Saturday, July 26, 2014

Cuba kita selak semula lembaran hidup kita. Sepanjang kita bergelar muslim, berapa kali kita sudah khatam al-Quran.
Jika setahun sekali, alhamdulillah. Jika sebulan sekali, itu sudah cukup bagus!
Tetapi persoalannya, yakinkah kita bahawa bacaan kita itu menepati kaedah sebenar yang diajar Nabi s.a.w?
Tolak tepi makhraj Arab yang agak sukar disebut oleh orang Melayu kita (kecuali jika benar-benar dilatih oleh guru al-Quran), bagaimana pula dengan benda-benda basic?
Dalam post kali ini, saya akan tunjukkan 4 tempat di dalam al-Quran yang bacaannya agak pelik sedikit dari biasa, di mana anda boleh menguji bacaan dan tahap pengetahuan anda.
Jika kita selama ini kita tersalah baca, bermakna kita sudah silap strategi. Kita terlalu fokus pada ‘kuantiti’ bukannya ‘kualiti’ bacaan.
Kita ada 2 pilihan. Sama ada meneruskan rutin harian kita dan khatam 12 kali setahun tetapi melakukan 12 kesalahan berulang-ulang kali, atau kita boleh KIV sebentar target khatam sebulan sekali itu dan fokus untuk improve bacaan al-Quran kita dari segenap aspek (makhraj, tajwid, kaedah bacaan dsb).
Tapi kalau semuanya OK, alhamdulillah =)
ayat-pelik
1) Surah Huud ayat 41
Cara bacaan yang betul ialah maj + rare (British pronunciation) + haa
Bukannya maj + roo + haa
ataupun maj + ray + haa
Kaedah bacaan ini dipanggil Al-Imalah (الإمالة)
Rujuk link:
****
2) Surah Yusuf ayat 11
Asal perkataan tersebut ialah ‘Laa tak-ma-nu-na’, yang bermaksud, “Tidak percayakan kami.”
Tetapi telah digabungkan kedua-dua nun itu menjadi satu nun sahaja yang bersabdu.
Sebab itulah ketika membaca, kita perlu memuncungkan bibir sewaktunun sabdu (macam nak cium orang), seolah-olah kita nak sebut ‘tak-ma-nu-na’ tetapi ‘nu’ itu tak disebut. Ia digantikan dengan muncung.
Maka jadilah Laa Tak-man(muncung)na
Dari segi bacaan tiada beza. Cuma perlu buat isyarat mulut muncung tu.
Kaedah ini dipanggil Al-Isymam الإشمام
***
3) Surah Fussilat ayat 44
Di atas huruf alif, ada satu simbol bulat hitam (tiada lubang). Anda hanya boleh jumpa simbol ini di tempat ini sahaja.
Asal perkataan ini ialah a-a’-ja-miy.
Hamzah pertama bermaksud ‘adakah’.
Hamzah (alif) kedua pula ialah sebahagian daripada perkataan Arab:A’jamiy - yang bermaksud ‘orang bukan Arab’.
Cara bacaannya ialah dengan meringankan bacaan hamzah (alif) kedua. Seolah-olah digabung dengan hamzah pertama. Bukannya dibaca kedua-dua hamzah itu sama jelas seperti a+a’jamiyy,
tetapi lebih kepada
Aaa’jamiyyuw wa ‘arabiyy
Seolah-olah hamzah dibaca dua harakat sebelum dimatikan dengan ’ain.
Rujuk link:
*****
4) Surah al-Ahqaaf ayat 4
Menurut kaedah secara general, hamzah wasal (alif yang di atasnya ada huruf saad kecik) perlulah dibunyikan mengikut baris huruf ketiga.
Jika huruf ketiga berbaris depan, maka alif itu pun berbaris depan.
Jika huruf ketiga berbaris bawah, maka alif itu pun berbaris bawah.
Cuma jika huruf ketiga berbaris atas, lain sikit. Alif tak jadi baris atasjuga, tapi dibaca dengan baris bawah.
Tapi dalam surah Al-Ahqaaf ini, huruf ketiga berbaris depan. Maka kalau nak ikutkan kaedah, sepatutnya alif tu kena baca baris depan la kan?
Tapi kat sini pelik sikit.
Kita kena baca:
ii-tuu-nii
Bukannya
Uk-tuu-nii
*****
Penulisan dalam blog sangatlah terhad. Jika anda takut tersalah, rujuklah mana-mana guru al-Quran. Dengar dan ikutlah bacaan dia. Itu lebih selamat. Wallahua’lam.
=)

Friday, July 11, 2014

Mengapa Saya Kata Pinjaman Rumah Perbankan Islam Haram?


Katalah salah seorang dari saudara saya Mat datang kepada saya dan meminta bantuan kewangan iaitu pinjaman wang untuk membeli baju sekolah anak-anaknya (yang juga sudah semestinnya saudara saya). Jumlah yang mahu dipinjam adalah sebanyak RM100 dan Mat berjanji akan membayar balik secara ansuran. Terdetik didalam hati saya,"ni boleh buat duit ni, kalau mintak faedah/bunga/riba' haram jadinya, baik aku ubah sikit".
Saya: "Okla Mat, macam ni je lah, sebenarnya dari aku bagi kat engkau lebih baik aku letak kan tabung haji, bertambah gak duit aku nanti, tapi sebab engkau saudara aku, jadi aku pinjamkan kepada engkau tetapi dengan syarat.

Mat: "Syarat macamana pulak tu?.

Saya: "Aku belikan baju untuk anak-anak engkau dengan harga RM100 dan aku jual kepada engkau dengan RM120, lepas tu engkau bayarlah bulan-bulan RM10 selama 12 bulan, bagaimana? setuju tak? Ini cara islam yang mana aku berjual-beli dengan engkau dan bukan aku kenakan faedah, kalau ada orang lain bertanya engkau cakaplah aku memberi pembiayaan kepada engkau, jangan sebut pinjaman sebab itu nampak tak islamik".

Mat: "Baiklah, sebab aku terpaksa dan tak ada cara lain lagi dah maka aku terima sahajalah syarat engkau tu lagi pun engkau dah tolong aku maka aku pun kenalah tolong engkau jugak. Tapi eloklah kita berakad untuk memastikan proses ini dikira pembiayaan dan jual beli".
Apa pendapat anda mengenai sifat saya jika kisah diatas benar-benar berlaku? Bagaimana jika saya ubah tujuan untuk membeli baju anak kepada membeli rumah untuk diri Mat dan anak-anak berlindung dengan pinjaman RM100 ribu, saya jual balik kepada Mat dengan harga RM170 ribu (kadar riba' 6% mengikut pasaran semasa) tetapi disebabkan Mat akan bayar selama 20 tahun maka bayaran bulanan menjadi RM700.

Rujuk kepada kes pertama untuk Mat membeli baju anaknya, letakkan diri anda ditempat saya, sebagai seorang saudara darah daging kepada Mat, adakah anda sanggup melakukan begitu pada saudara sendiri, sanggup menangguk di air keruh masih mahu menyedut 20 ringgit "darah" Mat dan tidak mahu membantu dengan ikhlas? Jika Mat bukan saudara sedarah sedaging sekalipun bukankah semua orang islam itu bersaudara, sanggupkah anda mengambil untung dari kesusahan orang lain?

