, valve dah nak kena gramme atau piston ring dah longgar. Pasangkan kembali dan cuba start kereta. Perhatikan asap, kalau asap warna hitam, maksudnya tuning tak berapa betul, kalau warna kebiruan, maksudnya minyak hitam dah makan (untuk sahkan lagi pemerhatian ke atas palam pencucuh tadi). Periksa wiring kesuluruhan kereta. ada atau tidak pengubahsuaian. Kadang-kadang pengubahsuaian sistem pendawaian elektrik kereta boleh menyebabkan belanja yang tinggi jika berlaku kerosakkan (rujuk tip saya mengenai kereta kena banjir). Perhatikan belting, ada atau tidak dawai belting yang dah terkeluar. Buka penutup timing belt,minta mekanik periksa belt.Start injin dan hidupkan aircon, kedua-dua kipas berpusing, tutup aircon, tiada kipas berpusing sehingga suhu air radiator mencapai tahap kepanasan tertentu, automatik kipas besar di bahagian dalam injin akan berpusing. Perhatikan suhu dari dalam dashboard (biasanya pada keadaan separuh antara terlalu panas dan sejuk). Biarkan injin melahu selama 10-15 minit dan perhatikan kipas dalam injin berpusing dan berhenti secara auto. Selepas itu kalau tuning optimum tercapai, biasanya sedikit air akan keluar dari ekzos.4. Pemanduan : Cuba pandu kereta tersebut pada kelajuan yang paling selesa bagi anda. Perhatikan semua peralatan di dalam kereta. Jika bergoyang atau bergetar, minta "used car" tukar peralatan tersebut. Bila masuk ke lebuh raya, cuba pandu kereta di bahagian lurus kemudian lepaskan steering seketika dan perhatikan samada kereta bergerak ke kanan atau ke kiri. Jika ini berlaku, bermaksud aligment atau mungkin beberapa peralatan yang memegang tayar mengalami kerosakan. Kemudian cuba cari kawasan yang berlekuk, cuba masuk/langgar lubang yang sederhana besar, dengar kadar bunyi yang terhasil, jika terdenganr bunyi seperti besi berlaga, maksudnya absorber atau mungkin undercarage bush perlu di ganti (ini perlu terutama kereta buatan Eropah). Sekiranya kereta auto, semasa hendak berjalan, jika terdapat bunyi seperti hentaman kecil bila minyak ditekan, maksudnya mounting gearbox atau mounting enjin perlu di tukar. Berhentikan kereta di kawasan bercerun, tarik handbrake dan lepas brake kaki. Kalau kereta turun, maksudnya pelapik brake belakang perlu diganti. Cuba jalan, kalau rpm naik sehingga bunyi injin luarbiasa sebelum kereta mula bergerak, maksudnya klutch plate dah nipis mungkin perlu ditukar dalam beberapa bulan akan datang.
5. Dan yang terakhirnya dapatkan nombor casis, nombor injin, jenis injin, tahun dibuat, jenis kenderaaan (hatchback, salon etc.). Semua ini boleh didapati dripada geran kereta. Periksa samada sama atau tidak seperti yang tercatat di atas geran kereta. Bawa semua maklumat tu ke JPJ terdekat dan balai polis traffik terdekat dan periksa samada kereta tu "selamat" atau tidak. Kalau nakkan pengesahan tentang status specifikasi kereta, bawa ke PUSPAKOM (RM40) dan test
Tuesday, September 2, 2008
KEAJAIBAN SELAWAT
2) Allah akan hapuskan dosa2 kecil dengan kita mengamalkan berselawat sebanyak 11 kali setiap kali selesai menunaikan solat fardu.
3) Jodoh ditentukan oleh Allah. Amalkan selawat 100 kali sehari, insya Allah akan dipermudahkan bertemu jodoh sama ada lelaki @ wanita.
4) Setiap penyakit ada penawarnya. Bacalah selawat 7 kali pada air dan minum. Insya Allah, perut yang sakit atau memulas akan sembuh.
5) Sesiapa yang amal membaca selawat 3 kali setiap selepas solat 5 waktu akan dihilangkan kebuntuan fikiran dalam menghadapi apa jua masalah.
6) Amalkan membaca selawat sebanyak 1000 kali sehari, insya Allah akan dikurniakan kebijaksanaan pemikiran. Di samping itu berusahalah untuk menerokai pelbagai ilmu.
7) Sesiapa yang mengamalkan berselawat 11 kali setiap hari, dengan izin Allah dirinya akan lebih dihormati dan dihargai oleh orang lain.
8) Menurut Sayyid Ahmad Dahlan, sesiapa yang berselawat walau sekali pada malam Jumaat, saat mautnya kelak akan dipermudahkan Allah seperti yang dihadapi oleh para nabi.
9) Sesiapa yang berselawat 41 kali sehari, Insya Allah akan dihindarkan daripada sifat tercela seperti hasad dengki, dan sebagainya dalm dirinya.
10) Sesiapa yang amalkan berselawat 1000 kali pada malam Jumaat, Insya Allah akan beroleh kebahagiaan samada di dunia mahupun di akhirat.
11) Amalkan selawat 11 kali tiap kali selesai solat fardu kerana Allah akan mengindahkan akhlaknya menjadi lebih disenangi di kalangan orang lain.
12) Berselawat 33 kali sehari dapat menjernihkan hati, mudah memahami akan sesuatu ilmu yang diajarkan, di samping beroleh ketenangan fikiran.
13) Sesiapa yang berselawat tak kiralah banyak mana hitungannya setiap hari akan dapat keberkatan dalam apa jua dengan syarat ia berusaha mencari keredhaanNya.
14) Amalan berselawat sebanyak yang mungkin setiap hari menjamin keselamatan hidup dan pertolongan Allah, lebih-lebih lagi pada saat kita menghadapi kesukaran hidup.
15) Menurut Syibab Ahmad, sesiapa berselawat 3 kali setiap selesai solat Subuh, Maghrib & Isyak, Allah akan menghindarkannya daripada sebarang bencana.
16) Sesiapa yang amalkan berselawat sebanyak 1000 kali setiap hari, Allah akan memeliharanya daripada sebarang ancaman musuh serta bahaya fitnah.
17) Amalan berselawat secara teratur setiap hari mampu membersihkan kekeruhan jiwa, dipermudahkan Allah akan segala urusan dan mendapat keampunan daripadaNya.
18) Menurut As-Shawi, sesiapa yang membaca selawat secara rutin, akan terpelihara hatinya daripada gangguan serta tipu daya syaitan yang melalaikan.
19) Membaca selawat 10 kali pada setiap waktu pagi dan petang akan memperolehi keredhaan serta dijauhkan diri daripada mendapat kemurkaan Allah.
20) Sesiapa yang membaca selawat sebanyak 7 kali selama 7 Jumaat berturut2, ia bakal mendapat syafaat (pertolongan) daripada baginda SAW.
21) Menurut Al-Hafiz Dimyati, sesiapa yang berhajat menemui Nabi SAW dalam mimpinya maka amalkan membaca selawat sebanyak 70 kali sehari.
22) Ada riwayat yang menyatakan bahawa amalan berselawat 80 kali tiap selepas solat Asar pada hari Jumaat, InsyaAllah akan dihapuskan dosa2 kecil seseorang.
