kereta canggih dan mahal-mahal (prasarana)
bawa kereta sambil wassap (tak pakai otak)
bila kena hon, maki kita balik (tingkah laku out)
menegur jangan sampai menghina
mendidik jangan sampai memaki
meminta jangan sampai memaksa
memberi jangan sampai mengungkit
barang siapa menempuh suatu jalan untuk mencari ilmu
nescaya dimudahkan oleh Allah baginya jalan menuju Syurga
Hadis Riwayat Muslim
Artikel yang terdapat dalam blog ini bukan karya asli, ianya cuma himpunan daripada forum dan pendapat oleh umum, disebabkan ianya menarik, maka saya pun kumpulkan dan di blogkan, kepada sesiapa yang mengaku itu adalah karya beliau, saya ucap terima kasih banyak-banyak, kalau tak suka boleh bagi komen, nanti saya padamkan, harap maklum
Sunday, August 31, 2014
Wednesday, August 20, 2014
.... bila Tun Mahathir dah bersuara ...
MENEGUR
Aug 18th, 2014 @ 10:54 am › chedet
1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.
2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.
3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.
4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.
5 Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.
6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.
7. Jawab mereka, “Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”
8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.
9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.
Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.
Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.
10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.
11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.
11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.
12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”
13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.
14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.
15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut disini:
“Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
“Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”
“Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
“Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”
16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.
17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.
18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.
19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.
20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.
21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.
22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.
23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.
24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.
25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.
26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.
27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.
28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.
29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.
30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.
30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.
31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.
32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.
33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.
34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya.
Wednesday, August 13, 2014
10 Strategi Tak Terkalah Untuk Berhenti Merokok
Jadi dalam entri kali ini, hasil daripada pengkajian, saya nak kongsikan dengan pembaca 10 strategi tak terkalah yang boleh membantu anda untuk berhenti merokok:
- Lengah-lengahkanDalam banyak-banyak perkara yang kita suka lengahkan, apakata anda lengah-lengahkan untuk merokok. Ini lengah yang berfaedah. Kalau terasa nak pekena satu batang lagi rokok, cuba lengahkannya 10 minit. Cubalah untuk buat-buat sibuk dengan kerja lain seperti pi minum kopi dulu ker, pi tolong isteri sidai baju dulu ker atau apa-apa sahaja yang boleh mengalihkan perhatian anda pada merokok. Cuba ulangi cara ini selalu setiap kali terasa nak merokok.
- Jangan terpedaya dengan idea "Cukuplah sebatang"Jangan dilayan atau terpedaya dengan "Cukuplah sebatang". Kalau dah terfikir dan berkeinginan nak berhenti merokok, tak payahlah dihisap langsung walaupun sebatang. Ini kerana dengan sebatang rokok itulah ia akan melarat menjadi berbatang-batang rokok sehingga habis sekotak!
- Kenal pasti punca merokokCuba fikirkan apakah punca yang menyebabkan anda berkeinginan untuk merokok. Adakah sebab stress? sebab nak sama standard seperti kawan-kawan? sebab melepak ramai-ramai dengan kawan yang kaki merokok? Lepas dah kenal pasti tu, cuba hindari perkara-perkara itu, contohnya seperti elakkan berkumpul bersama rakan-rakan yang kaki merokok atau kalau sebab stress uruskan stress dengan cara yang betul.
- BersenamCara ini antara cara yang paling berkesan untuk mengelak daripada merokok. Cuba lakukan sekurang-kurangnya selama 30 minit setiap hari. Dan sekiranya anda tak sempat sebab berada di pejabat, cuba lakukan senaman ringan seperti push-up atau berlari-lari anak ataupun naik tangga. Selain itu anda juga boleh perbanyakkan amalan solat sunat dan membaca Al-Quran. Dan mintalah dengan cara berdoa kepada Allah agar diberi kekuatan untuk tidak merokok.