Jika kita rujuk kes kedua untuk membeli rumah pula, tiada bezanya bagi mereka yang melabel "bank Islam" tetapi mahu memerah keringat insan lain untuk mendapatkan keuntungan atas sebab terdesaknya manusia terpaksa meminjam untuk membeli rumah. Yang membezakan adalah dizaman sekarang ini membeli rumah bukan kerana terdesak, akan tetapi lebih kepada mentaliti "beli lebih baik dari menyewa", untuk memastikan ada harta iaitu rumah dengan nama sendiri (sedangkan S&P bank simpan) dan dicanang pulak dengan iklan-iklan menawan hati oleh pemaju serta dialunkan pula dengan lagu merdu pujukan dari pihak bank, maka membeli rumah itu adalah lebih kepada desakan nafsu dan bukan desakan hidup. Didalam kes kedua (contoh Mat membelui rumah), 70 ribu "darah" Mat akan disedut hanya dengan goyang kaki sebagai pelabur menunggu masa sahaja mendapat "keuntungan", adakah wang itu bersamaan dengan masa?, adakah risiko wujud disini? Mat tak bayar, Mat kena tendang, sanggupkah anda menendang keluar saudara sendiri? Letakkan diri anda ditempat Mat, sanggupkah anda diperlakukan sedemikian?

Apa bezanya jika kita sebagai individual dengan bank memberi pinjaman dan meminta balasan dari pinjaman tersebut. Bank tidak akan peduli kesusahan peminjam kerana mereka perlu memastikan "kebajikan" pelabur. Disebabkan bank adalah institusi diiktiraf pemerintah maka pihak berkuasa akan melakukan kerja menghalau bagi pihak pelabur. Sebab itu apabila melabur di bank, pelabur tidak rasa bersalah kerana "kerja kotor" ini dilakukan oleh pihak ketiga secara sah berdasarkan undang-undang sekular. Bagi saya pula jika saya tidak suka orang lain mengambil kesempatan atas kesusahan keatas diri saya maka saya pun tidak mahu melakukan sedemikian kepada orang lain kerana saya tahu ianya akan berbalik semula kepada diri saya sendiri satu hari nanti baik didunia mahupun diakhirat. Inilah salah satu sebab manusia terpinga-pinga kehairanan mengapa manusia lain jahat atau mengambil kesempatan keatas diri mereka sedangkan mereka sendiri melakukannya tanpa sedar keatas orang lain.

Jika kita meng"islam"kan sekalipun konsep memberi pinjaman tersebut dengan pusing sana dan pusing sini, bagi nama lain "muserakah" atau "mudah rebah", pembiayaan dan bukan pinjaman, berakadlah dan sebagainya, adakah anda sanggup menjadi lintah menyedut darah saudara seislam sendiri? Kelintahan anda tidak jelas kelihatan kerana ia berselindung disebalik nama Islam itu sendiri.

Ini jika kita lihat diri kita sebagai pelabur, bagaimana pula jika kita adalah Mat atau peminjam didalam cerita ini? Ramai yang akan berkata,
"tak mengapalah, pihak bank Islam kan berjual beli dengan kita, lagi pun bank mahu membayar gaji pekerja-pekerjanya".
Ramai yang tidak sedar sebenarnya mereka telah diper"hamba"kan oleh pihak bank untuk kepentingan korporat yang mana pelabur kaya akan makin kaya dengan menyedut darah mereka yang terpedaya. Anda boleh melihat betapa agresifnya sebuah bank islam tempatan yang dibeli sahamnya oleh pelabur dari Timur Tengah, begitu rancaknya mereka bersaing dalam arena "menyedut darah" masyarakat Islam dinegara kita untuk memastikan keuntungan korporat mereka.

Baik konvensional atau islamik, manusia tetap diperhambakan oleh golongan bank ini, disini kita boleh kategorikan dua jenis perhambaan perhambaan yang berlaku,

1) Perhambaan fizikal yang mana setiap bulan selama 20-30 tahun atau berapa tahun sekalipun tempoh pinjaman, peminjam akan menjadi pembayar yang setia kepada bank walaupun rumah yang mereka beli itu terbengkalai ataupun harganya jatuh. Jika bank itu sebuah perniagaan maka bank juga harus mengambil risiko kehilangan wang apabila projek terbengkalai atau harga rumah jatuh dengan memulangkan kembali wang lebihan bayaran selepas mengira harga rumah pada pasaran selepas tamat tempoh pinjaman. Ini tidak, terbengkalai ke, harga jatuh ke, Islam tak Islam, bayar sampai habis. Adakah ini suatu yang islamik atau sesuatu yang zalim atau menindas?

2) Perhambaan mental. Katalah anda mengambil pinjaman rumah dan kereta secara Islamik, setiap bulan anda ada komitmen untuk membayar ansuran kepada bank. Satu hari anda mendapati bos anda mengambil rasuah. Jika anda lapurkan kepada pihak atasan, bos kamceng dengan pihak atasan, nak lapur pada BPR, bos anda ini ahli politik ternama, jadi disebabkan anda takut kehilangan kerja yang mana bayaran ansuran bulanan rumah dan kereta akan tersangkut , kemungkinan besar anda hanya akan mendiamkan diri sahaja terhadap kemungkaran yang berlaku didepan mata. Tindakan anda pasti akan berbeza jika anda tiada apa-apa komitmen untuk dirisaukan. Ini hanyalah satu contoh kecil yang mana disebabkan hutang baik islamik atau tidak, ramai antara kita yang sanggup menutup mata dari menghukum kemungkaran. Bagi yang tidak beriman maka dia pun akan meneladani bosnya, bagi yang masih ada saki baki iman, maka hiduplah didalam keadaan tertekan, stress dan sebagainya.

Sistem perbankan islamik diwujudkan selepas manusia bertahun-tahun hidup didalam keadaan stress dan tertekan dengan sistem konvensional. Disebabkan sistem ekonomi ala barat ini semakin hari harga barang semakin meningkat (walaupun sebenarnya nilai wang itu sendiri yang menyusut), manusia terpaksa bersaing untuk mengumpul sebanyak wang yang mungkin untuk menampung kenaikan harga barang dan semakin hari semakin tertekan.

Apabila hidup didalam keadaan tertekan, keadaan "fight or flight", mentaliti manusia menjadi lebih kepada kepentingan atau keselesaan individu (selfish) akan menyerlah berbanding dengan kepentingan kumpulan atau masyarakat. Contoh yang paling nyata amat jelas sekali didalam kehidupan seharian kita, lihat bagaimana umat Islam kita sembahyang berjemaah hari ini, masing-masing suka kepada keselesaan sendiri dan menjarakkan antara satu sama lain sedangkan Nabi sudah berpesan agar rapat antara satu sama lain ketika solat jemaah. Ini adalah antara kesan psikologi yang manusia tidak sedari sedikit demi sedikit telah mempengaruhi kehidupan dari segi tingkah laku dan perbuatan mereka, termasuklah dalam bab mencari kekayaan. Jadi mereka yang Islam dan mahu menjadi semakin kaya akan memutarbelitkan sistem perbankan dan mengislamkannya untuk memastikan duit mereka tidak hilang (kekal selesa), sedangkan wang itu sendiri bukanlah suatu untuk diniagakan, malah pada pendapat saya bank itu sendiri tidak perlu wujud sebenarnya. Jika perlu wujud sekalipun hanyalah sebagai badan untuk mejaga kepentingan seluruh umat manusia dan bukan sebagai alat atau mekanisme untuk memastikan kekayaan kepada golongan tertentu sahaja.