23) Sesiapa yang sering mengamalkan berselawat pada setiap hari, Allah akan bukakan pintu rahmat dan rezeki yang tidak disangka-sangka baginya.
24) Jiwa yang resah gelisah dapat ditenangkan dengan zikir, termasuklah berselawat sekerap yang mungkin kerana Allah itu Maha Luas rahmatnya.
25) Ulamak berpendapat, sesiapa yang mengamalkan selawat saban hari tak kira berapa hitungannya, insya Allah dihindarkan daripada taun dan wabak penyakit berbahaya yang lain.
26) Membaca selawat 1000 kali selepas solat hajat 2 rakaat mampu menghilangkan keresahan, rasa dukacita serta dikabulkan Allah akan hajatnya.
27) Menurut para ulama, sesiapa yang inginkan saat kematiannya dalam kesudahan yang baik, maka berselawatlah sebanyak 10 kali setiap selesai solat Maghrib.
28) Para Ulamak berpendapat, Allah akan sempurnakan hajat yang baik dengan sentiasa berselawat 40 hingga 100 kali setiap hari, diikuti dengan usaha yang berterusan.
29) Sabda Nabi SAW: Barangsiapa yang berselawat kepadaku sebanyak 100 kali pada hari Jumaat, maka ia akan datang pada hari kiamat dengan keadaan bercahaya - HR Abu Naim.
30) Sabda Nabii SAW: Barangsiapa berselawat kepadaku 10 kali pada waktu pagi dan 10 kali pada waktu petang tiap hari, ia akan beroleh syaafaatku pada hari kiamat - HR Thabrani
salah satu contoh....(menjauhkan diri dari terkena penyakit)
boleh amalkan selalu
Thursday, August 28, 2008
Duduk Rasullullah SAW
Ada beberapa hadis dalam bab ini, antaranya:
[1] Duduk bersila:
Jabir bin Samurah radiallahu-anhu berkata:
Adalah Nabi sallallahu alaihi wassalam setelah bersembahyang Fajar (Subuh), baginda duduk bersila di tempatnya sehinggalah terbitnya matahari yang indah (keputihan sinarnya).
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud dan lain-lain, dinukil dan dinilai sahih oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin (tahqiq & takhrij Shaikh Syuaib al-Arnuth; Maktabah al-Ma
[2] Duduk di atas sebelah kaki manakala sebelah lagi diangkat dan dipaut dengan tangan.
Abdullah ibnu Umar radiallahu anhuma berkata:
Saya melihat Rasulullah sallallahu alaihi wassalam di halaman Ka
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan dinukil oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin no: 822.
Duduk al-Qurfusaa<>
[3] Duduk bertinggung.
Anas bin Malik radiallahu anhu berkata:
Aku melihat Rasulullah sallallahu alaihi wassalam duduk bertinggung sambil makan kurma.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Muslim dalam kitabnya Sahih Muslim no: 2044.
Duduk bertinggung ialah duduk di atas kedua tapak kaki dengan kedua-dua kaki berlipat dan punggung tidak menjejak tanah.
[4] Jangan duduk bersandar dengan sebelah tangan.
Syirrid bin Suwaid radiallahu anhu berkata:
Rasulullah melintas di hadapan aku sedang aku duduk seperti ini, iaitu saya bersandar kepada tangan kiri saya yang saya letakkan di belakang. Lalu baginda bersabda: Adakah engkau duduk sebagaimana duduknya orang-orang yang dimurkai ?
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Abu Daud, dinukil dan dinilai sahih oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin no: 824.
[5] Jangan duduk bersandar.
Abu Juhaifah radiallahu anhu berkata, Rasulullah sallallahu alaihi wassalam bersabda:
Jangan makan sambil bersandar.
Hadis ini diriwayatkan oleh Imam Bukhari dan dinukil oleh Imam Nawawi dalam Riyadus Salihin no: 746.
Yang dimaksudkan bersandar adalah seperti orang yang duduk miring ke lambungnya yang sebelah, sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang angkuh dan sombong. Cara duduk seperti ini ditegah oleh Rasulullah. Selain itu cara duduk sedemikian mengganggu kelancaran perjalanan makanan dalam badan, dari mulut ke perut. [Lihat Al-Alamah Ibnu Allan: op. cit., 3/209].
Demikian beberapa petunjuk sunnah Nabawiyah dalam cara duduk. Selain itu dibolehkan duduk sepertimana kita duduk dalam solat, iaitu duduk di antara dua sujud dan duduk Tasyahud akhir.
Monday, August 4, 2008
Israk dan Mikraj
Rasulullah S. A. W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S. A. W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman. ke dalam dada Rasulullah S. A. W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.
2. Semasa Israk (Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa):
Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S. A. W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:
i. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S. A. W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyasikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :
§ Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S. A. W. dibertahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
§ Tempat yang berbau harum. Rasulullah S. A. W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Mayitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anak-nya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetapt teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
§ Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
§ Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
§ Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
§ Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`. § Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
§ Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
§ Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
§ Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
§ Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak memperdulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
§ Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S. A. W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang mensesiakan umurnya sampai ke tua.
§ Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.
Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.
Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.
3. Semasa Mikraj (Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah):
Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S. A. W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).
. Langit Pertama: Rasulullah S. A. W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A. S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat huduh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
i. Langit Kedua: Nabi S. A. W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A. S. dan Nabi Yahya A. S.
ii. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A. S. iii. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A. S. iv. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A. S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
v. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A. S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
vi. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S. A. W., Nabi Ibrahim A. S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu lah HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH". Mengikut riwayat lain, Nabi Irahim A. S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA lah ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA lah HAULA WA lah QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberpa peristiwa! lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
vii. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S. A. W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
viii. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S. A. W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
ix. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S. W. T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:
Allah S. W. T : Ya Muhammad. Rasulullah : Labbaika. Allah S. W. T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan. Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan. Allah S. W. T : aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.
4. Selesai munajat, Rasulullah S. A. W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A. S. kemudian Nabi Musa A. S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S. A. W. merayu kepada Allah S. W. T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.
5. Selepas Mikraj
Rasulullah S. A. W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.
(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id) Kesimpulannya, peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.
Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.
Mafhum Firman Allah S. W. T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."
(Surah Al-Israa': Ayat 1).
Friday, June 20, 2008
IDOLA????
Siapa yang sepatutnya menjadi idola? dan mengapa? kenapa mesti mengambil mereka menjadi idola kita? mempukah mereka memberi syafaat kepada kita?
manusia pada hari kiamat nanti akan dibariskan di bawah panji-panji, yang ikut syaitan akan dibariskan dibelakang syaitan (nauzubillah)
yang ikut artis akan dibariskan di belakang artis kot?
kita nak ikut mana?
Rasulullah bersabda "barang siapa berselawat ke atasku , di akhirat nanti dia akan berada di sampingku"
mari kita berselawat ke atas nabi, moga-moga di akhirat kita akan mendapat syafaatnya, amin
Friday, June 13, 2008
Jin
Untuk pengetahuan kawan-kawan, masih ramai lagi yang tidak tahu asal usul Jin. Sedar atau tidak kadangkala kehidupan kita dikelilingi oleh makhluk yang bernama JIN. Disini saya akan huraikan serba sedikiit mengenai asal usul JIN serta alam kehidupan Jin kepada kawan kawan
1) Jin berasal dari Jan (Bapak Jin) dan gelarannya Azazil. Dicipta dari api(biru), dan telah beramal puluh ribu tahun lamanya.