- Atasi Stress dengan Menenangkan Diri / RelaxStress adalah antara punca utama merokok. Jadi, untuk mengatasi stress, cubalah bertenang, ambil air wuduk dan bersolat sunat. Setiap kali rasa stress juga, anda boleh guna teknik pernafasan dengan cara: Tarik nafas tahan selama 4 saat kemudian hembus nafas keluar selama 8 saat. Ulanginya sehingga anda rasa relax.
- Libatkan ahli keluarga dan rakan-rakanNyatakan hasrat anda untuk berhenti merokok pada ahli keluarga atau rakan rapat anda. Sekiranya anda terasa nak merokok lagi, cuba beritahu mereka hasrat anda yang hendak berhenti merokok lagi, InsyaAllah mereka akan menyokong anda dan akan mengingatkan pada anda niat anda itu. Paling baik, beritahu pada isteri kesayangan anda. Sudah pasti isteri anda akan sokong niat anda itu 200%. Tak caya, try!
- Senaraikan Kebaikan Jika Anda Tidak MerokokCuba senaraikan pelbagai jenis kebaikan buat anda dan ahli keluarga anda sekiranya anda berjaya berhenti merokok. Contohnya seperti isteri semakinsayang, isteri dan anak-anak akan lebih sihat kerana tidak terdedah dengan asap rokok, nafas anda tidak lagi berbau busuk, dapat mengelakkan pembaziran wang, dan yang paling utama anda akan lebih sihat dan bertenaga dengan tidak merokok. Buatkan senarai dan sebutkan agar keazaman anda untuk berhenti merokok sentiasa kuat dan kental.
- Rajin-rajin onlinePerbanyakkan membaca kisah-kisah inspirasi mereka yang sudah berjaya berhenti merokok. Ambil pengajaran daripada mereka dan pelajari apakah strategi-strategi yang mereka gunakan untuk berhenti merokok. Zaman sekarang nie tak susah nak cari info, segalanya dihujung jari sahaja. Google jer, pasti jumpa.
- MengunyahKalau terasa nak merokok, mengunyah adalah cara berhenti merokok yang paling sempoi. Anda boleh cari makanan yang menyihatkan yang boleh dikunyah, contohnya seperti kacang atau biskut. Nak kunyah chewing gum atau gula-gula getah pun boleh juga, tapi pastikan yang kurang manis.
- Guna Alat Bantuan Yang Terbukti BerkesanSekarang ini ada pelbagai produk di pasaran yang dicipta untuk membantu mereka yang ingin berhenti merokok. Contohnya sepeti nikotin tablet, nikotin patches dan nikotin chewing gum yang boleh mengurangkan ketagihan melampau ke atas nikotin rokok. Untuk lebih efektif lagi saya mencadangkan anda untuk mencuba Vivix yang merupakan tonik yang terbukti berkesan dalam membantu sesiapa sahaja untuk berhenti merokokwalau setegar mana pun perokok berkenaan.
Saturday, August 9, 2014
15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.
Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : “Tahukah engkau siapakah orang yang mandul.” Berkata para sahabat : “Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak.” Lalu Rasulullah SAW berkata : “Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia.” – (Maksud Al-Hadith )
1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa
Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali ‘Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)
Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.
2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.
3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.
4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.
5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani
6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra’ bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra’ : “Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka.” Rasulullah melihat kepada Aqra’ kemudian berkata : “Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi.”-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)
7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.
8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.
9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.
10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.
11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama’ dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.
12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.
13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.
14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.
15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
Sumber : Darulharis
Thursday, August 7, 2014
10 Silap Besar Isteri Terhadap Suami
Rumahtangga adalah satu bentuk hubungan mesra diantara seorang lelaki dan wanita sebagai suami dan isteri dalam perjalanan menuju kebahagiaan dalam kehidupan dan untuk mendapatkan redha Allah.
Tetapi ramai yang tidak menyedari akan beberapa perkara yang merupakan satu kesilapan besar dilakukan oleh isteri terhadap suami mereka.
1. Menuntut keluarga yang ideal dan sempurna
Sebelum menikah, seorang wanita membayangkan pernikahan yang begitu indah, kehidupan yang sangat romantis sebagaimana ia baca dalam novel mahupun ia saksikan dalam drama sinetron.