Hanya selepas 1100 tahun kedatangan Islam baru lah wujud "makhluk" yang dinamakan bank, dan siapa yang mengasaskannya? Tidak lain adalah Yahudi yang mengawal ekonomi British dengan penubuhan Bank of England pada abad ke 17. Dan dunia Islam yang telah lama hidup dengan sistem riba' didikan barat ini hanya memutarbelitkan proses pinjaman dengan terma, nama, akad dan sebagainya sedangkan prinsip disebaliknya adalah sama. Jangan terkejut ada "Sheikh" British yang menentang sistem jajaan Yahudi ini, siapakah "sheikh" tersebut? Tidak lain beliau adalah William Shakespere menerusi karya klasiknya "Merchant of Venice". Ini antara bukti kristian pada awal kurun ke 17-18 juga amat menentang riba' akan tetapi sebab kawalan minda yang berkesan maka sedikit demi sedikit ianya lenyap dari kamus keagamaan mereka.

Jika kita lihat wang kertas itu sendiri, adakah nilai wang itu tersimpan didalamnya? Adakah nilainya disandarkan kepada emas dan kita sebagai rakyat boleh pergi ke bank untuk menukarkan dengan emas? Mengapa inflasi tetap didalam ekonomi? Mengapa nilai wang semakin hari semakin menurun? Jika wang didalam sistem kewangan moden itu sendiri tidak wujud sebagai suatu yang nyata iaitu punyai nilai didalamnya maka bagaimana kita boleh me"niaga"kan suatu yang tidak jelas itu?

Seperti yang telah saya ceritakan didalam artikel Cerita Wang 1, barat menakluk hampir kesemua negara didunia ini dan meninggalkan dua virus pemusnah manusia yang utama iaitu kerajaan sekular dan juga sistem perbankan barat. Kerajaan sekular adalah kerajaan yang menidakkan hukum Allah, apa yang diharamkan oleh Allah dihalalkan contohnya riba', judi dan arak. Virus kedua pula adalah sistem kewangan berasaskan riba'. Dan apabila virus ini sudah menyelinap kedalam salur darah masyarakat maka mereka hanya perlu memberi arahan jarak jauh "remote control" sahaja untuk mengawal sesuatu negara itu, tak percaya lihatlah hutang luar negara yang tak habis-habis dibayar dan sudah semestinyalah beserta dengan riba'nya sekali.

Pada pendapat saya bank tidak sepatutnya diwujudkan sebagai perniagaan kerana wang bukanlah sesuatu yang sepatutnya diniagakan lebih-lebih lagi apabila nilai wang itu tidak berada didalam wang itu sendiri. Nilai wang kita berada didalam genggaman mereka yang mengawalnya iaitu Yahudi laknatullah dan amat sedih sekali berapa ramai pemimpin kita yang sedar akan keadaan ini?

Saya perhatikan di hospital kerajaan dengan hanya membayar RM1 sahaja kita sudah boleh mendapat rawatan doktor, maka timbul persoalan difikiran saya mengapa kerajaan tidak boleh memberi pinjaman tanpa riba' atau tanpa faedah kepada rakyat dengan mewujudkan bank yang beroperasi sedemikian dan sebaliknya mengenakan jumlah sebenar kos perubatan kepada rakyat? Bukankah tekanan atau stress itu penyebab utama peyakit merbahaya dinegara kita seperti sakit jantung dan darah tinggi yang mana jika dikaji kembali puncanya adalah dari wang. Dan apabila saya berfikir lagi saya mendapat jawapannya, kerana jika manusia tidak stress atau tertekan, mereka akan lebih sihat jadi industri perubatan swasta tidak boleh mengaut darinya. Jika kekal ikut cara biasa, dari bank boleh buat duit dan begitu juga dengan dari industri perubatan swasta, maka semakin cepatlah yang kaya akan semakin kaya dan yang miskin akan semakin miskin.


Seperkara lagi yang boleh difikirkan dalam bab menghalal atau mengharamkan sistem pinjaman islamik ini, cuba perhatikan apakah faedah yang akan didapati oleh mereka yang mencanangkan untuk menghalalkannya dan faedah bagi mereka yang mengharamkannya. Jika sistem perbankan islamik ini membayar gaji atau memberi pulangan dalam bentuk pelaburan kepada seseorang itu adakah dia akan membantahnya? Bak kata pepatah barat;
"kamu tidak akan menggigit tangan yang menyuapkan makanan kepada kamu".
Cuba perhatikan pula mereka yang mencanangkan ianya haram, adakah mereka akan mendapat faedah dari pengharaman tersebut? Sheikh Imran Hossein adalah antara ulama yang keras menentang cara yang diamalkan oleh perbankan islam, apakah faedah yang akan beliau dapat dari usaha beliau? Pada pendapat saya apa yang akan diperolehinya adalah pahala yang teramat banyak dari Allah kerana beliau boleh "melihat" kemungkaran, kezaliman dan penindasan yang berlaku disebalik sistem yang kononnya Islamik itu.

Saya memohon ampun dan maaf kiranya ada rakan-rakan yang marah atau terasa hati dengan artikel-artikel saya berkenaan riba' terutamanya yang menyentuh berkenaan bank Islam. Saya banyak merantau dan apabila pergi kenegara-negara miskin terdetik dihati saya mengapa dunia jadi begini. Hasil dari pembacaan dan berfikir secara mendalam maka jawapan yang nyata kepadanya adalah sistem riba' itu sendiri yang telah menakluk seluruh dunia dan memberi kuasa kepada pihak tertentu untuk mengawal dunia dari segenap aspek kehidupan termasuklah hingga ke tahap memastikan siapa pemimpin yang dipilih dalam pilihanraya sesebuah negara yang kritikal bagi memastikan keuntungan korporat mereka. Perhambaan fizikal telah lama berlaku akan tetapi perhambaan kewangan sedang memuncak dengan hebatnya dan sistem perbankan inilah mekanismanya.

Memang idea-idea dan pemikiran baru agak sukar diterima lebih-lebih lagi jika manusia perlu melakukan banyak perubahan dalam kehidupannya yang sudah selesa untuk menerima idea baru itu. Lihatlah apa yang terjadi kepada Galileo Galilei yang menyatakan bumi yang mengelilingi matahari sedangkan pihak gereja dari rujukan kitab Bible telah mem"fatwa"kan sebaliknya. Pada tahun 1633 beliau dibicarakan dan dijatuhkan hukuman tahanan rumah atas tuduhan mendustakan agama. Begitu hebat sekali tentangan yang dihadapinya, beliau menjadi buta dan mati pada tahun 1642, hanya selepas 370 tahun kematiannya baru pihak gereja meminta maaf atas layanan yang dikenakan terhadap Galileo. Begitu jugalah dengan Islam yang ditentang hebat semasa mula disebarkan oleh Nabi SAW.

Haramnya pinjaman perbankan islam ini adalah untuk saya dan keluarga. Ini bukan "fatwa" untuk diikuti oleh rakan-rakan sekalian. Akan tetapi jika artikel-artikel saya ini mampu memberi ketukan diminda rakan-rakan agar kembali memikirkan betulkah halal seperti apa yang dicanang-canangkan oleh perbankan islam, itu sahaja sudah cukup bagi saya untuk bersyukur kepada Allah dan berpuas hati dari usaha yang tidak seberapa ini. Moga ianya menjadi titik permulaan pemikiran baru dikalangan masyarakat kita lebih-lebih lagi generasi baru iaitu adik-adik dan anak-anak yang masih belum merasai "nikmat" meminjam dan memberi pinjaman. Agak sukar untuk menerima dan berubah bagi mereka yang sudah cukup selesa dengan cara lama, kecuali jika dibuka hati mereka oleh Allah untuk menyedarinya.