2) Apabila Allah swt. memerintahkannya supaya tuduk menghormati Nabi Adam, mereka telah ingkar. Allah swt. melaknat dan perintah mereka turun ke bumi. Untuk pengetahuan Affandi Jin terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam dan Syaitan.
3) Jin Islam pula terbahagi kepada dua iaitu Jin Islam (Soleh) dan Jin Tidak Islam (Tidak Soleh). Syaitan yang turun kesemuanya jahat (tidak Islam).
4) Makanannya dari Api (Asap). Itu sebab orang-orang Melayu dilarang mengunakan kemeyan kerana Jin paling suka dengan asap yang busuk. Makanannya juga tulang. Itu sebab kita tidak boleh membuang kuku sebarangan, kerana jin akan memakannya.
5) Tempat tinggal Jin seperti di awan, sungai, hutan, lombong, laut, tempat-tempat tinggi (sebab tu ramai orang terjun bangunan tinggi sebab bunuh diri akibat rasukan jin jugak), tandas dan kubur.
6) Dinasihatkan apabila ingin buang air diperjalanan (contohnya jalanraya),perlu baca " Sala Mun, 'Ala Sulaiman." Mengikut sirahnya jin sangat takut dengan Nabi Sulaiman. Orang-orang Melayu suka sangat membaca ucapan, "Ampun Datuk, Anak cucu tumpang lalu" Masa bila pulak jin dapat pangkat datuk. Dan masa bila pula, kita jadi cucu cicit jin:-)
7) Jin tidak mengetahui akan alam ghaib, itu sebab jika ada dukun atau bomoh yang tahu menilik-nilik nasib, pembohong.." Sirahnya apabila Nabi Sulaiman, memerintahkan jin untuk membina istananya, sehingga Nabi Sulaiman meninggal pun jin tidak perasan dan tahu. Semasa itu Nabi Sulaiman duduk dikerusinya dengan tongkat kayu. Dan jin tekun membuat kerja dihadapan-nya. Sehingga anai-anai memakan tongkatnya dan tongkat tersebut reput dan jatuh serta Nabi Sulaiman pun jatuh, maka barulah tahu oleh jin bahawa Nabi Sulaiman telah mangkat.
8) Manusia juga dilarang membuang air di lombong-lombong yang airnya tenang, terutama di waktu tengah malam. Jin suka mandi di situ waktu itu. Dilarang juga buang air di lubang-lubang (tanah).
9) Rumah-rumah yang lama tidak berpenghuni atau rumah yang baru siap belum duduk lagi, jin suka tinggal di situ. Sebelum duduk rumah baru, di galakkan membaca surah Al-Baqarah, sehingga habis. Untuk pengetahuan Affandi, Jin akan
lari selama 3 hari.
10) Jika budak menangis tengah-tengah malam, azankan 7~10 kali, jika tidak bacakan ayat Kursi dengan cara 9 kali henti (tekniknya).
11) Bentuk Jin. Jin adalah makhluk yang paling hodoh/buruk, berbeza dengan manusia, cantik/lawa. Jin juga boleh membentuk dengan sebarang bentuk dengan jelmaan. Apabila di hutan berhati-hati jika berburu, jin boleh menyerupai sebarang bentuk malah manusia.
12) Apabila ada ular masuk ke dalam rumah, Nabi pesan jangan bunuh terus. Mungkin jin yang masuk, dan menyerupai ular. Itu sebab Nabi pesan supaya mengarahkan ular itu keluar jika ia jin, sebanyak 3 kali. Selepas tiga kali tak keluar juga baru boleh bunuhnya. Sebab jin akan keluar, jika kita melarangnya..
13) Antara objektif utama jin adalah untuk mengganggu manusia. Manakala, syaitan pula untuk merosakkan aqidah manusia.
14) Mereka beranak-pinak sehinggakan nisbah manusia dan jin adalah 1:9. Manakala bilangan malaikat pula tidak terbilang banyaknya kerana ia lebih dari bilangan pasir dan rumput.
15) Manusia mempunyai qarin (jin) dan suka ikut manusia kemana juga kita pergi.
16) Ilmu-ilmu jin adalah dilarang kita tuntut dan beramalnya. Ia dilarang oleh Islam. Banyak keburukkannya, sehingga saat mati pun akan susah hidupnya.
17) Jika tidur di Masjid, jangan tidur di pintu masjid dan tempat imam. Sebab jin selalu datang untuk sembahyang. Dan suka ikut pintu masuk masjid (tahu ikut peraturan).
Ikhlas dari,
TEAM AlamJin.com
e-mel: admin@alamjin.com
http://www.alamjin.com
Membongkar Misteri Alam Ghaib..
p/s: aku copy dr newsletter community taman aku.
Saturday, May 10, 2008
Melayu
Di mana boleh cari ramai Melayu?
Pastinya di Kelantan dan Terengganu
Dan juga di pasar malam dan pasar minggu
Di Akademi Fantasia dan Pesta Lagu
Di Jom Heboh orang Melayu berpusu-pusu
Di Sungai Buloh, pusat pemulihan, dulu di Pudu
Dan di jalan, lumba haram, rempit tak berlampu
Dan di selekoh duit rasuah depa pun sapu
Di pusat serenti akibat ketagih dadah dan chandu
Di malam kemerdekaan dan malam tahun baru
Terkinja-kinja best giler menari macam hantu
Apa hobi orang Melayu?
Terkenal dengan budaya malas dan lesu
Berlepak buang masa tak jemu-jemu
Atau baca majalah Mastika, Metro pasal cerita hantu
Tengok telenovela dari Filipina dan Peru
Berpusu-pusu pergi tengok pamiran hantu
Sambil makan junk food, kuaci dan muruku
Sibuk bercerita tentang Datuk K dapat bini baru
Apa pakaian Siti nak pakai itu yang nak tahu
Mana tak gendut berpenyakit selalu
Kalau nak berlagak melayu masih nombor satu
Asal bergaya sanggup makan nasi dan toyu
Boleh tak jumpa mereka di kedai buku?
Atau di perpustakaan dan majlis ilmu
Atau ambil kelas kemahiran di hujung minggu
Ada tapi kurang sangat mereka di situ
Kenapa melayu jadi begitu
Nak salahkan siapa ibubapa atau guru
Pemimpin negara atau raja dulu-dulu
Ayat lazim di mulut ialah Melayu malas selalu
Nak harap Kerajaan saja membantu?
Terutama sekali kontraktor kelas satu
Tak habis-habis gaduh nak jatuh siapa dulu
pasal jambatan senget atau siapa dia penghulu
Dan suka sangat dengan budaya ampu mengampu
Sampai bila kita nak tunggu
Bangsa Melayu jadi bangsa yang maju?
Boleh! dengan beberapa syarat tertentu
Pertama dengan banyak menguasai ilmu
Kata nabi ikutlah Quran dan sunnah ku
AlQuran yang diturunkan 1400 tahun dahulu
tapi apa yang kita tahu, cuma baca bila nak halau hantu "
Tuesday, April 22, 2008
6 JENIS WANITA MALANG
Wanita Ananah :banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.