Ia memiliki gambaran yang sangat ideal dari sebuah pernikahan. Segala masalah dalam perkahwinan seperti perselisihan pendapat, masalah kewangan, dan masalah anak-anak seolah-olah tidak difikirkannya.
Ia hanya membayangkan yang indah-indah dan seronok dalam sebuah perkahwinan.
Akhirnya, ketika ia menghadapi semua itu, ia tidak bersedia. Ia tidak mampu menerima keadaan itu, dan selalu menuntut suaminya agar keluarga yang mereka bina sesuai dengan gambaran ideal yang senantiasa diimpikan sejak muda.
Seorang wanita yang hendak menikah, alangkah baiknya jika ia melihat suasana perkawinan dengan pemahaman yang lebih terperinci, beserta masalah yang ada di dalamnya.
2. Nusyus (tidak taat kepada suami)
Nusyus adalah sikap membangkang, tidak patuh dan tidak taat kepada suami. Wanita yang melakukan nusyus adalah wanita yang melawan suami, melanggar perintahnya, tidak taat kepadanya, dan tidak ridha pada kedudukan yang Allah Subhanahu wa Ta’ala telah tetapkan untuknya.
Nusyus memiliki beberapa bentuk, diantaranya adalah:
- Menolak ajakan suami ketika mengajaknya ke tempat tidur, dengan terang-terangan maupun secara samar.
- Mengkhianati suami, misalnya dengan menjalin hubungan gelap dengan lelaki lain.
- Memasukkan seseorang yang tidak disenangi suami ke dalam rumah tanpa izin.
- Lalai dalam melayani suami
- Membazir dan membelanjakan wang pada yang bukan tempatnya
- Menyakiti suami dengan tutur kata yang buruk, mencela, dan mengejeknya
- Keluar rumah tanpa izin suami
- Menyebarkan dan mencela rahsia-rahsia suami.
- Mengkhianati suami, misalnya dengan menjalin hubungan gelap dengan lelaki lain.
- Memasukkan seseorang yang tidak disenangi suami ke dalam rumah tanpa izin.
- Lalai dalam melayani suami
- Membazir dan membelanjakan wang pada yang bukan tempatnya
- Menyakiti suami dengan tutur kata yang buruk, mencela, dan mengejeknya
- Keluar rumah tanpa izin suami
- Menyebarkan dan mencela rahsia-rahsia suami.
Seorang isteri solehah akan senantiasa menempatkan ketaatan kepada suami di atas segala-galanya. Tentu saja bukan ketaatan dalam kedurhakaan kepada Allah, kerana tidak ada ketaatan dalam maksiat kepada Allah Subhanahu wa Ta’ala. Ia akan taat walau dalam situasi apapun, senang mahupun susah, suka ataupun duka.
Ketaatan isteri seperti ini sangat besar pengaruhnya dalam menumbuhkan cinta dan memelihara kesetiaan suami.
3. Tidak menyukai keluarga suami
Terkadang seorang isteri menginginkan agar seluruh perhatian dan kasih sayang sang suami hanya tercurah pada dirinya. Tak boleh sedikit pun waktu dan perhatian diberikan kepada selainnya. Termasuk juga kepada orang tua suami.
Padahal, di satu sisi, suami harus berbakti dan memuliakan orang tuanya, terlebih ibunya.
Salah satu bentuknya adalah cemburu terhadap ibu mertuanya.
Salah satu bentuknya adalah cemburu terhadap ibu mertuanya.
Ia menganggap ibu mertua sebagai pesaing utama dalam mendapatkan cinta, perhatian, dan kasih sayang suami. Terkadang, sebahagian isteri berani menghina dan merendahkan orang tua suami, bahkan ia tak jarang berusaha merayu suami untuk berbuat durhaka kepada orang tuanya.