Marilah bersama merenung kembali tujuan sebenar perbankan itu sendiri, adakah untuk membantu umat islam atau mengambil kesempatan keatas kejahilan umat islam itu sendiri. 
Dan (ketahuilah bahawa) sesuatu pemberian atau tambahan yang kamu berikan, supaya bertambah kembangnya dalam pusingan harta manusia maka ia tidak sekali-kali akan kembang di sisi Allah (tidak mendatangkan kebaikan) dan sebaliknya sesuatu pemberian sedekah yang kamu berikan dengan tujuan mengharapkan keredaan Allah semata-mata, maka mereka yang melakukannya itulah orang-orang yang beroleh pahala berganda-ganda. (Surah Ar Rum 30:39)
Manusia akhir zaman tidak lagi percaya bahawa rezeki mereka sebenarnya datang dari Allah, maka mereka menggunakan akal pendek mereka untuk memastikan harta mereka bertambah dengan pelaburan walaupun ianya menindas manusia hatta dengan label islamik sekalipun. Apa yang saya coretkan disini hanyalah membawa pemikiran baru, terpulang kepada anda untuk menerimanya, sekurang-kurangnya tanggungjawab saya untuk menyampaikan sudah selesai, ahamdulillah. Saya hanya ingin membina minda yang bebas dari perhambaan kewangan baik yang islamik atau tidak. Tepuk dada tanya iman dan berfikirlah samada anda akan diperhambakan atau tidak dengan sistem kewangan moden ini. Bukan hak saya untuk menghalang, apa yang saya lakukan hanyalah berpesan-pesan dengan kebenaran dan beresan-pesan dengan kesabaran.


Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2010/04/mengapa-saya-kata-pinjaman-rumah_25.html#ixzz37DxDWxFK

Surat Terbuka Kepada Dr. Azizan Osman

Assalamualaikum Dr. Azizan,


Alhamdulillah, teramat bersyukur saya kepada Allah SW kerana telah diberi kelapangan untuk menghadiri seminar IMKK Jun 2104 anjuran Dr. Banyak perkara yang telah saya pelajari disamping menguatkan kembali apa yang telah saya pelajari sebelum ini dari pembacaan-pembacaan saya yang mana telah pun banyak saya kongsikan bersama rakan pembaca menerusi artikel-artikel yang saya telah tulis didalam blog saya SyurgaDiDunia ini. Dr juga pada suatu ketika memberitahu kepada para hadirin bahawa jika kita inginkan syurga, kita juga perlu perlu untuk bersikap seperti kita sudah berada didalam syurga, ini amat mengejutkan saya kerana itu juga adalah matlamat blog saya ini ditulis.

Penekanan Dr. kepada pentingnya solat didalam kehidupan kita sehari-harian amatlah penting untuk memastikan seorang itu boleh berjaya didalam kehidupan, bukan sahaja untuk akhirat akan tetapi juga untuk didunia. Solat bukanlah untuk Allah SW, perintah solat keatas manusia itu sebaliknya adalah rahmatNya kepada manusia kerana dari solat itulah akan menguatkan bahagian otak yang akan membantu seseorang itu untuk mencapai cita-citanya, bahagian itu adalah lobus frontal. Semakin kuat lobus frontal seseorang itu, semakin kuat fokus seseorang itu, semakin berdisiplin, kreatif, mampu menyelesaikan masaalah dan sebagainya. Solat adalah latihan kepada fokus untuk manusia itu mampu kekal komited untuk mencapai matllamatnya itu. "Manusia"nya seseorang manusia itu bergantung kepada bahagian ini yang tiada atau kecil berbanding dengan haiwan. Insyaallah pada kursus akan datang mungkin Dr. boleh kaitkan bagaimana solat mampu menjaga bahagian otak yang penting untuk manusia ini. Rokok seperti yang telah didemonstrasikan oleh Dr. kepada para peserta bukan sahaja melemahkan badan mereka malah ia merosak dan melemahkan lobus frontal manusia itu. Lemahnya bahagian tersebut menyebabkan manusia tidak mampu berwawasan, berpandangan jauh dan mampu untuk fokus mencapai matlamat kehidupannya baik didunia mahupun diakhirat.

Dr. juga menekankan perlunya menutup aurat bagi kaum wanita malah ianya juga diakui oleh salah seorang pelajar didikan Dr. yang telah berjaya pada hari kedua seminar tersebut. Jika Dr. melihatnya dari sudut aura, saya pula melihatnya dari sudut bagaimana wanita membantu untuk lelaki lebih fokus kepada tanggungjawab mereka menjadi pemimpin yang hebat dengan membantu tidak mengalihkan fokus mereka itu. Lelaki yang terdedah dengan aurat-aurat wanita menyebabkan mereka menjadi bodoh dan tidak dapat fokus kepada usaha-usaha yang lebih besar dan hebat untuk kebaikan umat. Dan apa yang telah mereka lakukan itu iaitu mendedahkan aurat-aurat akan kembali semula kepada mereka didalam bentuk-bentuk masaalah-masaalah terhasil akibat dari lelaki-lelaki yang menjadi semakin bodoh dan tidak bertanggung jawab.

Tersenyum sinis saya mendengar Dr. menyatakan yang orang kita lebih percayakan "Mat Saleh" untuk bercakap didepan mereka berbanding Dr. sendiri sebagai orang Melayu. Ini adalah bukti basuhan minda yang telah berjaya dilakukan oleh barat sedari terhadap masyarakat kita khasnya dan kepada masyarakat dunia amnya sedari kita kecil lagi. Hanya sekali sahaja didalam sejarah terdapat "Superhero" berkulit gelap, yang lain-lainnya semua "orang putih" baik Superman, Superwomen, Batman, Fantastic Man, Spiderman dan sebagainya. Ini menyebabkan pemikiran kebanyakan kita "taksub" akan kehebatan "mat-mat & minah saleh" ini. Superhero berkulit gelap hanyalah Will Smith didalam filem Hancock yang dikeluarkan sebelum pilihanraya Amerika yang mana telah dimenangi oleh Obama. Ini contoh jelas bagaimana filem-filem dan kartun-kartun telah digunakan untuk mencorak pemikiran umat manusia. 

Banyak lagi perkara-perkara kebaikan yang saya dapati dari seminar Dr. itu untuk saya ceritakan disini akan tetapi saya fikir biarlah ianya dialami sendiri oleh para pembaca yang bakal menghadiri seminar Dr. nanti insyaallah. Moga artikel yang saya tulis ini akan menjadi pemangkin kepada mereka bertindak sedemikian demi kebaikan mereka juga. Akan tetapi sebelum saya akhiri surat saya ini, izinkan saya mengutarakan beberapa perkara yang mana saya mempunyai pandangan berbeza dengan Dr. dan diharap agar ianya dapat dipertimbangkan semula oleh Dr. sebelum disampaikan kepada bakal pelajar-pelajar Dr. didalam seminar akan datang.