Wanita Mananah :suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, "Aku membuat itu keranamu".
Wanita Hananah : menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.
Wanita Hadaqah : melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu
menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.
Wanita Baraqah : ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan
menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.
Wanita Syadaqah : banyak cakap tidak menentu lagi bising.
Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli.
Antara 9 Mimpi Nabi Muhammad SAW
Muhammad saw bersabda:
"Sesungguhnya aku telah mengalami mimpi-mimpi yang
menakjubkan pada malam aku sebelum di Israqkan........"
1. Aku telah melihat seorang dari umatku telah di datang oleh malaikatul maut dengan keadaan yg amat mengerunkan untuk mengambil nyawanya, maka malaikat itu terhalang perbuatannya itu disebabkan oleh KETAATAN DAN KEPATUHANNYA KEPADA KEDUA IBUBAPANYA.
2. Aku melihat seorang dari umatku telah disediakan azab kubur yang amat menyiksakan, diselamatkan oleh berkat WUDUKNYA YANG SEMPURNA.
3. Aku melihat seorang dari umatku sedang dikerumuni oleh syaitan-syaitan dan iblis-iblis lakhnatullah, maka ia diselamatkan dengan berkat ZIKIRNYA YANG TULUS IKHLAS kepada Allah.
4. Aku melihat bagaimana umatku diseret dengan rantai yang diperbuat daripada api neraka jahanam yang dimasukkan dari mulut dan dikeluarkan rantai tersebut ke duburnya oleh malaikat Ahzab,tetapi SOLATNYA YANG KHUSUK DAN TIDAK MENUNJUK-NUNJUK telah melepaskannya dari seksaan itu.
5. Aku melihat umatku ditimpa dahaga yang amat berat, setiap kali dia mendatangi satu telaga di halang dari meminumnya,ketika itu datanglah pahala PUASANYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT memberi minum hingga ia merasa puas.
6. Aku melihat umatku cuba untuk mendekati kumpulan para nabi yang sedang duduk berkumpulan-kumpulan, setiap kali dia datang dia akan diusir, maka menjelmalah MANDI JUNUB DENGAN RUKUN YANG SEMPURNANYA sambil ke kumpulanku seraya duduk disebelahku.
7. Aku melihat seorang dari umatku berada di dalam keadan gelap gelita di sekelilingnya, sedangkan dia sendiri di dalam keadaan binggung, maka datanglah pahala HAJI DAN UMRAHNYA YANG IKHLAS KEPADA ALLAH SWT lalu mengeluarkannya dari kegelapan kepada tempat yang terang - benderang.
8. Aku melihat umatku cu ba berbicara dengan golongan orang mukmin tetapi mereka tidakpun membalas bicaranya,maka menjelmalah SIFAT SILATURRAHIMNYA DAN TIDAK SUKA BERMUSUH-MUSUHAN SESAMA UMATKU lalu menyeru kepada mereka agar menyambut bicaranya,lalu berbicara mereka dengannya.
9. Aku melihat umatku sedang menepis-nepis percikan api ke mukanya,maka
segeralah menjelma pahala SEDEKAHNYA YANG IKHLAS KERANA ALLAH SWT lalu menabir muka dan kepalanya dari bahaya api tersebut.
BERSABDA RASULULLAH SAW: "SAMPAIKANLAH PESANANKU KEPADA UMATKU YANG LAIN WALAUPUN DENGAN SEPOTONG AYAT"
Sunday, April 13, 2008
IBU!!!
membalas budi ibu dengan menangis sepanjang malam...itu balasan kite pd ibu.
- Semasa kita berumur 3 tahun, Ibu menyiapkan makanan istimewa dan berzat untuk kita. Kita membalas budinya dengan menumpahkan makanan ke atas lantai. Namun ibu tetap terhibur dgn kerenah nakal kite...
- Semasa kita berumur 4 tahun, Ibu membelikan kita crayon dan bermacam alatulis.., agar kita nanti jadi insan intelek. Kita pula membalas budinya dengan menconteng dinding dirumah.
- semasa kita berumur 5 tahun, Ibu membelikan kita baju baru untuk Hari Raya..Supaya kite dapat bergembira b'sama rakan2 dgn m'gayakan baju baru b'warna-warni... ibu sendiri kekadang tidak mampu membelinye utk diri ibu sendiri. Namun tak kisahlah...itu kate ibu... Kita pula membalas budi ibu dengan mengotorkan baju apabila jatuh ke dalam lopak.
- Apabila kita berumur 7 tahun, Ibu menghantar kita ke sekolah.. dengan niat mendidik minda dan jiwa si anak.. Kita membalas budinya dengan menjerit , "SAYA TAK MAHU PERGI SEKOLAH". memukul2 ibu..merajuk dengan ibu...
- Semasa kita berumur 10 tahun, Ibu menghantar kita ke kelas tuisyen, membawa kita shopping, menghantar kita ke rumah kawan dll. Kita tidak langsung menoleh ke belakang dan mengucapkan terima kasih. Walhal ibu korbankan masa terluangnye....korbankan masa utk ibu rehatkan tubuh yg sudah skian lama menahan penat..
- Semasa kita berumur 12 tahun, Ibu menasihatkan kita supaya tidak terlalu banyak menonton TV..bimbang nanti ter'effect prestasi belajar krn terlalu asyik.. Kita membalas budi Ibu dengan asyik menonton TV, sebaik sahaja Ibu keluar dari rumah. seakan ibu mengongkong kita utk hiburkan hati kite...
- Apabila kita berumur 13 tahun, Ibu menegur fesyen rambut kita yang kurang sopan. ibu bimbang.. gusar anak ibu nanti terpesong arah... Kita membalas budi Ibu dengan berkata bahawa "Ibu tak ada "TASTE"..jgn campur peribadi saya!!!"
- Apabila kita berumur 16 tahun, Ibu inginkan dakapan setelah penat dan baru balik bekerja sehari suntuk. kite tak langsung reti utk hiburkan ibu sekali sekala... Kita membalas budinya dengan mengunci diri kita dan bersendirian di dalam bilik.. malas nak mlayan ibu yg pasti menanyakan itu ini...
- Apabila kita berumur 17 tahun dan lulus peperiksaan, Ibu menangis gembira.. gembiranya ibu tak terkata... "alhamdulillah yaAllah.. anak yg Kau kurniakan kini berjaya dlm ujian hidupnye..." Kita membalas budi Ibu dengan tidak balik ke rumah hingga larut malam, kerana sebok enjoy & celebrate dengan kawan-kawan.
- Apabila k ita berumur 19 tahun, Ibu membelanjakan wang yang banyak untuk menghantar kita ke universiti, mengangkat beg kita dengan kasih sayang sampai ke hostel kita. sedih hati ibu utk berpisah dgn kita sbagai si anak utk smentara waktu... Kita membalas budi Ibu, dengan tidak bersalaman dengan Ibu di luar dorm, takut malu nanti dilihat kawan-kawan.
- Apabila kita berumur 20 tahun, Ibu bertanya dengan rasa prihatin- kita ada boyfriend/girlfriend ke? Kita membalas budi Ibu dengan berkata " Ibu ni kepohlah!!" suke hati sayalah!!! ade ke..takde ke..bukan ibu yg nak kawin!!"