Terkadang isteri sengaja mencari-cari kesalahan dan kelemahan orang tua dan keluarga suami, atau membesar-besarkan suatu masalah, bahkan tak segan untuk memfitnah keluarga suami.
Ada juga seorang isteri yang menuntut suaminya agar lebih menyukai keluarga isteri, ia berusaha menjauhkan suami dari keluarganya dengan berbagai cara.
Ikatan pernikahan bukan hanya menyatukan dua insan dalam sebuah perkahwinan, namun juga ‘pernikahan antara keluarga’. Kedua orang tua suami adalah orang tua isteri, keluarga suami adalah keluarga isteri, demikian sebaliknya. Menjalin hubungan baik dengan keluarga suami merupakan salah satu keharmonian keluarga. Suami akan merasa tenang dan bahagia jika isterinya mampu meletakkan dirinya dalam kelurga suami. Hal ini akan menambah cinta dan kasih sayang suami.
4. Tidak menjaga penampilan
Terkadang, seorang isteri berhias, berdandan, dan mengenakan pakaian yang indah hanya ketika ia keluar rumah, ketika hendak menghadiri undangan, ke pejabat, mengunjungi saudara maupun teman-temannya, pergi ke tempat perbelanjaan, atau ketika ada acara lainnya di luar rumah.
Keadaan ini sungguh berbalik ketika ia di depan suaminya. Ia tidak peduli dengan tubuhnya yang kotor, cukup hanya mengenakan pakaian seadanya: terkadang kotor, lusuh, dan berbau, rambutnya kusut masai, ia juga hanya mencukupkan dengan aroma dapur yang menyengat.
Jika keadaan ini terus menerus dipelihara oleh isteri, jangan hairan jika suami tidak balik di rumah, ia lebih suka menghabiskan waktunya di luar rumah. Semestinya, berhiasnya dia lebih ditujukan kepada suami. Janganlah keindahan yang telah dianugerahkan oleh Allah diberikan kepada orang lain, padahal suami nya di rumah lebih berhak untuk itu.
5. Kurang berterima kasih
Tidak jarang, seorang suami tidak mampu memenuhi keinginan si isteri. Apa yang diberikan suami jauh dari apa yang ia harapkan. Ia tidak puas dengan apa yang diberikan suami, meskipun suaminya sudah berusaha secara sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan keluarga dan keinginan-keinginan isterinya.
Tidak jarang, seorang suami tidak mampu memenuhi keinginan si isteri. Apa yang diberikan suami jauh dari apa yang ia harapkan. Ia tidak puas dengan apa yang diberikan suami, meskipun suaminya sudah berusaha secara sebaik mungkin untuk memenuhi keperluan keluarga dan keinginan-keinginan isterinya.
Isteri kurang bahkan tidak memiliki rasa terima kasih kepada suaminya. Ia tidak bersyukur atas kurnia Allah yang diberikan kepadanya melalui suaminya. Ia senantiasa merasa sempit dan kekurangan. Sifat bersyukur dan redha terhadap apa yang diberikan Allah kepadanya sangat jauh dari dirinya.
Seorang isteri yang solehah tentunya mampu memahami tahap kemampuan suami. Ia tidak akan membebani suami dengan sesuatu yang tidak mampu dilakukan suami. Ia akan berterima kasih dan mensyukuri apa yang telah diberikan suami. Ia bersyukur atas nikmat yang dikurniakan Allah kepadanya, dengan bersyukur, insya Allah, nikmat Allah akan bertambah.
“Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih.”
6. Mengingkari kebaikan suami
“Wanita merupakan kebanyakan penduduk neraka.”
Demikian disampaikan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam setelah solat gerhana ketika terjadi gerhana matahari.
Ajaib !! wanita sangat dimuliakan di mata Islam, bahkan seorang ibu memperoleh hak untuk dihormati tiga kali lebih besar berbandingayah. Seseorang yang dimuliakan, namun malah menjadi penghuni kebanyakan neraka. Bagaimana ini terjadi?
“Kerana kekufuran mereka,” jawab Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam ketika para sabahat bertanya mengapa hal itu boleh terjadi. Apakah mereka mengingkari Allah?