"Hidup Umpama SATU Perjuangan, Hanya Yang Luar Biasa Akan Menang"

Saya setuju hidup adalah satu perjuangan, akan tetapi kalah menang sepatutnya bukanlah diantara sesama manusia sebaliknya diantara yang "haq" dan yang "bathil". Kalah menang sesama manusia adalah falsafah yang telah berjaya diterapkan oleh Darwin menerusi teori evolusinya. "Preservation of Favourite Races in The Struggle For Life" adalah tajuk kecil buku tersohor beliau itu yang mana telah banyak menyebabkan kerosakan, perbalahan dan penindasan sesama manusia. Hidup bukanlah untuk kalah dan menang, kesempurnaan hidup adalah berkat kerjasama bukan sahaja sesama manusia malah begitu juga "kerjasama" manusia dengan alam sekitar. kita sepatutnya berusaha untuk menang dan menang seperti yang ditekan kan oleh Dr. Stephen Covey didalam "Habit 4" beliau iaitu "Think Win-Win". Saya fikir itu adalah apa yang Dr. ingin sampaikan akan tetapi mungkin cara bagaimana ianya ditulis terutamanya pada muka hadapan "workbook" perlu diubah suai agar minda para hadirin di"set"kan kearah itu sedari awal membelek "workbook" tersebut.

"Financial Freedom (Bebas Kewangan) Menerusi Pelaburan di Bank & Saham"

Akaun simpanan tetap atau "fix deposit account" adalah riba' yang paling jelas dan nyata. Satu-satunya dosa yang mana manusia itu diperangi oleh Allah SW adalah dosa riba' 


Oleh itu, kalau kamu tidak juga melakukan (perintah mengenai larangan riba itu), maka ketahuilah kamu: Akan adanya peperangan dari Allah dan RasulNya, (akibatnya kamu tidak menemui selamat) dan jika kamu bertaubat, maka hak kamu (yang sebenarnya) ialah pokok asal harta kamu. (Dengan yang demikian) kamu tidak berlaku zalim kepada sesiapa dan kamu juga tidak dizalimi oleh sesiapa.(Al Baqarah 2-279)


Wang tidak boleh bertambah dengan masa, wang hanya boleh bertambah dengan usaha iaitu melalui perniagaan. Melalui perniagaan, pintu risiko akan senantiasa terbuka untuk Allah SW mengagihkan kekayaan agar ia akan tersebar sama rata dikalangan masyarakat. Apabila kekayaan hanya bergerak hanya kesatu arah sahaja seperti didalam simpanan tetap maka kita telah menutup pintu risiko, apabila pintu risiko tertutup, kita telah menidakkan salah satu cara pengagihan kekayaan didalam masyarakat dan ini adalah riba', suatu yang amat dimurkai Allah SW hinggakan Allah dan Rasul telah mengishtiharkan perang terhadap sesiapa yang melakukannya. 

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: Riba itu terbahagi kepada 70 jenis dan yang paling kecil sekali dosanya adalah umpama melakukan zina dengan ibu sendiri. (Ibn Majah, Baihaqi)

Amatlah bercanggah dengan saranan sayangkan ibu kita yang kerapkali ditegaskan oleh Dr. didalam seminar tersebut sekiranya kita secara halus "berzina" dengan ibu sendiri melalui penglibatan kita dengan riba' baik bagi mereka yang memberi, menerima, menjadi saksi mahupun yang mencatat urusan riba' tersebut. Dari 70 puluh jenis itu pula saya pasti salah satu daripadanya adalah dari permainan saham. Jual beli saham dan FOREX tidak lain hanyalah perjudian yang dihalalkan. Apabila kita "menang" didalam perjudian tersebut, pasti akan ada yang "kalah". Perlu kita fikirkan sedalam-dalamnnya apakah nilai yang kita beri kepada orang lain menerusi "permainan" jual beli saham dan FOREX itu tadi? Pengkritik barat telah lama mengakui akan jual beli saham ini adalah satu sistem yang korup, mampukah kita pastikan "keuntungan" yang kita dapati itu benar-benar halal dan diberkati Allah?

Ini pula ditambahkan dengan apakah wang itu sebenarnya pada hari ini? Semua wang adalah terhasil daripada hutang. Ini bermakna bagi setiap ringgit yang masuk kedalam poket kita, maka akan terdapat seorang yang juga berhutang sebanyak satu ringgit. 
Harga rumah yang tinggi tidak membuatkan kita kaya, malah semakin miskin. Keuntungan yang kita dapat dari pelaburan hartanah (seperti yang dilakukan oleh koperasi kelolaan DR) akan hanya membuatkan segelintir manusia sahaja yang kaya dan rata-rata lain yang tidak bernasib baik akan menjadi semakin miskin dan bertambah miskin. Maka tidak hairan lah mengapa masaalah sosial masyarakat kita pada hari ini saban hari semakin tenat keadaannya.

Usaha Dr. menubuhkan koperasi PUSB untuk golongan yang kaya dan berjaya amatlah baik untuk membantu masyarakat kita terutamanya bangsa melayu yang sudah lama ketinggalan dari segi ekonomi (terimakasih keatas sistem perbankan berlandaskan wang fiat yang telah memberikan kelebihan awal kepada bangsa pendatang). Disini saya ingin mencadangkan agar koperasi itu digunakan juga untuk membantu ahli-ahlinya untuk mendapatkan kemudahan kredit. Saya pasti ramai yang bersetuju dengan saya bahawa memang sungguh sukar untuk bangsa melayu kita mendapatkan modal untuk mengembangkan perniagaan dari sistem perbankan sedia ada berbanding dengan bangsa-bangsa lain. Buktinya sungguh jelas didepan mata dengan melihat perniagaan-perniagaan besar kebanyakannya dimiliki oleh bangsa asing. Ini adalah "berkat" pengasingan kemudahan kredit sejak mula bank pertama ditubuhkan di Tanah Melayu pada tahun 1860. Ini ditambah pula dengan kadar faedah/riba' tinggi yang dikenakan oleh bank kebanyakan. Malah pengalaman anak-anak murid Dr. juga banyak menceritakan kepayahan mereka mendapatkan wang untuk memulakan perniagaan sehingga terpaksa bergolok gadai, hutang kad kredit dan sebagainya.

Konsep koperasi yang saya cadangkan adalah sepertimana yang di jalankan oleh Bank JAK di Sweden. Asalnya digunakan oleh para petani disana yang telah menyedari bahawa mereka tidak akan memperolehi dari aktiviti perladangan mereka jika mereka berterusan mengambil kemudahan kredit dari bank-bank konvensional yang mengenakan faedah atau riba' yang tinggi. Hasilnya adalah koperasi usaha sama yang membangun hingga menjadi sebuah Bank pada hari ini.

Konsep yang diamalkan oleh Bank JAK ini adalah hampir sama seperti permainan kutu yang diamalkan oleh masyarakat kita yang mana semua peserta perlu mengeluarkan wang mereka sebelum atau selepas mereka mendapat wang yang terkumpul tersebut. Disini saya sertakan video-video penerangan mengenai Bank JAK untuk pemahaman terutama kepada anak-anak murid didikan Dr. yang saya pasti akan berminat dan menyokong koperasi berkonsepkan Bank JAK ini.

Saya memohon ribuan ampun dan maaf jika apa yang saya sebagai anak murid Dr. nyatakan disini bertentangan dengan apa yang Dr. telah sampaikan didalam seminar tempohari. Guru saya Sheikh Imran Hosein pernah menyatakan bahawa anak murid yang hebat adalah anak murid yang berani mencabar dan mempertikaikan apa yang disampaikan oleh gurunya itu dan bukannya hanya mengikut 100%, akan tetapi tentulah ianya perlu dilapik dengan hujah dan fakta yang bernas dan inilah yang cuba saya sampaikan. Diharap Dr. dapat memberikan perhatian kepada apa yang telah saya sampaikan ini terutamanya mengenai riba', bagaimana kita boleh pastikan 100% bahawa kita benar-benar berjaya dunia akhirat jika kita saban masa diperangi oleh Allah & Rasul. Pengganut agama lain kaya dan berjaya kerana mereka yakin dan percaya yang mereka boleh berjaya. Jika kita yakin dan percaya maka kita juga mampu menjadi seperti mereka untuk kaya dan berjaya walaupun bergelumang dengan riba', akan tetapi adakah kita pasti kita akan berjaya di akhirat?