- Apabila kita berumur 21 tahun, Ibu bertanya apa cita-cita kita Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " saya akan cuba jadi yg terbaik sehabis saya boleh ..dan yg pentingnye ibu...saya tak mahu jadi macam ibu!!" ibu pasti tersenyum kelat.
- Apabila kita berumur 23 tahun, kita mendapat kerja yang pertama dan tinggal dirumah sendiri - Ibu membelikan baju untuk kita memulakan kerja baru. Kita membalas budi Ibu dengan memberitahu kawan-kawan bahawa baju itu tidak cantik kerana Ibu yang belikan..taste ibu taste org dulu2...takde class langsung!
- Apabila kita berumur 25 tahun, kita berumahtangga - Ibu menangis gembira dan berkata betapa Ibu kasih dan sayang pada kita. Kita membalas budi Ibu dengan berpindah 300 kilometer jauh dari Ibu. mals takut nanti ibu m'ganggu rumahtangga kite..hm...ade ke patut...
- Apabila kita berumur 27 tahun, Ibu menelefon dan memberi nasihat tentang penjagaan bayi anak kita. Kita membalas budi Ibu dengan berkata, " Zaman sekarang lain Ibu..tak sama dah dgn cara ibu besarkan saya!!!!!"
- Apabila kita berumur 40 tahun, Ibu menalipon dan memaklumkan majlis kenduri di kampung. Kita membalas budi Ibu, dengan kata " saya sibuk!!!! i'm very sorry..."
- Apabila kita berumur 50 tahun, Ibu jatuh sakit dan perlukan penjagaan dan kasih sayang. Kita membalas budi Ibu dengan datang melawat Ibu sekali dengan membawa sedikit buah apple dan mer ungut tentang kesibukan bekerja dan terpaksa balik segera ke pejabat...
Dan kemudian, pada suatu hari, Ibu meninggal dunia. Dan tidaklah kita sempat untuk membalas segala jasa-jasa Ibu.
Kubur, Ibu dan Racun
- Aku rumah yang terpencil,maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.
- Aku rumah yang gelap,maka terangilah aku dengan selalu solat malam.
- Aku rumah penuh dengan tanah dan debu,bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.
- Aku rumah ular berbisa,maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.
- Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir,maka banyaklah bacaan
- "Laa ilahaillallah, Muhammadar Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.
- Dunia itu racun, zuhud itu ubatnya.
- Harta itu racun, zakat itu ubatnya.
- Perkataan yang sia-sia itu racun, zikir itu ubatnya.
- Seluruh umur itu racun, taat itu ubatnya.
- Seluruh tahun itu racun, Ramadhan itu ubatnya.
Ada 4 di pandang sebagai ibu ", iaitu :
- Ibu dari segala UBAT adalah SEDIKIT MAKAN.
- Ibu dari segala ADAB adalah SEDIKIT BERBICARA.
- Ibu dari segala IBADAT adalah TAKUT BUAT DOSA.
- Ibu dari segala CITA CITA adalah SABAR.
Beberapa kata renungan dari Qur'an :
Orang Yang Tidak Melakukan Solat:
- Subuh : Dijauhkan cahaya muka yang bersinar
- Zuhor : Tidak diberikan berkah dalam rezekinya
- Asar : Dijauhkan dari kesihatan/kekuatan
- Maghrib : Tidak diberi santunan oleh anak-anaknya.
- Isyak : Dijauhkan kedamaian dalam tidurnya
Friday, April 11, 2008
Biodata Iblis
Nama sebenar : Iblis Laknatullah
Nama glamour : Hantu,syaitan,pelesit,jembalang,langsuir dll
Kelahiran : Bermula dari keengganannya sujud kepada Nabi Adam a.s
Status diri : Fasik kelas pertama
Agama : Kufur
Tempat Tinggal : Di hati-hati mereka yang lalai
Alamat Tetap : Neraka jahanam
Isteri : Setiap wanita yang tidak menutup aurat, tidak mentaati Allah,Rasul dan suaminya
Kaum kerabat : Semua golongan yang menentang dan memusuhi Allah
Cita-Cita
Modal pusingan : Angan angan kosong dan tipu daya yg halus
Tempat pertemuan : Konsert-konsert hiburan,Pasar-pasar dan di semua tempat jual beli
Musuh ketat : Setiap orang Islam yang beriman dan bertakwa
Sahabat karib : Anak-anak Adam
Motto kerja : 'Hipokrasi asas akhlak'
Hobi : Melalaikan orang dari mengingati Allah, menggoda manusia lalu menyesatkannya
Cita cita : Supaya semua makhluk di muka bumi ini menjadi kafir
Tempat Operasi & Rakan setugas
Sukan (yg tidak digemari) : Acara Langkah seribu (Semasa Malaikat Maut ingin mencabut nyawa)
Kelemahan diri : Bila Manusia membaca istighfar
Mentor yg dikagumi : Manusia yg mempunyai berkelebihan lebih dari dirinya
Logo : Sebarang tatoo
Pejabat operasi : Tandas,bilik air, tempat yang bernajis dan kotor serta tempat-tempat maksiat
Rakan kongsi : Golongan munafik serta syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia
Sumber pendapatan : Segala harta yang diperoleh dengan jalan haram dan riba
Jenis perkhidmatan : Menggalakkan manusia mengerjakan kemungkaran dan derhaka terhadap Allah SWT
Tempoh perkhidmatan: Sehingga hari khiamat
Matlamat Sebenar : Membawa Anak cucu Adam bersama-sama ke Neraka Jahanam
Teman sejawat : Orang yang suka mendiamkan dirinya dari menyatakan kebenaran
Ganjaran : Dosa-dosa kecil/besar dan kemurkaan Allah
Pembantu setia : Orang yang suka mengumpat, mencaci, memaki hamun, menghasut, pendengki dan pendendam
Pengalaman & Kenangan
Peristiwa yg tak dapat dilupakan : Semasa Allah menjadikan Nabi Adam a.s
Kenangan manis : Di waktu manusia diambang shakratulmaut, mati dalam kekafiran
Kenangan pahit : Manusia yg digodanya mati dalam keimanan
Makanan kegemaran : Daging orang mati, segala najis dan kotoran
Minuman yg digemari : Wiski,brandi,taqila,todi,wine,arak dan semua minuman yg memabukkan
Yang paling ditakuti: Orang mukmin yang bertakwa
Yang paling dibenci : Orang yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah
Alat perangkap : Wanita-wanita cantik,model,pelacur,pragawati,dan sebagainya
Saat ajal : Bila tiba waktu yang ditentukan Allah di hari kiamat kelak
Saat mendukacitakan
Yg paling membosankan : Bila tiada lagi manusia yg mahu mengikuti kemahuannya
Tugas yg paling meletihkan : Menganggu manusia kearah kebaikkan kerana Allah Taala
Tugas yang paling disukai : Mengajak melakukan Homoseks,lesbian dan berzina
Janji kepada manusia : Janji janji kosong,angan angan dan tipu daya
Yang membuatnya gembira : Manusia yg mengikut jejak langkahnya
Saat yg mendukacitakannya : Manusia yg mempunyai cita cita untuk bertaubat
Yang membuatnya menangis : Bila Manusia yg disayanginya sujud kepada Allah SWT
Luasnya Neraka
YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM, lindunglilah dan peliharakanlah kami, kedua ibubapa kami, isteri kami, anak-anak kami, kaum keluarga kami & semua orang Islam dari azab seksa api nerakaMu YA ALLAH.