Bukan, mereka tidak mengingkari Allah, tapi mereka mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah diperbuat suaminya. Andaikata seorang suami berbuat kebaikan sepanjang masa, kemudian seorang isteri melihat sesuatu yang tidak disenanginya dari seorang suami, maka si isteri akan mengatakan bahwa ia tidak melihat kebaikan sedikitpun dari suaminya. Demikian penjelasan Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam dalam hadits yang diriwayatkan Bukhari (5197).
Mengingkari suami dan kebaikan-kebaikan yang telah dilakukan suami!!
Inilah penyebab banyaknya kaum wanita berada di dalam neraka. Mari kita lihat diri setiap kita, kita saling mengingati, apa dan bagaimana yang telah kita lakukan kepada suami-suami kita?
Jika kita terbebas dari yang demikian, alhamdulillah. Itulah yang kita harapkan. Berita gembira untukmu wahai saudariku.
Namun jika tidak, kita (sering) mengingkari suami, mengingkari kebaikan-kebaikannya, maka berhati-hatilah dengan apa yang telah disabdakan oleh Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam. Bertaubat, satu-satunya pilihan utuk terhindar dari pedihnya siksa neraka. Selama matahari belum terbit dari barat, atau nafas telah ada di kerongkong, masih ada waktu untuk bertaubat. Tapi mengapa mesti nanti? Mengapa mesti menunggu sakaratul maut?
Janganlah engkau katakan besok dan besok wahai saudariku; kejarlah ajalmu, bukankah engkau tidak tahu bila engkau akan menemui Robb mu?
“Tidaklah seorang isteri yang menyakiti suaminya di dunia, melainkan isterinya (di akhirat kelak): bidadari yang menjadi pasangan suaminya (berkata): “Jangan engkau menyakitinya, kelak kamu dimurkai Allah, seorang suami bagimu hanyalah seorang tamu yang bolah segera berpisah dengan kamu menuju kami.” (HR. At Tirmidzi, hasan)
Wahai saudariku, mari kita lihat, apa yang telah kita lakukan selama ini, jangan pernah bosan dan henti untuk muhasabah diri, jangan sampai apa yang kita lakukan tanpa kita sedari membawa kita kepada neraka, yang kedahsyatannya tentu sudah Engkau ketahui.
Jika suatu saat, muncul sesuatu yang tidak kita sukai dari suami; janganlah kita mengingkari dan melupakan semua kebaikan yang telah suami kita lakukan.
“Maka lihatlah kedudukanmu di sisinya. Sesungguhnya suamimu adalah syurga dan nerakamu.” (HR.Ahmad)
7. Mengungkit-ungkit kebaikan
Setiap orang tentunya memiliki kebaikan, tak terkecuali seorang isteri. Yang jadi masalah adalah jika seorang isteri menyebut kebaikan-kebaikannya di depan suami dalam rangka mengungkit-ungkit kebaikannya semata.
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” [Al Baqarah: 264]
“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si penerima).” [Al Baqarah: 264]
Abu Dzar radhiyallahu ‘Anhu meriwayatkan, bahwasanya Nabi Shallallahu ‘Alaihi wa Sallam bersabda, “Ada tiga kelompok manusia dimana Allah tidak akan berbicara dan tak akan memandang mereka pada hari kiamat. Dia tidak mensucikan mereka dan untuk mereka adzab yang pedih.”
Abu Dzar radhiyallahu ‘anhu berkata, “Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam mengatakannya sebanyak tiga kali.” Lalu Abu Dzar bertanya, “Siapakah mereka yang rugi itu, wahai Rasulullah?” Beliau menjawab, “Orang yang menjulurkan kain sarungnya ke bawah mata kaki (isbal), orang yang suka mengungkit-ungkit kebaikannya dan orang yang suka bersumpah palsu ketika menjual. ” [HR. Muslim]
8. Sibuk di luar rumah
Seorang isteri terkadang memiliki banyak kesibukan di luar rumah. Kesibukan ini tidak ada salahnya, asalkan mendapat izin suami dan tidak sampai mengabaikan tugas dan tanggung jawabnya.
