25/9/2010 (Jumaat) 10.00 malam
Kerja-kerja mencuci jalan dilakukan oleh kontraktor dilantik. Esoknya akan ada 71 buah bas membawa peserta GWGF. Alhamdulillah , kurang la licin jalan ni. Jalan ni memang kena cuci selalu. Sebulan sekali ke
Artikel yang terdapat dalam blog ini bukan karya asli, ianya cuma himpunan daripada forum dan pendapat oleh umum, disebabkan ianya menarik, maka saya pun kumpulkan dan di blogkan, kepada sesiapa yang mengaku itu adalah karya beliau, saya ucap terima kasih banyak-banyak, kalau tak suka boleh bagi komen, nanti saya padamkan, harap maklum
Saturday, September 25, 2010
Sunday, September 19, 2010
Selamat Hari Raya
Maaf Zahir dan Batin
Tiada kemalangan sepanjang musim perayaan ini. Nampaknya kesedaran pengguna jalanraya juga telah meningkat. Hujan pun turun pada hari raya pertama sahaja. Sampai hari ini, kalau hujan pun renyai-renyai sahaja

Friday, September 10, 2010
Selamat Hari Raya Aidil Fitri
Keadaan jalan agak selamat walaupun hari hujan. Pihak pengurusan kilang meletakkan pasir dijalan sehari sebelum hari raya. Terima kasih kepada pihak berkenaan.
Friday, August 27, 2010
Treler ... oh treler
Monday, August 23, 2010
Sebuah Lori Tipper, Kembara dan Toyota Hilux
Thursday, August 19, 2010
Kawasan Jalan Licin Semakin Bertambah
Setiap hari jalan yang dikategorikan berminyak semakin bertambah. Merebak sehingga ke jalan utama. Kenderaan penduduk yang melalui jalan ini juga perlu kerap dicuci kerana kotoran minyak yang terpercik ke kereta.
Sunday, August 15, 2010
Petikan Akhbar Berita Harian 4/7/2010
KOTA TINGGI: Masalah permukaan jalan licin dan berminyak di Felda Semenchu di sini, didakwa terus berulang walaupun jalan sepanjang tiga kilometer di kampung berkenaan sudah diturap oleh Jabatan Kerja Raya (JKR), beberapa bulan lalu.
Penduduk Felda berkenaan mendakwa masalah yang berlarutan sejak bertahun lalu berpunca daripada kegiatan lori pengangkut buah sawit yang keluar dari kilang sawit di tanah rancangan itu tidak dibersihkan sehingga menyebabkan jalan berminyak dan licin.
Ketua Kampung Felda Semenchu, Omar Dean, 60, berkata pihaknya percaya masalah itu berpunca daripada buah sawit yang diturunkan ke kilang itu terlerai jatuh ke permukaan jalan sebelum dilanggar tayar lori yang kemudian keluar semula ke jalan utama hingga mengakibatkan permukaan jalan raya disaluti lapisan minyak.
“Masalah berkenaan menyebabkan kerugian harta benda dan mengancam keselamatan pengguna jalan raya. Ia semakin ketara sejak setahun lalu terutama ketika hujan hingga menyebabkan banyak kenderaan hilang kawalan dan menyebabkan kemalangan.
“Sebelum ini, kereta dipandu seorang guru wanita terbabas dan nyaris jatuh gaung, penunggang motosikal cedera akibat terjatuh dan kereta dilanggar dari belakang oleh sebuah lori apabila hilang kawalan akibat permukaan jalan licin.
“Ia semua berlaku kerana lapisan minyak di permukaan jalan yang dikesan berpunca dari kilang sawit yang beroperasi di tanah rancangan ini,” katanya ketika ditemui bersama Ahli Jawatankuasa (AJK) Umno bahagian Pengerang, Mohd Nazar Toganis, Abd Karim Ghani dan Yaakub Ishak meninjau keadaan persimpangan jalan utama ke kilang sawit di situ.
Omar berkata, masalah jalan licin dan berminyak itu sering dibangkitkan dalam mesyuarat Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKP) dengan pihaknya turut membawa masalah berkenaan ke pengetahuan pihak berwajib.
Katanya, sebagai penyelesaian awal, JKR sudah menurap jalan berkenaan sejauh tiga kilometer beberapa bulan lalu dan masalah itu dapat diatasi buat sementara.
“Bagaimanapun, selepas beberapa lama, lapisan minyak kembali meliputi permukaan jalan menyebabkan masalah jalan licin itu berulang semula.
“Namun, penduduk juga berterima kasih kepada pengurusan kilang itu yang mengambil inisiatif memasang papan tanda amaran permukaan jalan licin di jalan utama itu,” katanya sambil mendakwa penduduk kini terpaksa memandu berhati-hati ketika melalui Kilometer 2 dan jalan masuk utama ke Felda Semenchu.
Selain itu, mereka yang hadir dalam tinjauan berkenaan bersependapat pihak pengurusan kilang perlu mengambil langkah memastikan roda lori dibersihkan daripada kesan minyak sawit terlebih dulu sebelum keluar ke jalan utama atau jalan keluar kilang itu ditabur habuk batu kuari untuk menyerap minyak.

Subscribe to:
Posts (Atom)