Sesungguhnya kami tidak layak untuk menduduki syurgaMu YA ALLAH, namun tidak pula kami sanggup untuk ke nerakaMu YA ALLAH.
Ampunilah dosa-dosa kami, terimalah taubat kami dan terimalah segala ibadah dan amalan kami dengan RAHMATMU YA ALLAH......AMIN.....
...: Luasnya Neraka :.
Yazid Arraqqasyi dari Anas bin Malik ra. berkata: Jibrail datang kepada Nabi saw pada waktu yg ia tidak biasa datang dalam keadaan berubah mukanya,
maka ditanya oleh nabi s.a.w.: "Mengapa aku melihat kau berubah muka?"
Jawabnya: "Ya Muhammad, aku datang kepadamu di saat Allah menyuruh supaya dikobarkan penyalaan api neraka, maka tidak layak bagi orang yg mengetahui bahawa neraka Jahannam itu benar, dan siksa kubur itu benar, dan siksa Allah itu terbesar untuk bersuka-suka sebelum ia merasa
aman dari padanya."
Lalu nabi s.a.w.... bersabda: "Ya Jibrail, jelaskan padaku sifat
Jahannam."
Jawabnya: "Ya. Ketika Allah menjadikan Jahannam, maka dinyalakan selama seribu tahun, sehingga merah, kemudian dilanjutkan seribu tahun sehingga putih, kemudian seribu tahun sehingga hitam, maka ia hitam gelap, tidak pernah padam nyala dan baranya. Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan terbuka sebesar lubang jarum nescaya akan dapat membakar penduduk dunia semuanya kerana panasnya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu baju ahli neraka itu digantung di antara langit dan bumi nescaya akan mati penduduk bumi kerana panas dan basinya.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan satu pergelangan dari rantai yg disebut dalam Al-Quran itu diletakkan di atas bukit, nescaya akan cair sampai ke bawah
bumi yg ke tujuh.
Demi Allah yg mengutus engkau dengan hak, andaikan seorang di hujung barat tersiksa, nescaya akan terbakar orang-orang yang di hujung timur kerana sangat panasnya, Jahannam itu sangat dalam dan perhiasannya besi dan minumannya air panas campur nanah dan pakaiannya potongan-potongan api.
Api neraka itu ada tujuh pintu, tiap-tiap pintu ada bahagiannya yang tertentu dari orang laki-laki dan perempuan."
Nabi s..a.w. bertanya: "Apakah pintu-pintunya bagaikan pintu-pintu rumah kami?"
Jawabnya: "Tidak, tetapi selalu terbuka, setengahnya di
bawah dari lainnya, dari pintu ke pintu jarak perjalanan 70,000 tahun, tiap pintu lebih panas dari yang lain 70 kali ganda." (nota kefahaman: iaitu yg lebih bawah lebih panas)
Tanya Rasulullah s.a.w.: "Siapakah penduduk masing-masing pintu?"
Jawab Jibrail:
"Pintu yg terbawah untuk orang-orang munafik, dan orang-orang yg kafir setelah diturunkan hidangan mukjizat nabi Isa a.s. serta keluarga Fir'aun sedang namanya Al-Hawiyah.
Pintu kedua tempat orang-orang musyrikin bernama Jahim,
Pintu ketiga tempat orang shobi'in bernama Saqar.
Pintu ke empat tempat Iblis dan pengikutnya dari kaum majusi bernama Ladha,
Pintu kelima orang yahudi bernama Huthomah.
Pintu ke enam tempat orang nasara bernama Sa'eir.."
Kemudian Jibrail diam segan pada Rasulullah s.a...w. sehingga ditanya: "Mengapa tidak kau terangkan penduduk pintu ke tujuh?"
Jawabnya: "Di dalamnya orang-orang yg berdosa besar dari ummatmu yg sampai mati belum sempat bertaubat."
Maka nabi s.a.w. jatuh pingsan ketika mendengar keterangan itu, sehingga Jibrail meletakkan kepala nabi s.a.w. di pangkuannya sehingga sedar kembali dan
sesudah sadar nabi saw bersabda: "Ya Jibrail, sungguh besar kerisauanku dan sangat sedihku, apakah ada seorang dari ummat ku yang akan masuk ke dalam neraka?"
Jawabnya: "Ya, iaitu orang yg berdosa besar dari ummatmu."
Kemudian nabi s.a.w. menangis, Jibrail juga menangis, kemudian nabi s.a.w. masuk ke dalam rumahnya dan tidak keluar kecuali untuk sembahyang kemudian kembali dan tidak berbicara dengan orang dan bila sembahyang
selalu menangis dan minta kepada Allah.(dipetik dari kitab "Peringatan Bagi Yg Lalai")
Dari Hadith Qudsi: Bagaimana kamu masih boleh melakukan maksiat sedangkan kamu tak dapat bertahan dengan panasnya terik matahari Ku.
Tahukah kamu bahawa neraka jahanamKu itu:
1. Neraka Jahanam itu mempunyai 7 tingkat
2. Setiap tingkat mempunyai 70,000 daerah
3. Setiap daerah mempunyai 70,000 kampung
4. Setiap kampung mempunyai 70,000 rumah
5. Setiap rumah mempunyai 70,000 bilik
6. Setiap bilik mempunyai 70,000 kotak
7. Setiap kotak mempunyai 70,000 batang pokok zarqum
8. Di bawah setiap pokok zarqum mempunyai 70,000 ekor
ular
9. Di dalam mulut setiap ular yang panjang 70 hasta
mengandungi lautan racun yang hitam pekat.
10. Juga di bawah setiap pokok zarqum mempunyai
70,000 rantai
11. Setiap rantai diseret oleh 70,000 malaikat
Mudah-mudahan ini dapat menimbulkan keinsafan kepada kita semua.....Wallahua'lam.
Al-Quran Surah Al- Baqarah Ayat 159
Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan apa yang telah Kami turunkan dari keterangan-keterangan dan petunjuk hidayat, sesudah Kami terangkannya kepada manusia di dalam Kitab Suci, mereka itu dilaknat oleh Allah dan dilaknat oleh sekalian makhluk.
Dari Abdullah bin 'Amr R.A,
Rasulullah S.A.W bersabda:" Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat. ﻻالهاﻻالله محمدرسولالله
Sunday, April 6, 2008
9 jenis anak setan
9 jenis anak setan..
Kongsi bersama saudara kita sebagai peringatan kita setiap hari dimana syaitan2 kurang ajar ini mengganggu hidup harian yang mungkin selama ini kita tidar sedar hasutan mereka.Sampaikan kepada sekalian muslimin/muslimat yang lain semoga menjadi pedoman hidup hingga ke akhir hayat ,Insya'Allah.
Umar al-Khattab r. a berkata, terdapat 9 jenis anak syaitan :
1. Zalituun
Duduk di pasar/kedai supaya manusia hilang sifat jimat cermat. Menggoda supaya manusia berbelanja lebih dan membeli barang-barang yang tidak perlu.