Jangan sampai aktivit tersebut melalaikan tanggung jawab nya sebagai seorang isteri. Jangan sampai amanah yang sudah dipikulnya diabaikan.
Ketika suami pulang dari mencari nafkah, ia mendapati rumah belum beres, pakaian belum dicuci, hidangan belum siap, anak-anak belum mandi, dan lain sebagainya. Jika hal ini terjadi terus menerus, boleh jadi suami tidak balik di rumah, ia lebih suka menghabiskan waktunya di luar atau di pejabat.
9. Cemburu buta
Cemburu merupakan tabiat wanita, ia merupakan suatu ekspresi cinta. Dalam batas-batas tertentu, dapat dikatakan wajar bila seorang isteri merasa cemburu dan memendam rasa curiga kepada suami yang jarang berada di rumah. Namun jika rasa cemburu ini berlebihan, melampaui batas, tidak meunasabah dan hanya berasal dari sangkaan buruk; maka rasa cemburu ini dapat berubah menjadi cemburu yang tercela.
Cemburu yang disyariatkan adalah cemburunya isteri terhadap suami kerana kemaksiatan yang dilakukannya, misalnya: berzina, mengurangi hak-hak nya, menzaliminya, atau lebih mendahulukan isteri lain berbanding dirinya. Jika terdapat tanda-tanda yang membenarkan hal ini, maka ini adalah cemburu yang terpuji. Jika hanya dugaan belaka tanpa fakta dan bukti, maka ini adalah cemburu yang tercela.
Jika kecurigaan isteri berlebihan, tidak berdasar pada fakta dan bukti, cemburu buta, hal ini tentunya akan mengundang kekesalan dan buruk sangka suami. Ia tidak akan pernah merasa aman ketika ada di rumah. Bahkan, kemungkinan, si suami akan melakukan atau mengambil kesempatan seperti mana sangkaan isteri terhadapnya.
10. Kurang menjaga perasaan suami
Kepekaan suami mahupun isteri terhadap perasaan pasangannya sangat diperlukan untuk menghindari terjadinya konflik, kesalahfahaman, dan perasaan tersinggung.
Seorang isteri hendaknya senantiasa berhati-hati dalam setiap ucapan dan perbuatannya agar tidak menyakiti perasaan suami, ia mampu menjaga lisannya dari kebiasaan mencaci, berkata keras, dan mengkritik dengan cara keterlaluan. Isteri selalu berusaha untuk menampakkan wajah yang ramah, menyenangkan, tidak bermuka masam, dan menyejukkan ketika dipandang suaminya.
Demikian beberapa kesalahan-kesalahan isteri yang kebanyakannya dilakukan kepada suami yang sepatutnya kita hindari agar suami semakin sayang pada setiap isteri. Semoga keluarga kita menjadi keluarga yang sakinah, mawadah, warohmah.
Aamiiin.
Semoga bermanfaat
Monday, August 4, 2014
Nasihat cara nak beli emas
Cerita tentang public gold golbar and cara-cara beli dan risikonya dia, Sila beri perhatian.:
a) Harga lambat naik bila graf naik, tapi bila graf turun cepat dia turun harga
b) Ada kes barang goldbar bila timbang mesin timbang air pure gold dia keluar nilai 999.5, ( sepatut 999.9)
c) Public gold rate dia hanya laku di malaysia je, kalau bawak keleuar negara akan susut nilai jugak, kena ambik goldbar international juga ( macam palmswiss ok)
d) Nak tahu public gold tidak caj customer dia upah tapi dia caj upah hantar yang harga tidak munasabah. Lagipun dia bukan hantar ke rumah korang, di ahantar ke dealer dia yang paling dekat.