Insyaallah saya akan terus menjadi anak murid Dr. didalam seminar akan datang untuk berjaya dunia dan akhirat. Saranan saya kepada rakan-rakan pembaca, jika berkesempatan, sertailah seminar Dr. Azizan Osman ini kerana apa yang beliau sampaikan adalah ilmu dari ratusan buku-buku yang jika kita mahu membacanya akan memakan masa bertahun-tahun, akan tetapi Dr. telah berjaya menyampaikannya dalam masa 3-4 hari sahaja. Berada didalam kumpulan yang mempunyai "mind-set" yang sama juga mampu memberikan kita "energi" yang kuat untuk lebih bersemangat menjadi hamba Allah SW yang kaya dan berjaya. Terima kasih banyak-banyak Dr. dan insyaallah kita akan bertemu lagi.


Baca selanjutnya: http://syurgadidunia.blogspot.com/2014/07/surat-terbuka-kepada-dr-azizan.html#ixzz37Dvqvo3i

Thursday, June 26, 2014

PENCURI


Pencuri ialah mengambil harta orang lain dengan cara bersembunyi dan diambil daripada tempat pertaruhan (tempat yang layak untuk menyimpan harta itu). Mencuri itu adalah salah satu daripada dosa-dosa besar dan mewajibkan potong tangan ke atas si pencuri itu.
Sebagaimana dengan firman Allah yang bermaksud:
”Pencuri lelaki dan pencuri perempuan hendaklah kamu potong tangannya sebagai balasan pekerjaan, dari siksaan daripada Allah, Allah maha perkasa lagi maha bijaksana”
(Surah Al- Maidah ayat 38)
Sabda Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:
”Tidak dipotong tangan seseorang pencuri itu kecuali seperempat dinar atau lebih daripada nilai wang mas”
(Riwayat Bukhari Muslim)
CIRI –CIRI PERBUATAN MENCURI
1. Memindahkan secara bersembunyi harta alih dari jangkaan atau milikan tuannya.
2. Pemindahan harta itu tanpa persetujuan tuannya.
3. Pemindahan harta itu dengan niat untuk menghilangkan harta tadi dari jangkaan atau milik tuannya.
HUKUMAN HUDUD YANG WAJIB DIKENAKAN KEATAS PENCURI
1) Mengikut peruntukkan hukum syarak yang dikuatkuasakan dalam Qanun jenayah syar’iyyah, orang yang boleh didakwa dibawah kesalahan kes sariqah (mencuri) dan wajib dikenakan hukuman hudud ialah:-
i) Orang yang berakal
ii) Orang yang baligh
iii) Dengan kemahuan sendiri
2) Pencuri yang gila atau kanak-kanak atau orang yang kurang akalnya (tidak siuman) tidak wajib dikenakan hukuman hudud, sekalipun mereka itu mengambil harta atau barangan orang itu secara bersembunyi dengan tujuan untuk memiliki harta atau barangan itu. Sebagaiman Hadirh Rasulullah s.a.w. yang bermaksud:-
”Allah tidak akan menyiksa tiga golongan manusia iaitu orang yang tidur hingga ia bangun dari tidurnya, kanak-kanak hingga ia baligh dan orang gila hingga ia berakal (siuman)”
(Riwayat Ahmad, Ashabi, Sunan dan Hakam)
3) Orang yang dipaksa mencuri dengan cara kekerasan, misalnya orang yang diancam dan diugut akan dibunuh jika tidak mahu mencuri. Sebagaimana hujjah Hadith Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
”Sesungguhnya Allah menghapuskan dosa umatku yang tersalah, terlupa dan dosa mereka yang dipaksa melakukan sesuatu kesalahan”.
(Riwayat Ibnu Majah dan Baihaq’i dan Lain daripada keduanya)

4) Orang yang terpaksa mencuri disebabkan tersangat lapar (kebuluran) atau terlalu dahaga yang boleh membawa kepada maut tidak boleh juga dikenakan hukuman hudud, kerana mereka yang dalam keadaan tersebut adalah termasuk dalam darurat yang diharuskan oleh syarak melakukan perkara yang dilarang. Kes ini adalah merujuk kepada Kaedah Fiqhiyyah yang bermaksud :
” Darurat (dalam keadaan yang memaksa) diharuskan melakukan perkara yang dilarang”.
(Al- Ashbah dan An – Nazha’ir)
Dalam perkara (3) dan (4) mereka itu terlepas dari hukuman hudud, tetapi hakim boleh mengenakan hukuman takzir keatas pencuri itu mengikut kea’rifan dan kebijaksanaannya.
PENCURI YANG TIDAK BOLEH DIKENAKAN HUKUMAN KESALAHAN SARIQAH
Pencuri yang tidak boleh dikenakan hukuman kesalahan sariqah ialah :-
1) Pencurian yang dilakukan secara khianat, iaitu orang yang mengambil harta atau barangan yang diamanahkan kepadanya. Mereka yang melakukan kesalahan tersebut tidak boleh didakwa dibawah kes sariqah (mencuri) dan tidak boleh dikenakan hukuman hudud, tetapi mereka itu hendaklah didakwa di bawah kes kesalahan pecah amanah yang wajib dikenakan hukuman takzir.

2) Orang yang mengambil harta atau barangan orang lain dengan cara paksaan dan kekerasan.

3) Orang yang menyambar barangan orang lain sambil lalu, iaitu semasa berjalan atau atas kenderaan,termasuk juga penyelok saku.

4) Pencurian berlaku dimedan peperangan.

5) Mengambil buah yang tergantung di atas dahannya kerana tersangat lapar dan dahaga.
SABIT KESALAHAN MENCURI
1. Kesalahan mencuri boleh disabitkan dengan adanya salah satu dari bukti-bukti berikut:-
i) Ikrar (pengakuan)
ii) Keterangan dua orang saksi lelaki yang adil
iii) Sumpah yang mardud iaitu sumpah pencuri itu dikembalikan kepada orang yang mendakwa, jika orang yang didakwa tadi tidak mengaku, dimana mengikut keterangan orang yang mendakwa bahawa orang yang didakwa itu memang sebenarnya adalah mencuri.
2. Pencuri yang mengaku melakukan kesalahan mencuri memadai membuat pengakuan hanya sekali pengakuan sahaja dan pengakuan itu dibuat dimajlis dalam Mahkamah dihadapan hakim.
3. Untuk mempastikan kebenaran keterangan saksi-saksi bagi mensabitkan kesalahan seseorang itu mencuri, hakim hendaklah menyoal siasat saksi-saksi itu mengenai harta atau barangan yang dicuri, cara kecurian, tempat kecurian, masa kecurian dan lain-lainnya.
4. Hakim hendaklah juga menanyakan kepada saksi-saksi itu hubungan antara orang yang kena curi dangan orang yang mencuri.
PENCURI YANG DIKECUALIKAN DARII HUKUMAN HUDUD.
1) Jumlah nilai harta atau barangan yang dicuri itu kurang daripada satu perempat dinar atau tiga darham.