2. Wathiin
Pergi kepada orang yang mendapat musibah supaya bersangka buruk terhadap Allah.
3. A'awan
Menghasut sultan/raja/pemerintah supaya tidak mendekati rakyat. Seronok dengan kedudukan/kekayaan hingga terabai kebajikan rakyat dan tidak mahu mendengar nasihat para ulama.
4. Haffaf
Berkawan baik dengan kaki botol. Suka menghampiri orang yang berada di tempat-tempat maksiat (cth : disko, kelab mlm & tempat yg ada minuman keras).
5. Murrah
Merosakkan dan melalaikan ahli dan orang yg sukakan muzik sehingga lupa kepada Allah. Mereka ini tenggelam dalam keseronokan dan glamour etc.
6. Masuud
Duduk di bibir mulut manusia supaya melahirkan fitnah, gosip, umpatan dan apa sahaja penyakit yg mula dari kata-kata mulut.
7. Daasim (BERILAH SALAM SEBELUM MASUK KE RUMAH...)
Duduk di pintu rumah kita. Jika tidak memberi salam ketika masuk ke rumah,Daasim akan bertindak agar berlaku keruntuhan rumahtangga (suami isteri bercerai-berai, suami bertindak ganas, memukul isteri, isteri hilang pertimbangan menuntut cerai, anak-anak didera dan pelbagai bentuk kemusnahan rumah tangga lagi).
8. Walahaan
Menimbulkan rasa was-was dalam diri manusia khususnya ketika berwuduk dan solat dan menjejaskan ibadat-ibadat kita yg lain.
9. Lakhuus
Merupakan sahabat orang Majusi yang menyembah api/matahari.
Dan yang akhir-akhir ni yang paling teruk! (SCROLL DI BAWAH)..
10. Isetan.
Sebuah pasaraya yg terkemuka di seluruh duniawi. Terdapat di sekitar Klang, Singapore, Beijing &.....
Kebaikan : Memberi potongan harga pada Karnival jualan.
Keburukan : Melalaikan manusia bershopping sehingga lupa waktu sembahyang dan lupe yg lakinya dah tunggu kat kereta.
Pesanan : Shopping tu agak2 sikit, jangan sampai berlebih2an pulak. Membazir itulah sebenarnya amalan Syaitan.
11. Hindusetan
Nie mereka2 yg menonton criter hindustan, sampai masuk waktu sembahyang,maseh menyonggol depan tv.....kapala keluar tanduk, tak sedar.......jadi lah hindusetan !!!
12. Santan
Yang ini aje nampaknya.... berguna sedikit untuk masak kari dan masak lemak.
Wassalam.
Al-Quran ??
kau laksana kawan sejatiku
Dengan wudu', Aku kau sentuh dalam keadaan suci, Aku kau pegang
Aku,kau junjung dan kau pelajari Aku engkau baca dengan suara lirih atau pun keras setiap hari Setelah selesai engkau menciumku mesra
Sekarang engkau telah dewasa..............
Nampaknya kau sudah tak berminat lagi padaku... Apakah Aku bahan bacaan usang yang tinggal sejarah...? Menurutmu, mungkin aku bahan bacaan yang tidak menambah pengetahuanmu Atau, menurutmu aku hanya untuk anak kecil yang belajar mengaji....... Sekarang, Aku tersimpan rapi sekali; sehingga engkau lupa di mana Aku tersimpan Aku sudah engkau anggap hanya sebagai pengisi setormu.
Kadang kala Aku dijadikan mas kawin agar engkau dianggap bertaqwa
Atau Aku kau buat penangkal untuk menakuti iblis dan syaitan
Kini Aku lebih banyak tersingkir, dibiarkan dalam kesendirian , kesepian.
Di dalam almari, di dalam laci, aku engkau pendamkan. Dulu...pagi-pagi...surah-surah yang ada padaku engkau baca beberapa
halaman.
Di waktu petang, Aku kau baca beramai-ramai bersama temanmu di surau.....
Sekarang...seawal pagi sambil minum kopi...engkau baca surat khabar dahulu
Waktu lapang engkau membaca buku karangan manusia
Sedangkan Aku yang berisi ayat-ayat yang datang dari Allah Azzawajalla,
Engkau abaikan dan engkau lupakan...
Waktu berangkat kerja pun kadang engkau lupa baca pembuka
surah2ku(Bismillah).
Di dalam perjalanan engkau lebih asyik menikmati musik duniawi
Tidak ada kaset yang berisi ayat Allah yang terdapat di dalam keretamu
Sepanjang perjalanan,radiomu selalu tertuju ke stesyen radio kesukaanmu
Mengasyikkan.
Di meja kerjamu tidak ada Aku untuk kau baca sebelum kau mulai kerja
Di Komputermu pun kau putar muzik kesukaanmu
Jarang sekali engkau putar ayat-ayatku.........
E-mail temanmu yang ada ayat-ayatku pun kau abaikan
Engkau terlalu sibuk dengan urusan dunia mu
Benarlah dugaanku bahawa engkau kini sudah benar-benar hampir melupaiku
Bila malam tiba engkau tahan bersekang mata berjam-jam di depan TV.
Menonton siaran telivisyen
Di depan komputer berjam-jam engkau betah duduk
Hanya sekedar membaca berita murahan dan gambar sampah
Waktupun cepat berlalu.........
Aku semakin kusam dalam laci-laci mu
Mengumpul debu atau mungkin dimakan hama
Seingatku, hanya awal Ramadhan engkau membacaku kembali
Itupun hanya beberapa lembar dariku.
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun kini terangkak-rangkak ketika membacaku
Atau waktu kematian saudara atau taulan mu
Bila engkau di kubur sendirian menunggu sampai kiamat tiba
Engkau akan diperiksa oleh para malaikat suruhanNya
Apakah TV, radio ,hiburan atau komputer dapat menolong kamu?
Yang pasti ayat-ayat Allah s.w.t yang ada padaku menolong mu
Itu janji Tuhanmu, Allah s.w.t
Sekarang engkau begitu enteng membuang waktumu...
Setiap saat berlalu...
Dan akhirnya.....
kubur yang setia menunggu mu...........
Engkau pasti kembali, kembali kepada Tuhanmu
Jika Aku engkau baca selalu dan engkau hayati...
Di kuburmu nanti....
Aku akan datang sebagai pemuda gagah nan tampan.
Yang akan membantu engkau membela diri
Dalam perjalanan ke alam akhirat.
Dan Akulah "Al-Qur'an",kitab sucimu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.
Peganglah Aku kembali.. .. bacalah aku kembali aku setiap hari.
Karena ayat-ayat yang ada padaku adalah ayat-ayat suci.
Yang berasal dari Allah Azzawajalla
Tuhan Yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah
Yang disampaikan oleh Jibril melalui Rasulmu
Keluarkanlah segera Aku dari almari, lacimu.......
Letakkan aku selalu di depan meja kerjamu.
Agar engkau senantiasa mengingat Tuhanmu.
Sentuhilah Aku kembali...
Baca dan pelajari lagi Aku....
Setiap datangnya pagi, petang dan malam hari walau secebis ayat
Seperti dulu.... Waktu engkau masih kecil
Di surau kecil kampungmu yang damai
Jangan aku engkau biarkan aku sendiri....