caj hantar= caj upah
e) Jika anda suka harga sekarang, anda perlu bayar tunai, dan public gold akan bagi barang anda dalam tempoh 7 hari bekerja, selalunya setiap hari jumat. Cuba bayangkan bertapa rugi masa tempahan 157 (isnin) ,180 (selasa) harga naik mendadak, tapi anda dapat hari jumaat (147) turun dari book . Anda tak boleh jual lagi sampai dapat hari jumaat.
f) Nak jual pun sama, cek akan diberi dalam tempoh 7 hari dan tak boleh tarik diri. Contoh : kita rasa nak jual hari isnin rate rm160 , tetiba rate naik jadi 175 (hari jumaat), anda tetap dapat rate 160. Sedih kan. Padahal kita kena tunggu 7 hari nak dapat chek, dapat jumaat, boh bank pun 3 hari baru release, so sabtu ahad tak dikira, so hari rabu minggu depan baru dapat. Sedih x 3 kali. Lupa pulak bank cas nak keluar chek tu, duit lagi..sedih.
g) Bagi islam gold bar satu kerugian pasai macamana nak pakai emas tu?? Tak pakai kena zakat Emas tau. So jangan tak bayar ye, kena bakar dalam api neraka. Bagi barang dalam bentuk barang adalah paling selamat pasai kita tak kena zakat (bwah 15k)
h) Yang paling best ialah bila kita terdesak pakai duit, pi la pajak gadai. Sorry tiada pajak gadai nak ambik golbar kat malaysia (arrahnum). And kalau kedai2 biasa, cas upah simpan dia tinggi gile. And public gold kena tunggu lama.
i) Untuk yang beli kat dealer, anda pasti ke anda dapat yang ori?? Tiada besi dalam or so.. ada sindiket china buat sebijik, luar 999.9 dalam kapur tapi timbang gerenty dapat 10g sama. cert semua buleh print. so beli lah kat kedai public gold yang ada kedai.
j) Keselamatan. Dapat goldbar kat branch publicgold. Rasa2 ada tak orang target kita?? Kita balik raya, rasa2 selamat tak simpan rumah? So untuk bab ini, public gold buat duit lagi dengan meneyediakan safe yang ada gurd. (peti simpanan), bayar lagi, or leh pi bank2 yang ada sedia khitmat ini.
k)So apa pendapat korang tentang golbar public gold, ingat tak case genevia? Satu hari akan atau mungkin berlaku kat publicgold. (pasai tokay dia cina-takut dia rasuah sana sini) So hati2.
l) Nak beli make sure beli cash, paham cash. Jangan buat installment CREDIT CARD. credit card cas (harga+6%) jika terlewat tarikh bayaran. and jika tak bayar bulan ini, bulan depan dia cas lagi (harga+6%)+6%, lagi lama dia akan cas 6% atas 6%. so merana gila2. last jual motor nak bayar emas.....pi tolak balik emas, emas x dak, motor pun tarak....Beli cash ye
j) Ok satu macam punya kerja kita orang x pandai dalam emas. Kita kumpul orang ramai2 beli 1 bijik goldbar 1kg. Last sekali kalau yang ada tarik diri, yang kepala yang tanggung rugi. So kalau buat macam ini Make sure ada black and wite paper, pembahagian profit ikut saham share beli emas. And make sure ambik fotostat IC and biodata full pemegang saham2 tu.
So apasai saya cita panjang lebar ni ha?? Saya dengki kat public gold ke, saya dengki kat wah chan ke?? Sya nak bantu kaum saya MELAYU2 supaya tak kena tipu dengan Bangsa2 C . Bukan rasis, kita rugi depa dok senang lenang. Nak beli sila dapatkan mentor yang berpengalaman. Selamat semua saya doakan.
a) Harga lambat naik bila graf naik, tapi bila graf turun cepat dia turun harga
b) Ada kes barang goldbar bila timbang mesin timbang air pure gold dia keluar nilai 999.5, ( sepatut 999.9)
c) Public gold rate dia hanya laku di malaysia je, kalau bawak keleuar negara akan susut nilai jugak, kena ambik goldbar international juga ( macam palmswiss ok)
d) Nak tahu public gold tidak caj customer dia upah tapi dia caj upah hantar yang harga tidak munasabah. Lagipun dia bukan hantar ke rumah korang, di ahantar ke dealer dia yang paling dekat.