2) Untuk mensabitkan kesalahan mencuri itu tidak dapat dibuktikan mengikut yang dikehendaki.

3) Pencuri itu bukan orang yang mukallaf.

4) Tuan punya harta atau barang yang dicuri itu tidak menyimpan dan menjaga harta atau barangannya ditempat yang selamat daripada kena curi.

5) Pencuri itu belum lagi mendapat milik yang sepenuhnya keatas harta yang dicuri itu.

6) Harta atau barang yang dicuri itu bukan dari barangan yang berharga dan bernilai.

7) Harta atau barangan yang dicuri itu tidak memberi apa-apa faedah dan tidak bernilai mengikut hukum syarak seperti alat hiburan atau minuman yang memabukkan.

8) Pencurian yang dilakukan oleh orang yang memberi hutang ke atas harta atau barangan orang yang berhutang.

9) Pencurian yang berlaku itu dalam kedaan yang mendesak seperti didalam peperangan, dimasa sangat lapar dan dahaga.

10) Pencurian yang dilakukan oleh anak keatas harta atau barangan kepunyaan ibu bapanya hingga ke atas (datuk dan seterusnya).

11) Pencurian yang dilakukan oleh suami keatas harta atau barangan kepunyaan isterinya dan sebaliknya.

12) Pencuri itu mencuri harta atau barangan kepunyaan Baitul Mal.
HUKUMAN KERANA KESALAHAN MENCURI
Sesiapa yang melakukan kesalahan mencuri wajib dikenakan hukuman hudud sebagaimana yang dikehendaki oleh hukum syarak.
1) Mencuri kali pertama hendaklah dipotong tangan kanannya.
2) Mencuri kali yang kedua hendaklah dipotong kaki kirinya dan,
3) Mencuri kali ketiga dan berikutnya hendaklah dikenakan hukuman takzir dan dan dipenjarakan sehingga ia terbunuh.

Sunday, May 25, 2014

Keberkatan Sujud


Rahsia Sujud Di Dalam Solat (Ayuh Sebarkan!!!)
Tahukah kita solat 5 KALI sehari iaitu 17 RAKAAT telah berlaku 34 kali SUJUD. Di dalamnya terdapat 1001 hikmah yang terkandung. Antaranya:-
Seorang ahli Sains saraf otak Amerika, Dr. Fidelma O’leary mendakwa bahawa beberapa saraf di otak manusia tidak boleh dialiri oleh darah dari jantung kerana posisi jantung yang berada di dada tidak cukup kuat untuk menampung pembawaannya ke otak manusia. Padahal otak amat memerlukan oksigen dan bekalan darah yang mencukupi supaya dapat berfungsi secara normal. Beliau mengkaji dari tempoh masa yang lama untuk mencari jawapan. Dikaji dengan lebih serius akhirnya dia perolehi jawapan bahawa darah akan mengalir setiap inci ke otak manusia secara sempurna ketika seseorang itu melakukan sujud seperti yang dilakukan oleh orang-orang Islam dalam solat. Bila perkara ini berlaku,maka otak dapat bekalan darah dan oksigen yang mencukupi lalu dapatlah menghindarkan pelbagai jenis penyakit seperti stress, migraine, stroke , menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh). Juga boleh membaiki posisi anak dalam kandungan rahim…dll.
Paling HEBAT lagi maka dia memeluk Islam…hebat tak kuasa SUJUD?
Sebenarnya:-
1. SUJUD PERTAMA tanda TAAT (PERINTAH ALLAH)
2. SUJUD KEDUA tanda SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH)

Dalam khutbah Ramadhan Nabi s.a.w bersabda:,
Punggung-punggung kalian sudah berat menanggung dosa-dosa kalian. Ringankan lah beban kalian dengan memperbanyakkan sujud.
“Hendaklah kamu bersujud kepada Allah kerana sungguh tiada sekali engkau bersujud melainkan dengannya Allah mengangkat satu darjat dan menghapuskan satu dosa (kesalahan) darimu” ,(HR Muslim)
Firman Allah SWT yang bermaksud:-
” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar” (Surah Al-Ankabut ayat:45)
Dari Sudut Tasawuf
Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”.
Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:-“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah
( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani).
Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).
Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah, mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu.
Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat.
Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”.
P/S: Islam itu kan indah.. solat itu sempurnakan dan berikan kebaikan kepada Hambanya zahir dan batin. Bila kita sempurnakan hak Allah (solat) , Dia akan menyempurnakan hak kita sebagai hamba (hikmah dan kebaikan ) Konsep GIVE AND TAKE…