Dalam bisu dan sepi....
Al-Quran Menjawab
menjawabnya. ......... .......
KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?
QURAN MENJAWAB
'Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; 'Kami
telah beriman,' ('I am full of faith to Allah') sedangkan mereka tidak
diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka
sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia
mengetahui org2 yg dusta.'
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3
KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?
QURAN MENJAWAB
'Boleh jadi kamu membenci sesua tu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh
jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah
mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.'
- Surah Al-Baqarah ayat 216
KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT INI?
QURAN MENJAWAB
'Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan
kesanggupannya. '
- Surah Al-Baqarah ayat 286
KITA BERTANYA : KENAPA RASA FRUST?
QURAN MENJAWAB
'Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal
kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman.'
- Surah Al-Imran ayat 139
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala
kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan) , dan
kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medan
perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah
sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada
Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan). '
KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?
QURAN MENJAWAB
'Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada
orang-orang yang khusyuk'
- Surah Al-Baqarah ayat 45
KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?
QURAN MENJAWAB
'Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka
dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111
KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?
QURAN MENJAWAB
'Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya
aku bertawakkal. '
- Surah At-Taubah ayat 129
KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT TAHAN!!!
QURAN MENJAWAB
'... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada
berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir.'
- Surah Yusuf ayat 12
Kalu nak mengeluh lagi ............ jom gi ngaji
Nota:
Peringatan ini saya terima dari sahabat yang prihatin pada saya. Saya
sebarkan peringatan ini untuk ingat mengingati kepada kebenaran
Thanks..
Tuesday, March 4, 2008
HUTANG
Nabi s.a.w sering berdoa ketika sembahyangnya dengan berkata
Wednesday, January 30, 2008
ISTIDRAJ
Ianya adalah pemberian nikmat Allah kepada manusia yang mana pemberian itu tidak diredhaiNya. Inilah yang dinamakan istidraj. Rasullulah s.a.w. bersabda :"Apabila kamu melihat bahawa Allah Taala memberikan nikmat kepada hambanya yang selalu membuat maksiat (durhaka), ketahuilah bahawa orang itu telah diistidrajkan oleh Allah SWT." Diriwayatkan oleh At-Tabrani, Ahmad dan Al-Baihaqi
Tetapi, manusia yang durhaka dan sering berbuat maksiat yang terkeliru dengan pemikirannya merasakan bahawa nikmat yang telah dating kepadanya adalah kerana Allah berserta dan kasih dengan perbuatan maksiat mereka.
Masih ada juga orang ragu-ragu, kerana kalau kita hendak dapat kebahagian di dunia dan akhirat kita mesti ikut jejak langkah Rasullulah saw dan berpegang teguh pada agama Islam.
Tetapi bagaimana dengan ada orang yang sembahyang 5 waktu sehari semalam, bangun tengah malam bertahajjud, puasa bukan di bulan Ramadhan sahaja, bahkan Isnin, Khamis dan puasa sunat yang lain. Tapi, hidup mereka biasa sahaja.
Bila kita tanya, apa kamu tak takut mati? Katanya, alah, orang lain pun mati juga, kalau masuk neraka, ramai-ramai. Tak kisahlah! Sombongnya mereka, takburnya mereka.
- Rasullulah s.a.w. naik ke langit bertemu Allah pun tak sombong,
- Nabi Sulaiman, sebesar-besar pangkatnya sehinggakan semua makhluk di muka bumi tunduk di bawah perintahnya pun tak sombong!
- Secantik-cantik Nabi Yusof
- dan semerdu suara Nabi Daud, mereka tak sombong.
Bila sampai masa dan ketikanya, mereka tunduk dan sujud menyembah Allah.
Manusia istidraj - Manusia yang lupa daratan. Walaupun berbuat
maksiat,dia merasa Allah menyayanginya. Mereka memandang hina
kepada orang yang beramal. "Dia tu siang malam ke masjid, basikal pun tak mampu beli, sedangkan aku ke kelab malam pun dengan kereta mewah. Tak payah beribadat pun, rezeki datang mencurah-curah. Kalau dia tu sikit ibadat tentu boleh kaya macam aku, katanya sombong."
Sebenarnya, kadang-kadang Allah memberikan nikmat yang banyak dengan tujuan untuk menghancurkannya Rasullulah s.a.w bersabda: "Apabila Allah menghendaki untuk membinasakan semut, Allah terbangkan semua itu dengan dua sayapnya" (Kitab Nasaibul æIbad)
Anai-anai, jika tidak bersayap, maka dia akan duduk diam di bawah batu atau merayap di celah-celah daun, tetapi jika Allah hendak membinasakannya, Allah berikan dia sayap. Lalu, bila sudah bersayap, anai-anai pun menjadi kelkatu. Kelkatu, bila mendapat nikmat (sayap), dia akan
Buktinya, Firaun. Nikmatnya tak terkira, tidak pernah sakit, bersin pun tidak pernah kerana Allah berikannya nikmat kesihatan. Orang lain selalu sakit, tapi Firaun tidak, orang lain mati,namun dia masih belum mati-mati juga, sampai rasa angkuh dan besar diri lantas mengaku dirinya tuhan.
Tapi dengan nikmat itulah Allah binasakan dia.Namrud, yang
Tidak ada manusia hari ini sekaya Qarun. Anak kunci gudang hartanya sahaja kena dibawa oleh 40 ekor unta. Akhirnya dia ditenggelamkan bersama-sama hartanya sekali akibat terlalu takbur. Jadi kalau kita kaya,jangan sangka Allah sayang, Qarun lagi kaya,akhirnya binasa juga.
Jadi,jika kita kaji dan fikir betul-betul,maka terjawablah segala keraguan yang mengganggu fikiran kita. Mengapa orang kafir kaya, dan orang yang berbuat maksiat hidup senang /mewah. Pemberian yang diberikan oleh Allah pada mereka bukanlah yang diredhaiNya. Rupa-rupanya ianya adalah bertujuan untuk menghancurkannya. Untuk apa hidup ini tanpa keredhaanNya?
Tetapi jangan pula ada orang kaya beribadat, masuk masjid dengan kereta mewah kita katakan itu istidraj. Orang naik pangkat, istidraj. Orang-orang besar, istidraj. Jangan! Orang yang mengunakan nikmatnya untuk kebajikan untuk mengabdi kepada Allah bukan istidraj. Dan jangan pula kita tidak mahu kekayaan. Kalau hendak selamat, hidup kita mesti ada pegangan. Bukan kaya yang kita cari, juga bukan miskin yang kita cari.
Tujuan hidup kita adalah mencari keredaan Allah.
Bagaimana cara untuk menentukan nikmat yang diredhai Allah?
Seseorang itu dapat menyedari hakikat yang sebenarnya tentang nikmat yang diterimanya itu ialah apabila dia bersyukur nikmatnya. Dia akan mengunakan pemberian ke jalan kebaikan dan sentiasa redha dan ikhlas mengabdikan diri kepada Allah.
Maka segala limpah kurnia yang diperolehi itu adalah nikmat pemberian yang diredhai Allah. Bila tujuan hidup kita untuk mencari keredhaan Allah, niscaya selamatlah kita di dunia dan akhirat.
Wallahualam.