caj hantar= caj upah
e) Jika anda suka harga sekarang, anda perlu bayar tunai, dan public gold akan bagi barang anda dalam tempoh 7 hari bekerja, selalunya setiap hari jumat. Cuba bayangkan bertapa rugi masa tempahan 157 (isnin) ,180 (selasa) harga naik mendadak, tapi anda dapat hari jumaat (147) turun dari book . Anda tak boleh jual lagi sampai dapat hari jumaat.
f) Nak jual pun sama, cek akan diberi dalam tempoh 7 hari dan tak boleh tarik diri. Contoh : kita rasa nak jual hari isnin rate rm160 , tetiba rate naik jadi 175 (hari jumaat), anda tetap dapat rate 160. Sedih kan. Padahal kita kena tunggu 7 hari nak dapat chek, dapat jumaat, boh bank pun 3 hari baru release, so sabtu ahad tak dikira, so hari rabu minggu depan baru dapat. Sedih x 3 kali. Lupa pulak bank cas nak keluar chek tu, duit lagi..sedih.
g) Bagi islam gold bar satu kerugian pasai macamana nak pakai emas tu?? Tak pakai kena zakat Emas tau. So jangan tak bayar ye, kena bakar dalam api neraka. Bagi barang dalam bentuk barang adalah paling selamat pasai kita tak kena zakat (bwah 15k)
h) Yang paling best ialah bila kita terdesak pakai duit, pi la pajak gadai. Sorry tiada pajak gadai nak ambik golbar kat malaysia (arrahnum). And kalau kedai2 biasa, cas upah simpan dia tinggi gile. And public gold kena tunggu lama.
i) Untuk yang beli kat dealer, anda pasti ke anda dapat yang ori?? Tiada besi dalam or so.. ada sindiket china buat sebijik, luar 999.9 dalam kapur tapi timbang gerenty dapat 10g sama. cert semua buleh print. so beli lah kat kedai public gold yang ada kedai.
j) Keselamatan. Dapat goldbar kat branch publicgold. Rasa2 ada tak orang target kita?? Kita balik raya, rasa2 selamat tak simpan rumah? So untuk bab ini, public gold buat duit lagi dengan meneyediakan safe yang ada gurd. (peti simpanan), bayar lagi, or leh pi bank2 yang ada sedia khitmat ini.
k)So apa pendapat korang tentang golbar public gold, ingat tak case genevia? Satu hari akan atau mungkin berlaku kat publicgold. (pasai tokay dia cina-takut dia rasuah sana sini) So hati2.
l) Nak beli make sure beli cash, paham cash. Jangan buat installment CREDIT CARD. credit card cas (harga+6%) jika terlewat tarikh bayaran. and jika tak bayar bulan ini, bulan depan dia cas lagi (harga+6%)+6%, lagi lama dia akan cas 6% atas 6%. so merana gila2. last jual motor nak bayar emas.....pi tolak balik emas, emas x dak, motor pun tarak....Beli cash ye
j) Ok satu macam punya kerja kita orang x pandai dalam emas. Kita kumpul orang ramai2 beli 1 bijik goldbar 1kg. Last sekali kalau yang ada tarik diri, yang kepala yang tanggung rugi. So kalau buat macam ini Make sure ada black and wite paper, pembahagian profit ikut saham share beli emas. And make sure ambik fotostat IC and biodata full pemegang saham2 tu.
So apasai saya cita panjang lebar ni ha?? Saya dengki kat public gold ke, saya dengki kat wah chan ke?? Sya nak bantu kaum saya MELAYU2 supaya tak kena tipu dengan Bangsa2 C . Bukan rasis, kita rugi depa dok senang lenang. Nak beli sila dapatkan mentor yang berpengalaman. Selamat semua saya doakan.
Subscribe to:
Posts (Atom)