Tuesday, May 13, 2014

40 Tahun

BERHATI HATI DIUSIA 40TAHUN
Ramai tidak sedar dalam al-Quran ada menyentuh tentang usia ini. Tentu ada yang sangat penting, perlu diperhatikan dan diambil serius akan perkara ini. Allah swt. berfirman,
حَتَّى إَذَا بَلَغَ أَشُدَّهُ وَبَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً قَالَ رَبِّ أَوْزِعْنِى أَنْ أَشْكُرَ نِعْمَتَكَ الَّتِى أَنْعَمْتَ عَلَيَّ وَعَلَى وَالِدَيَّ وَأَنْ أَعْمَلَ صَالِحًا تَرْضَاهُ وَأَصْلِحْ لِى فِى ذُرِّيَّتِى إِنِّى تُبْتُ إِلَيْكَ وَإِنِّى مِنَ الْمُسْلِمِيْنَ
"Apabila dia telah dewasa dan usianya sampai empat puluh tahun, ia berdoa, “Ya Tuhanku, tunjukkanlah aku jalan untuk mensyukuri nikmat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang muslim.” (al-Ahqaf: 15)
Usia 40 tahun disebut dengan jelas dalam ayat ini. Pada usia inilah manusia mencapai puncak kehidupannya baik dari segi fizikal, intelektual, emosi, mahupun spiritualnya. Benar-benar telah meninggalkan usia mudanya dan melangkah ke usia dewasa yang sebenar.
Doa yang terdapat dalam ayat tersebut dianjurkan untuk dibaca oleh mereka yang berusia 40 tahun dan ke atas. Di dalamnya terkandung penghuraian yang jelas bahawa mereka; telah menerima nikmat yang sempurna, kecenderungan untuk beramal yang positif, telah mempunyai keluarga yang harmoni, kecenderungan untuk bertaubat dan kembali kepada Allah
Pada ayat yang lain, firman Allah;
أَوَلَمْ نُعَمِّرْكُمْ مَا يَتَذَكَّرُ فِيْهِ مَنْ تَذَكَّرَ وَجَاءَكُمُ النَّذِيْرُ
Apakah Kami tidak memanjangkan umurmu dalam tempoh yang cukup untuk berfikir bagi orang-orang yang mahu berfikir, dan (apakah tidak) datang kepadamu pemberi peringatan? (al-Fathir: 37)
Menurut Ibnu Abbas, Hasan al-Bashri, al-Kalbi, Wahab bin Munabbih, dan Masruq, yang dimaksud dengan “umur panjang dalam tempoh yang cukup untuk berfikir” dalam ayat tersebut tidak lain adalah ketika berusia 40 tahun.
Menurut Ibn Kathir, ayat ini memberikan petunjuk bahawa manusia apabila menjelang usia 40 tahun hendaklah memperbaharui taubat dan kembali kepada Allah dengan bersungguh2.
Apabila itu berlaku menjelang usia 40 tahun, maka Allah memberikan janjiNya dalam ayat selepas itu: (maksudnya) Kematangan.
Usia 40 tahun adalah usia matang untuk kita bersungguh-sungguh dalam hidup. Mengumpulkan pengalaman, menajamkan hikmah dan kebijaksanaan, membuang kejahilan ketika usia muda, lebih berhati-hati, melihat sesuatu dengan hikmah dan penuh penelitian. Maka tidak hairan tokoh-tokoh pemimpin muncul secara matang pada usia ini. Bahkan Nabi s.a.w, seperti yang disebut oleh Ibn ‘Abbas:
“Dibangkitkan Rasulullah s.a.w pada usia 40 tahun” (riwayat al-Bukhari).
Nabi Muhammad saw. diutus menjadi nabi tepat pada usia 40 tahun. Begitu juga dengan nabi2 yang lain, kecuali Nabi Isa as. dan Nabi Yahya as.
Banyak negara menetapkan untuk menduduki jabatan2 elit seperti ketua negara, disyaratkan bakal calon harus telah berusia 40 tahun. Masyarakat sendiri mengakui prestasi seseorang mantap tatkala orang itu telah berusia 40 tahun. Soekarno menjadi presiden pada usia 44 tahun. Soeharto menjadi presiden pada umur 46 tahun. J.F. Kennedy 44 tahun. Bill Clinton 46 tahun. Paul Keating 47 tahun. Sementara Tony Blair 44 tahun.
Mengapa umur 40 tahun begitu penting.
Menurut Ibnu Qayyim Al-Jauziyah usia manusia diklasifikasikan menjadi 4 (empat) period, iaitu
1. Kanak-kanak ( sejak lahir hingga akil baligh )
2. Muda atau syabab ( sejak akil baligh hingga 40 tahun )
3. Dewasa ( 40 tahun hingga 60 tahun )
4. Tua atau syaikhukhah ( 60 tahun hingga mati )
Usia 40 tahun adalah usia ketika manusia benar-benar meninggalkan masa mudanya dan beralih kepada masa dewasa penuh. Kenyataan yang paling menarik pada usia 40 tahun ini adalah meningkatnya minat seseorang terhadap agama sedangkan semasa mudanya jauh sekali dengan agama. Seolah-olah macam satu fitrah di usia ini ramai yang mula menutup aurat dan mendekati kuliah-kuliah agama.
Salah satu keistimewaan usia 40 tahun tercermin dari sabda Rasulullah saw.,
لعَبْدُ الْمُسْلِمُ إِذَا بَلَغَ أَرْبَعِيْنَ سَنَةً خَفَّفَ اللهُ تَعَالَى حِسَابَهُ ، وَإِذَا بَلَغَ سِتِّيْنَ سَنَةً رَزَقَهُ اللهُ تَعَالَى الْإِنَابَةَ إِلَيْهِ ، وَإِذَا بَلَغَ سَبْعِيْنَ سَنَةً أَحَبَّهُ أَهْلُ السَّمَاءِ ، وَإِذَا بَلَغَ ثَمَانِيْنَ سَنَةً ثَبَّتَ اللهُ تَعَالَى حَسَنَاتِهِ وَمَحَا سَيِّئَاتِهِ ، وَإِذَا بَلَغَ تِسْعِيْنَ سَنَةً غَفَرَ اللهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ وَمَا تَأَخَّرَ وَشَفَّعَهُ اللهُ تَعَالَى فِى أَهْلِ بَيْتِهِ ، وَكَتَبَ فِى السَّمَاءِ أَسِيْرَ اللهِ فِى أَرْضِهِ – رواه الإمام أحمد
"Seorang hamba muslim bila usianya mencapai 40 tahun, Allah akan meringankan hisabnya (perhitungan amalnya). Jika usianya mencapai 60 tahun, Allah akan memberikan anugerah berupa kemampuan kembali (bertaubat) kepadaNya. Bila usianya mencapai 70 tahun, para penduduk langit (malaikat) akan mencintainya. Jika usianya mencapai 80 tahun, Allah akan menetapkan amal kebaikannya dan menghapus amal keburukannya. Dan bila usianya mencapai 90 puluh tahun, Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang dahulu, Allah juga akan memberikan pertolongan kepada anggota keluarganya, serta Allah akan mencatatnya sebagai tawanan Allah di bumi. (riwayat Ahmad)
Hadis ini menyebut usia 40 tahun paling awal memiliki komitmen terhadap penghambaan kepada Allah swt. sekaligus konsisten terhadap Islam, maka Allah swt. akan meringankan hisabnya. Orang yang usianya mencapai 40 tahun mendapatkan keistimewaan berupa hisabnya diringankan. Tetapi umur 40 tahun merupakan saat harus berhati2 juga. Ibarat waktu, orang yang berumur 40 tahun mungkin sudah masuk senja. Abdullah bin Abbas ra. dalam suatu riwayat berkata, “Barangsiapa mencapai usia 40 tahun dan amal kebajikannya tidak mantap dan tidak dpt mengalahkan amal keburukannya, maka hendaklah ia bersiap-siap ke neraka.”
Imam asy-Syafi’i tatkala mencapai usia 40 tahun, beliau berjalan sambil memakai tongkat. Jika ditanya, jawab beliau, “Agar aku ingat bahwa aku adalah musafir. Demi Allah, aku melihat diriku sekarang ini seperti seekor burung yang dipenjara di dalam sangkar. Lalu burung itu lepas di udara, kecuali telapak kakinya saja yang masih tertambat dalam sangkar. Komitmenku sekarang seperti itu juga. Aku tidak memiliki sisa2 syahwat untuk menetap tinggal di dunia. Aku tidak berkenan sahabat-sahabatku memberiku sedikit pun sedekah dari dunia. Aku juga tidak berkenan mereka mengingatkanku sedikit pun tentang hiruk pikuk dunia, kecuali hal yang menurut syara’ lazim bagiku. Di antara aku dan dia ada Allah.”
Lantas, apa yang harus kita lakukan menginjak usia 40 tahun?
1. Meneguhkan tujuan hidup
2. Meningkatkan daya spiritual
3. Menjadikan uban sebagai peringatan
4. Memperbanyak bersyukur
5. Menjaga makan dan tidur
6. Menjaga istiqamah dalam ibadah.
Jika ada yang mengatakan bahawa: Life began at forty, saya cenderung berpendapat kehidupan yang dimaksudkan ialah kehidupan terarah kepada mendekatkan diri kepada penciptaNya dengan sebenar-benarnya. Tetapi satu perkara yang kita harus sentiasa sedar bahawa kematian memanggil kita bila-bila masa tanpa tanda, tanpa alamat dan tanpa mengira usia. Jika kita beranggapan harus menunggu usia 40 tahun untuk baru memulakan kehidupan yang dimaksudkan di atas, maka rugi dan sia-sia lah hidup kita jika umur kita tidak panjang.
Maksud sabda Nabi Muhammad S.A.W ," Orang yang bijak adalah orang yang selalu mengingati mati".
Ramai manusia tertipu dengan keindahan dunia dan isinya yang bersifat sementara. Sejak Nabi Adam as. sehingga kini, kesemuanya telah kembali kepada Allah swt. tidak kira kaya atau miskin, berpangkat atau tidak. Mengingati mati bukan bermakna kita akan gagal di dunia tetapi dengan mengingati mati kita akan menjadi insan yang berjaya di dunia dan di akhirat. janganlah menunggu sehingga esok untuk membuat persediaan menghadapi kematian, kerana mati boleh datang pada bila-bila masa..